Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Persoalannya.....??


gugel


Apakah benar LELAKI zaman sekarang lebih suka memilih wanita yang berusia kerana menganggap mereka lebih matang dan bijak menguruskan rumahtangga?

Bagaimana pula sebaliknya....

Apakah benar WANITA zaman sekarang lebih suka memilih lelaki yang berusia dan telah berumahtangga kerana beranggapan mereka lebih matang, romantik dan stabil dari segi kewangan untuk menyara diri anda?

p/s: Jangan marah saya ye..sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan dari umum...

Thursday, December 08, 2011

Antara Gaya Ataupun Ego?


Biarpun pelbagai kempen bahaya merokok, tetapi masih ramai yang merokok. Tidak kira lelaki mahupun wanita, serta pelbagai lapisan peringkat umur samaada tua, mahupun muda sama aje berlumba-lumba merokok tanpa ada rasa segan silu.

MEROKOK
boleh jadi GAYA dan juga EGO bergantung kepada individu itu sendiri, tempat, konteks dan golongan peringkat umur. Tetapi sebenarnya ini wujud kerana hobi dan juga tabiat merokok yang ada dalam diri mereka. Pada mereka, iklan bahaya rokok memang ada, tetapi sikap dan ‘sangkaan kekebalan’ terlalu tinggi dalam diri masing-masing, maksudnya mereka merasakan ‘Ah lambat lagi kalau mahu sakitpun’ atau ‘Ah, aku masih muda, selalunya orang tua yang akan sakit terlebih dahulu’. Jadi tindakan mereka ini lebih pada perasaan dari rasional yang sepatutnya. Dari segi psikologi, orang gemar merokok kerana ia merupakan cara untuk meredakan kepenatan bekerja dan untuk menenangkan perasaan.

Ada juga orang merokok untuk menghilangkan rasa mengantuk apabila berjaga malam, dan ada juga orang menyatakan merokok boleh mencetuskan inspirasi dan meningkatkan keupayaan berfikir. Ringkasnya dari aspek psikologi, merokok dianggap dapat memenuhi keperluan asas fisiologi manusia serta keperluan sekunder psikologi yang lain seperti untuk mendapatkan pengiktirafan dan keselamatan.

Saturday, November 19, 2011

Si Misai Dan Si Janggut Pujaan Hati

gambar hiasan

Terus terang saya katakan yang saya tak berapa suka suami saya berjanggut, tapi kalau sekali sekala merubah penampilan apa salahnya. Lagipun kalau saya nak comparekan lelaki-lelaki kacak mostly ada janggut cuma sesuai atau tidaknya mereka beketerampilan sebegitu.

Janggut dan misai, kalau ikut kesesuaian muka yang cocok memang menawan tapi kalau takat ala-ala jemput macam kambing hihihihi. . . Baik lupakan aje.

Tapi bukanke itu sunnah Nabi?

Ada juga sesetengah lelaki yang begitu particular dalam penampilan diri. Mereka menyimpan janggut dan misai agar tampak lebih segak, macho, sambil menjaga kebersihan diri dan berdandan. Ada pula lelaki yang cuba untuk menyimpan janggut dan misai tapi dah nampak macam orang bermasalah pun ada, ada juga yang dah macam misai kucing, tumbuhnya jarang-jarang seperti pokok sawi baru tanam.

Apa-apa pun terpulang pada indivdu itu dan kesesuaian mereka dalam mencuba sesuatu perkara.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...