Showing posts with label Siti Rosmizah. Show all posts
Showing posts with label Siti Rosmizah. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Akhirnya...Dia Berjaya Ku Miliki..


Assalammualaikum semua...

Bersiaran secara langsung kembali hari ini Jumaat penghulu segala hari.  Pastikan hari ini merupakan hari yang indah dan bahagia bagi anda jika dibandingkan pada hari-hari yang lepas.

Mood saya happy dan ceria sebab esok dah Sabtu dan masa untuk merehatkan diri dan minda kembali semula dan begitulah kitarannya setiap hari, waktu dan masa tanpa mengenal jemu...

Oh ya! dah lama saya tak apdet pasal buku koleksi saya dan kali ni setelah mencari dalam beberapa biji (2 biji aje) kedai buku maka semalam saya telah berjaya mendapatkan buku novel dari novelis kegemaran saya iaitu Siti Rosmizah yang terbaru bertajuk "Takdir Itu Milik Aku".

Suka suka suka, akhirnya dapat juga buku ini walaupun entah bilalah saya nak habis membacanya. Di sini saya tempekkan sinopsis ringkas mengenai novel ini yang mana saya sendiri pun belum boleh nak buat reviewnya lagi...




Sinopsis Belakang Buku:-


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka? 

“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Jadi..jangan tunggu lagi jom kita dapatkan di kedai buku POPULAR dengan harga RM33.90.

Wednesday, February 15, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu


Assalammualaikum.......



Dah lama tak bersiaran secara terus menerus...selalu buat auto publish aje..maaf ye kawan-kawan beberapa hari ni kebelakangan ini sibuk sikit. Insyallah selepas setel semua tugasan saya akan berBW dan berziarah ke blog-blog anda semua......jangan risau.

Salah satu sebab mengapa saya menyepikan diri juga  bukannya apa sebab dalam waktu yang sama saya ni sibuk nak menghabiskan bacaan koleksi novel terbaru saya yang bertajuk "Lafazkan Kalimah Cintamu".

Macam biasa saya ni kalau tengok kulit buku yang tak menarik memang susah sikit nak membeli atau memiliki novel berkenaan macam novel ni..kulit bukunya tunjuk gambar kilat which is ada kena mengena dengan watak heroin dalam cerita ni yagn takutkan gelap dan kilat...tapi as saya cakap earlier kulit buku pun memainkan peranan penting dalam memberikan keseronokan saya untuk membaca sesebuah buku tu.

Phew...berpeluh-peluh tak tidur sampai ke malam penangan Siti Rosmizah. Memang hebat dan tak sia-sia kalau novel ini dikategorikan sebagai "Novel paling LARIS di pasaran".

Buku ni masih dalam misi pembacaan saya lagi dan rasanya pada anda yang sudah membaca novel ini pasti berpuas hati akan jalan ceritanya dan tidak perlu disangkal lagi akan kredibiliti penulisnya.


Sinopsis buku:-

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Pendapat dan Review saya:-

Novel ni memang serius kelakar apabila saya membacanya asyik nak tergelak aje dengan karenah dan personaliti Tengku Aqilah ni.  Dia seorang gadis yang happy go lucky dan selamba.

Novel ini sesuai untuk dibaca oleh remaja dan juga pada golongan yagn sudah berkahwin macam saya. Seronok membacanya hinggakan once dah baca nak berhenti tu memang payah kadang-kadang curi-curi masa membacanya ketika sebelum nak tidur.

Watak Tengku Ryan Ameer yang romantik dan caring memang sungguh di idamkan oleh setiap wanita.  Manakala watak Tengku Aqilah yang sempoi dan selamba mengusik hati dan adakalanya tak kering gusi kita tergelak dengan lawak bodoh yang beliau tonjolkan dalam cerita ini.

Nak cerita panjang lebar tak boleh lagi, sebab saya sendiri pun belum habis membacanya..tapi kalau pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah dapatkan novel ini di pasaran sekarang. 

Dengar kata novel ini dah banyak kali dicetak dan terjual di pasaran..confirm memang LARIS.

Tahniah Siti Rosmizah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...