Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Friday, August 02, 2013

Apa Punya Iklanlah....

Assalammualaikum....

Pengiklanan memang amat penting bagi sesebuah syarikat untuk mempromosi barangan/produks mereka tak kiralah di dalam tv mahupun menerusi media cetak dan laman sesawang.....TETAPI biarlah kena dengan caranya....

Ini kalau dah iklan penuh dengan unsur-unsur keLUCAHan mana nak datang baiknya.
Adakalanya kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih serius daripada perkara sebegini terus berlarutan untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Memandangkan Malaysia sebuah negara Islam dan bertamadun maka sebaiknya para pengusaha produk kesihatan perlu lebih berSOPAN dalam mengeluarkan sebarang statement dan gambar gambar agar tidak terlalu keterlaluan hingga mengundang pelbagai permasalahan sosial yang semakin membimbangkan dikalangan remaja dan masyarakat di Malaysia kini.

BANTERAS!!

Friday, November 04, 2011

Islamkah Kita?

Permasalahan mengenai isu murtad dan isu identiti adalah amat penting dan perlu dititikberatkan ketika ini.  Para remaja khususnya perlu membiasakan diri mereka untuk tidak sahaja mencari ilmu Islam malahan mengamalkan ajaran agama Islam itu sendiri.

Dengan isu remaja Islam mempunyai kekuatan untuk menyaring sesuatu yang baik atau buruk daripada pengaruh maya yang sedang berkembang, jika tidak remaja akan sentiasa berada didalam keadaan keliru dan celaru.  Maka bermulalah akan krisis identiti dan masalah murtad.

Adalah amat penting bagi remaja untuk mengenal diri sendiri dan ibubapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak agar sentiasa patuh dan mengikuti setiap ajaran serta larangan dengan sebaik mungkin.

Hal ini sepatutnya tidak dipandang remeh dan perlu di insafi kerana kekuatan agama Islam adalah bergantung kepada identiti dan jati diri pemeluknya sendiri.

Tidak dapat saya bayangkan 5-15 tahun akan datang akibat daripada globalisasi yang sifatnya lebih terbuka beserta dengan pengaruh dunia siber yang amat tinggi kesannya terhadap pengguna, pengaruh budaya Barat mahupun Timur akan senang dipelajari dan diterima oleh kalangan remaja yang lemah ini.

Hakikatnya kita tidak menentang akan kemasukan pengaruh Barat di negara ini, tetapi seharusnya berwaspadalah dengan proses pembaratan yang mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi di mana kita sendiri tidak ketahui.

Jika kita lihat sendiri pengaruh barat mula menular dengan mengembangkan cara dan gaya hidup popular, bersosial dan berhibur agak melalaikan dan generasi muda mudah terpengaruh dan akhirnya menjadi sebahagian daripada budaya Barat.

Sama-samalah kita membenterasnya.  Allahualam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...