Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

Friday, June 01, 2012

Lari Jauhhhh.....


Assalammualaikum.....

gugel
Selamat hari Jumaat penghulu segala hari...pejam celik-pejam celik dah pun sampai ke Jumaat dan hari berganti hari tahun berganti tahun umur pun meningkat pergi...

Hari ni actually merupakan hari kemalasan saya tahap melampau. Nak hapted blog pun tersekat-sekat dibuatnya.  Sebabnya tengok papan tanda (notice board) di pejabat ada nama list orang bercuti bila drive pagi ni tengok jalanraya yang agak lengang sikit mesti ramai yang bercuti, toleh di kiri kanan pejabat ada meja yang kosong tiada penghuni bercuti.....huarghhh di tambah pulak lately ni yang suka suka hati nak tidur tak tentu hala membuatkan tahap kemalasan semakin hari semakin menjadi-jadi.

Mood saya telah lari begitu jauh meninggalkan saya kebelakang......

Erm...tak sabar nak tunggu ketibaan Sabtu dan Ahad boleh relaks dan bangun lambat....tapi EH!! saya ada wedding laa..... start malam ni dan esok...huhuhuhuhu lemaunya nak kena membantu memasak ni yang tak terlarat ni..kalau tak tolong tak sedap la pulak nanti apa pula kata orang.

Nak tak nak kenalah berewang-rewangan di rumah kenduri.  Kesian En Habilah surely dia kena turun padang dan beria-ia membantu demi menjayakan majlis kahwin adik saudara beliau. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan terkawal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...