Assalammualaikum.......
Dah lama tak bersiaran secara terus menerus...selalu buat auto publish aje..maaf ye kawan-kawan beberapa hari ni kebelakangan ini sibuk sikit. Insyallah selepas setel semua tugasan saya akan berBW dan berziarah ke blog-blog anda semua......jangan risau.
Salah satu sebab mengapa saya menyepikan diri juga bukannya apa sebab dalam waktu yang sama saya ni sibuk nak menghabiskan bacaan koleksi novel terbaru saya yang bertajuk "Lafazkan Kalimah Cintamu".
Macam biasa saya ni kalau tengok kulit buku yang tak menarik memang susah sikit nak membeli atau memiliki novel berkenaan macam novel ni..kulit bukunya tunjuk gambar kilat which is ada kena mengena dengan watak heroin dalam cerita ni yagn takutkan gelap dan kilat...tapi as saya cakap earlier kulit buku pun memainkan peranan penting dalam memberikan keseronokan saya untuk membaca sesebuah buku tu.
Phew...berpeluh-peluh tak tidur sampai ke malam penangan Siti Rosmizah. Memang hebat dan tak sia-sia kalau novel ini dikategorikan sebagai "Novel paling LARIS di pasaran".
Buku ni masih dalam misi pembacaan saya lagi dan rasanya pada anda yang sudah membaca novel ini pasti berpuas hati akan jalan ceritanya dan tidak perlu disangkal lagi akan kredibiliti penulisnya.
Sinopsis buku:-
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Pendapat dan Review saya:-
Novel ni memang serius kelakar apabila saya membacanya asyik nak tergelak aje dengan karenah dan personaliti Tengku Aqilah ni. Dia seorang gadis yang happy go lucky dan selamba.
Novel ini sesuai untuk dibaca oleh remaja dan juga pada golongan yagn sudah berkahwin macam saya. Seronok membacanya hinggakan once dah baca nak berhenti tu memang payah kadang-kadang curi-curi masa membacanya ketika sebelum nak tidur.
Watak Tengku Ryan Ameer yang romantik dan caring memang sungguh di idamkan oleh setiap wanita. Manakala watak Tengku Aqilah yang sempoi dan selamba mengusik hati dan adakalanya tak kering gusi kita tergelak dengan lawak bodoh yang beliau tonjolkan dalam cerita ini.
Nak cerita panjang lebar tak boleh lagi, sebab saya sendiri pun belum habis membacanya..tapi kalau pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah dapatkan novel ini di pasaran sekarang.
Dengar kata novel ini dah banyak kali dicetak dan terjual di pasaran..confirm memang LARIS.
Tahniah Siti Rosmizah!!
5 comments:
memang puas baca buku ni...
karya2 Siti rosmizah... memang best... sy dah baca keempat2 novel dia... memang tak rugi membeli... walaupun novel dia tebal2...
Tak lama lagi sure ada yang drama @ filemkan novel ini.
Dah lama tak baca novel, tak der masa gamaknya.
@Masz Sidek: Memang berbaloi memiliki koleksi SR kan?
@Adando: Selalunya kalau novel bagus dan ramai orang baca mesti ada adaptasi...kita tunggu aje nanti..
@fiza: Kita ni (nak nak yang dah branak pinak) memang susah nak membaca asal bukak aja buku ke laptop ke mulalah semuanya nak mengendeng sama..tak pun ada aje yang berebut nak itu dan ini...huaa..sis curi masa bila nak tido dan bila waktu boss takde ofis aje itupun time lunch baru dapat baca..if not memang tak bergerak...
Terima kasih kawan-kawan sebab sudi singgah ke blog saya...sayang korang!!
sy pun dah baca cite ni..bes..tahun ni baru ingt nak wat koleksi novel..hehhehe..
Post a Comment