
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Thursday, July 18, 2013
Hargailah Mereka Selagi Ada....
Thursday, April 04, 2013
Hari Graduasi
Assalammualaikum..
Tahniah buat adik iparku Muhammad Nazif yang baru sahaja selesai menamatkan sesi graduasi beliau semalam yang berlangsung di Politeknik Sultan Ungku Omar, Ipoh Perak.
Semoga terus sukses dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

Wednesday, January 09, 2013
Jangan Suka-Suka Aje Memakan dan Meminum Ye!!
Assalammualaikum...
Nak kata susah tak juga nak katakan tergencat selera pun tak boleh juga tapi untuk kebaikan si ibu dan si anak maka si ibu kenalah kuburkan hasrat nak memakan makanan yang menjadi rutin kegemaran sebelum-sebelum ini dan dalam erti kata lain "JANGAN MAIN BEDAL AJE".
Masih lagi nak bercerita akan kisah menyusu badan ni ... (jangan bosan ye kawan-kawan).....
Kalau kita tengok dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat.
Dalam keluarga Cina pulak mereka mengamalkan amalan tradisional dimana sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. TETAPI sebelum itu sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.
Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus).
Sesetengah para ibu tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.
So, berhati-hatilah dalam setiap pengambilan makanan anda ye.

Friday, January 20, 2012
It's All About Gucci
Yeay!!
Finally En Habi dengan baik dan bermurah hati menghadiahkan saya ini...... Idaman yang saya dambakan in which sepatutnya akan diberi pada hari anniversary kami tapi En Habi dengan baik dan bermurah hati menghadiahkannya kepada saya in advance.
Suka tahap melampau..
Alhamdulillah semoga En Habi sentiasa di murahkan rezeki dan boleh belikan saya hadiah lagi...(demand lebey)
Luv u Hubs!! (dan dan tu tunjuk sayang kat laki kan...hikhikhik)
Published with Blogger-droid v2.0.3

Subscribe to:
Posts (Atom)









