Thursday, July 26, 2012

BONUS!!!!



Assalammualaikum ....



Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk menumpang bernafas di bumi Allah s.w.t. ini serta diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah berpuasa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan tercinta.

Sudah semestinya kawan-kawan saya di luar sana serta rakan blogger tersenyum girang hari ini dan hari berikut-berikutnya kerana semalam Kerajaan telah mengumumkan akan persetujuan memberikan BONUS setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam dan bekas penjawat awam (pensioner).  TAHNIAH!! saya ucapkan...dapatlah juga meringankan bebanan mereka-mereka yang ingin membelanjakan wang dengan membeli pakaian serta peralatan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagaimana pula nasib penjawat swasta seperti saya ni?? Erm...alamat menunggu budi bicara pihak pengurusan atasanlah gamaknya.  Kerajaan dah nampak bayang kami penjawat swasta ni masih menanti-nanti akan berita baik yang bakal diumumkan oleh pihak atasan nanti.  Moga-moga apa yang dihajatkan sebelum kedatangan bulan yang mulia ini akan membuahkan hasil juga bagi kami...

Walau apa pun, setiap apa pemberian dariNYA adalah suatu yang cukup-cukup bermakna dan memadai... janji kesihatan dan keberkatan sentiasa di limpahkan kepada kita agar kita tidak lupa untuk memanjatkan kesyukuran padaNYA setiap hari.... Amin.




13 comments:

Kancil 8349 said...

tahniah...boleh ringankan beban

Momo said...

spon la boleh..haha:)

Saya Disini said...

bestnye...sy hanya mampu melihat..

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah ~

Ct Noraishah said...

syukur, alhmdlh..

SHAHZEE said...

syukur.alhamdulillah.rezeki dr Allah..

Mass said...

Alhamdulillah...heheh..rezeki raya tahun ini. semoga k/tangan swasta juga dapat bonus ;)

Mira Adzlia said...

Alhamdulilah....xpe..msg2 ade rezki msg2...kdg2 swasta munye bonus lg masyuk..hehe..ya pnting, stiap kita, ade rezki dr Allah :)

maszull said...

assalamualaikum rahmah...betul tu untung k/tangan kerajaan dpt bonus tapi penjawat swasta mcm kita dengar n terpaksalah melihat je...:)

lyza said...

Assalamualaikum..salam perkenalan..

Gomen dapat bonus..pekerja swasta ada gak yang dapat kan..bergantung pada budi bicara majikan le.. T_T tapi slalunya bonus dan kenaikkan gaji kt gomen akan di iringi dengan kenaikkan barang2 yang kat pasaran...:((

**follow sini juga**

Masz Sidek said...

Alhamdulillah... rezeki ramadhan...
doakan kami yg kerja swasta ni yer... semoga bos kami lembut hati bagi bonus jugak... hehehe

Nazayiena said...

Syukur alhamdulillah.

Cik Rongoks said...

rezeki penjawat awam. yg swasta mcm kita, sabar je la. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...