Showing posts with label Pinggan Mangkuk. Show all posts
Showing posts with label Pinggan Mangkuk. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Tidak Perlu Was-Was Lagi...



Assalammualaikum...

Entri ini pernah saya paparkan suatu ketika dulu KLIK SINI sewaktu topik kesahihan penggunaan barangan ini dipertikaikan ketika itu.



Kini setelah sekian lama (tak lama sangat la..) pejabat saya telah berubah penggunaan pinggan mangkuk kepada yang lebih sesuai dan teruji kesahihan kehalalan nya.  Tak perlu pening-pening kepala lagi kerana semuanya telah ditukar kepada yang baru.

Terima kasih IKEA


Thursday, October 04, 2012

Pinggan Dari Tulang Haiwan


Assalammualaikum...

Terpanggil untuk membuat entri ini dan bertanyakan pendapat pada kawan-kawan semua.

Apa betul ke pinggan jenama "Han Bone China" merupakan pinggan yang diperbuat daripada campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam.


Kesahihan maklumat berkenaan pernah saya baca apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan pinggan mangkuk tersebut adalah HARAM di sisi syarak. Walaupun ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.  Namun ianya halal digunakan jika ianya diperbuat daripada binatang yang halal seperti tulang lembu dengan syarat disembelih secara Islam.



"Bone China" adalah istilah komersil yang digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Untuk keterangan lanjut mengenai isu ini bolehlah layari sendiri ke laman web SINI dan SINI untuk mendapatkan kepastian.

Huhuhu...kini saya terpaksalah mencari jenama pinggan mangkuk lain untuk kegunaan pejabat kami memandangkan sebelum-sebelum ini kami menggunakan khidmat pinggan mangkuk ini bagi sebarang mesyuarat kelolaan syarikat kami.  Cantik memanglah sangat cantik..tapi kalau dah menjadi suatu tanda tanya dan menjadikan ianya suatu yang was-was dan menjadi buah mulut petugas lain  untuk digunakan adalah lebih baik di tukarkan aje.....(tak nak dengar mereka bising-bising lagi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...