Dalam kehidupan seharian kita seringkali kita mendengar berita yang disampaikan tidak tepat tersebar dengan cepat dan meluas.
Betul tak?
Suasana ini wujud kerana sikap kita yang tidak mempunyai kesungguhan untuk menilai fakta secara adil dan saksama di mana pengakhirannya kita turut sama terlibat dalam menjadi penyampai berita palsu tersebut. Malahan akan terjadilah perselisihan faham serta pergaduhan dan ada juga bermasam-masam muka diantara satu sama lain kerana perasaan ketidakpuashatian melanda.
Adalah lebih baik kita mengamalkan sikap "Lebih baik menyesal kerana tidak berkata-kata, daripada kita menyesal kerana telah berkata-kata".
FITNAH adalah diharamkan didalam Islam kerana kesannya teramat buruk. Fitnah merupakan tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan tahukan anda bahawa perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak.
Oleh itu for those kawan-kawan blogger diluar sana, serta mengingatkan diri sendiri juga bahawa selalulah didik dan pelihara diri kita dan keluarga tentang bahaya dan juga kesan buruk perbuatan fitnah agar bukan saja kita mendapat faedahnya malahan kita akan merasa sentiasa bahagia dan saling berkasih-sayang tanpa perlu memikirkan perkara yang remeh-temeh.
1 comments:
dosa fitnah fitnah orang nieyh -.-'
Post a Comment