Showing posts with label Novel Dosa Semalam. Show all posts
Showing posts with label Novel Dosa Semalam. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Dosa Semalam




Pasti ada kawan-kawan bloggers yang dah membaca novel ini....saya baru pulak terheggeh-heggeh nak membacanya. So, kalau nak mereview cerita ini sedikit sebanyak pun tak berapa nak boleh tak thrill (bak kata orang).  jadinya kenalah tunggu sampai habis khatam bacaan.  Tapi dari segi penggayaan penceritaan best buku ni yang pastinya saya tengah nak ambil feel nak membaca setiap buku barulah menghayati...heheheh (perasan)
Apa-apa pun sinopsis belakang buku adalah seperti berikut....
Sinopsis:
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

Pada kawan-kawan yagn berminat untuk memilikinya jangan lupa dapatkannya sekarang dikedai buku berhampiran atau membuat pesanan terus di SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...