Wednesday, January 09, 2013

Jangan Suka-Suka Aje Memakan dan Meminum Ye!!


Assalammualaikum...



Nak kata susah tak juga nak katakan tergencat selera pun tak boleh juga tapi untuk kebaikan si ibu dan si anak maka si ibu kenalah kuburkan hasrat nak memakan makanan yang menjadi rutin kegemaran sebelum-sebelum ini dan dalam erti kata lain "JANGAN MAIN BEDAL AJE".

Masih lagi nak bercerita akan kisah menyusu badan ni ... (jangan bosan ye kawan-kawan).....

Kalau kita tengok dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. 

Dalam keluarga Cina pulak mereka mengamalkan amalan tradisional dimana sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. TETAPI sebelum itu sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. 

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). 

Sesetengah para ibu tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 

So, berhati-hatilah dalam setiap pengambilan makanan anda ye.



8 comments:

- AZIE - said...

kdg2 pemakanan nie ikut ketahanan badan org jgk kan kak..sy pelik btl bila ada kwn2 yg boleh minum ais selepas abis je pantang, dan xde masalah pe2 pun..yg kita nie berpantangla smpai beratus hari huhuhuhu

Intan Akma said...

Ingat ye Pn. Rahmah ekeke...jangan makan LAKSA lagi Hokey!!!

RamRamCute said...

@Mrs Lurve memang ada sesetengah mereka yang begitu ..mungkin daya ketahanan badan mereka berlainan dan mampu untuk menerima apa sahaja jenis minuman dan makanan yang mereka ambil tanpa mengganggu gugat kesihatan bayi mereka...ianya lebih kepada daya ketahanan masing masing.

RamRamCute said...

@Intan Akma Baeekk!! TOBAT lepas ni takkan makan benda yang gatal-gatal dan sejuk-sejuk...seksa tengok baby dan emaknya pun sakit2 sendi tak tentu hala...hehehe TOBATTT!!

Aziela said...

Berkorban minum ais... Kalau saya, kalah dah kot.

maszull said...

assalamualaikum rahmah....peringatan yg baik...:)

Kayu Manis said...

assalamualaikum

rempah ratus kak elakan sbb alah..badan muka akan bengkak..so masa dlm berpantang banyak ambil sayur dan buah..ikan masin elakan..sbb tak boleh ambil sebrg ubat.

nak susu banyak makn lobak putih dan bayam.kak suka ikut doktor dr org lama2 ni.kak ambil yg logik..anak2 dr kecil lagi kita kena bg yg berkhasiatlah..kalau ikut org tua2..mkn ikan bilis ajelah..

buah juga kak bedal..makan sikit2 mkn apa pun kalau bnyk..boleh mudarat..di sbbkan makananlah badan akan binasa..kan.

lama tak singgah sini..masih ingat ke..?

fizafantagiro said...

salam kak ,
gud info ! :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...