WOW!!!

Bagi anda yang berada dan tinggal di Johor Bahru atau yang sewaktu dengannya dah dikira selamatlah ye. Bagi kami-kami yang duduk dan bermaustatin di Kuala Lumpur ni kenalah meluangkan waktu kami bersama keluarga untuk pergi bercuti ke arah Selatan tanahair.
JPO atau lebih dikenali sebagai Johor Premium Outlet mempunyai segala-galanya. bagi anda yang mempunyai citarasa mewah dan gila shopping, tempat ini adalah syurga segalanya. Pelbagai jenama barangan dari pereka terkenal luar negara ada terjual di sini. Sebut aje semua ada, tak payah kita bersusah payah menyeberang Tambak Johor untuk pergi ke Singapura kerana semuanya ada di sini.
Terdapat 70 jenama fesyen terkemuka antarabangsa serta butik outlet yang menawarkan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari. Antara jenama terkemuka yang boleh di dapati antaranya Armani Exchange, Brooks Brothers, Burberry, Canali, Ermenegildo Zegna(betul ke eja), Guess, Michael Kors, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan Lacoste serta banyak lagi. PJO berlokasi di persimpangan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Link Kedua menyediakan akses mudah dari Johor ke Singapura, malahan pemanduan dari KL hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja. Beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Maklumat lanjut mengenai PJO dila layari SINI
So pada kawan-kawan yang KAKI SHOPPING, apa tunggu lagi....JOM KITA!!
