Terima Kasih Gugel
Berita baik bagi kawan-kawan yang menggemari makanan PEDAS seperti saya, info ini mungkin sedikit sebanyak menggembirakan hati kita semua KERANA masakan pedas yang enak dihidang pada kita ternyata memberi manfaat dan kebaikan sebenarnya.
Antaranya:-
Menurunkan Berat Badan
Rasa pedas mampu meningkatkan metabolisme tubuh. Kajian menunjukkan bahawa unsur utama dalam cili iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang mampu menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
Menyihatkan Jantung
Hasil kajian juga menunjukkan amalan mengambil makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan strok yang lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat kolesterol jahat, sementara itu kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor untuk masalah jantung.
Mencegah Kanser
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanser dan leukemia.
Mengurangi Stres
Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang menberikan rasa menyenangkan seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stres.
