Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Selalulah Selidik Dulu Berita Yang Diterima



Dalam kehidupan seharian kita seringkali kita mendengar berita yang disampaikan tidak tepat tersebar dengan cepat dan meluas.

Betul tak?

Suasana ini wujud kerana sikap kita yang tidak mempunyai kesungguhan untuk menilai fakta secara adil dan saksama di mana pengakhirannya kita turut sama terlibat dalam menjadi penyampai berita palsu tersebut. Malahan akan terjadilah perselisihan faham serta pergaduhan dan ada juga bermasam-masam muka diantara satu sama lain kerana perasaan ketidakpuashatian melanda.

Adalah lebih baik kita mengamalkan sikap "Lebih baik menyesal kerana tidak berkata-kata, daripada kita menyesal kerana telah berkata-kata".

FITNAH adalah diharamkan didalam Islam kerana kesannya teramat buruk.  Fitnah merupakan tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan tahukan anda bahawa perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak.

Oleh itu for those kawan-kawan blogger diluar sana, serta mengingatkan diri sendiri juga bahawa selalulah didik dan pelihara diri kita dan keluarga tentang bahaya dan juga kesan buruk perbuatan fitnah agar bukan saja kita mendapat faedahnya malahan kita akan merasa sentiasa bahagia dan saling berkasih-sayang tanpa perlu memikirkan perkara yang remeh-temeh.


Tuesday, October 11, 2011

Hati Yang BERSIH!!

"Setiap perkara dan kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya"....itulah yang selalu kita semua dengar atau perkatakan setiap kali ada musibah atau kata lain dugaan yang melanda pada diri seseorang itu.

Pastinya kehidupan kita penuh dengan kealpaan dan kelalaian yang tanpa kita semua sedari. Penuturan kata serta persekitaran dan penerimaan kita terhadap cerita-cerita 'sensasi atau gossip' diluar menjadikan kita semua alpa, lupa tentang kewajipan serta tuntutan agama terhadap kita malahan melalui itulah terjadinya FITNAH.

Manusia tidak pernah lekang dengan dosa dan kesalahan dan Manusia juga tidak akan lupa untuk memohon maaf di atas segala kesalahan mereka pada yang SATU.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang manusia di dunia sekarang semakin alpa dan semakin berlumba-lumba untuk mengejarkan STATUS, PANGKAT, HARTA dan KEKAYAAN tanpa sedari akan HALAL dan HARAM hingga ada yang sanggup berbalah sesama sendiri / darah daging atau berbunuhan akibat dari perselisihan pendapat, dengki dan tidak puas hati .

Institusi kekeluargaan juga musnah apabila sesebuah keluarga itu terlalu menitik beratkan tentang STATUS, PANGKAT, HARTA dan KEKAYAAN akibat dari hidup yang suka berlumba-lumba dan dengki-mendengki sesama mereka.

Apa pentingnya harta kekayaan jikalau hati kita tidak tenteram dan aman. Hidup sentiasa berajakan NAFSU dan DENGKI semata-mata.

Tetapi kita sebagai manusia (termasuklah saya) seakan-akan lupa akan tanggungjawab serta sering lalai dari melakukan perkara yang sudah sememangnya menyalahi tuntutan agama. Apabila musibah melanda barulah kita kembali semula memohon keredaan serta bertaubat pada yang ESA. Tak salah begitu? Tetapi persoalannya sampai bila?

Tepuk dada dan tanyalah selera (bukan resipi nak makan ye). Bersihkan jiwa dan selalulah bersangka baik pada semua orang dan yang penting REDHA akan ketentuan dari ILAHI. Percayalah setiap apa yang diberi / diturunkan olehNYA adalah sesuatu yang telah TERSURAT dan TERSIRAT sejak azali lagi.

Cubalah lihat sekeliling anda .......... betapa BERTUAHnya kita kerana masih lagi diberi nafas di atas muka bumi ALLAH ini untuk terus berbakti dan membantu serta mengecapi akan keindahan yang di limpahi. Terpulanglah kepada kita aka anda untuk mencorakkannya.

ALHAMDULILLAH AKU BERSYUKUR DI ATAS PEMBERIANMU YA ALLAH!!

Surah Al Anbiyaa'

"Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya

Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...