Thursday, December 08, 2011

Antara Gaya Ataupun Ego?


Biarpun pelbagai kempen bahaya merokok, tetapi masih ramai yang merokok. Tidak kira lelaki mahupun wanita, serta pelbagai lapisan peringkat umur samaada tua, mahupun muda sama aje berlumba-lumba merokok tanpa ada rasa segan silu.

MEROKOK
boleh jadi GAYA dan juga EGO bergantung kepada individu itu sendiri, tempat, konteks dan golongan peringkat umur. Tetapi sebenarnya ini wujud kerana hobi dan juga tabiat merokok yang ada dalam diri mereka. Pada mereka, iklan bahaya rokok memang ada, tetapi sikap dan ‘sangkaan kekebalan’ terlalu tinggi dalam diri masing-masing, maksudnya mereka merasakan ‘Ah lambat lagi kalau mahu sakitpun’ atau ‘Ah, aku masih muda, selalunya orang tua yang akan sakit terlebih dahulu’. Jadi tindakan mereka ini lebih pada perasaan dari rasional yang sepatutnya. Dari segi psikologi, orang gemar merokok kerana ia merupakan cara untuk meredakan kepenatan bekerja dan untuk menenangkan perasaan.

Ada juga orang merokok untuk menghilangkan rasa mengantuk apabila berjaga malam, dan ada juga orang menyatakan merokok boleh mencetuskan inspirasi dan meningkatkan keupayaan berfikir. Ringkasnya dari aspek psikologi, merokok dianggap dapat memenuhi keperluan asas fisiologi manusia serta keperluan sekunder psikologi yang lain seperti untuk mendapatkan pengiktirafan dan keselamatan.

4 comments:

Tie HT said...

Salam kunjungan balas dari lulu pages..thanks singgah n follow sini :)

fRaMe+LenSeS said...

kalau kat opis ni ada yang nak mati dlu. Nadh la. semua merokok. T.T

Prettywrite said...

Smoking boleh jadi positif untuk orang yang mencintainya..:)

salam kenal..:)

RamRamCute said...

Nadh: xde ke specific area untuk perokok ni di tempat kerja tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...