Assalammualaikum ....
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk menumpang bernafas di bumi Allah s.w.t. ini serta diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah berpuasa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan tercinta.
Sudah semestinya kawan-kawan saya di luar sana serta rakan blogger tersenyum girang hari ini dan hari berikut-berikutnya kerana semalam Kerajaan telah mengumumkan akan persetujuan memberikan BONUS setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam dan bekas penjawat awam (pensioner). TAHNIAH!! saya ucapkan...dapatlah juga meringankan bebanan mereka-mereka yang ingin membelanjakan wang dengan membeli pakaian serta peralatan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Bagaimana pula nasib penjawat swasta seperti saya ni?? Erm...alamat menunggu budi bicara pihak pengurusan atasanlah gamaknya. Kerajaan dah nampak bayang kami penjawat swasta ni masih menanti-nanti akan berita baik yang bakal diumumkan oleh pihak atasan nanti. Moga-moga apa yang dihajatkan sebelum kedatangan bulan yang mulia ini akan membuahkan hasil juga bagi kami...
Walau apa pun, setiap apa pemberian dariNYA adalah suatu yang cukup-cukup bermakna dan memadai... janji kesihatan dan keberkatan sentiasa di limpahkan kepada kita agar kita tidak lupa untuk memanjatkan kesyukuran padaNYA setiap hari.... Amin.
