Thursday, February 23, 2012

Dosa Semalam




Pasti ada kawan-kawan bloggers yang dah membaca novel ini....saya baru pulak terheggeh-heggeh nak membacanya. So, kalau nak mereview cerita ini sedikit sebanyak pun tak berapa nak boleh tak thrill (bak kata orang).  jadinya kenalah tunggu sampai habis khatam bacaan.  Tapi dari segi penggayaan penceritaan best buku ni yang pastinya saya tengah nak ambil feel nak membaca setiap buku barulah menghayati...heheheh (perasan)
Apa-apa pun sinopsis belakang buku adalah seperti berikut....
Sinopsis:
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

Pada kawan-kawan yagn berminat untuk memilikinya jangan lupa dapatkannya sekarang dikedai buku berhampiran atau membuat pesanan terus di SINI

10 comments:

Izwa Kamaruddin said...

fuuhh...kene cari ni!

Lulu Caldina said...

mmg kena beli juga ni

Kancil 8349 said...

macam best je,...nak cari buku nie

mrspuex said...

ms bujang mmg minat bace novel sambil baring ats katil..

now dah kawin pegang novel ats katil trus tido..huhu..x dan dah nak bace..:D

Aziela said...

wauu...mesti sangat touching citer nie...

Fiza Rahman said...

Menarik nih, dulu selalu beli novel tapi sejak dah ada anak2 nih, dah tak der masa nak baca.

fizafantagiro said...

menarik jer baca sinopsis dia .. rasa nak baca la pulak =)

Anonymous said...

salam..
novel!! syieda belom baca lg novel ni.. nak kene cari ni.. =.=

Nurul Syakira Zainal said...

Dengan baca sipnosis pon da teruja dah. Kena carik ni :) Terbaik! Saje dtg sini. Follow!

kak gojes said...

owh...sy jarang baca novel dr penerbit ni..eheheh..klu best review la yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...