Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

7 Tahun Sudah Kita Bersama


Assalammualaikum...

Usia perkenalan bagi sesetengah orang haruslah digambarkan dan diraikan pada setiap kali ketibaan ulangtahunnya.

Pelbagai memori menarik samaada suka dan duka dapat dikongsikan bersama-sama serta tempat untuk meluahkan segala duka nestapa, suka dan gembira, geram dan benci tak kira sesiapa. 

Terima kasih Whitey Mommy kerana sudi mendesignkan blog saya secomel ini

Kini usia blog saya ini semakin hari semakin meningkat dan setelah bersama-sama dengannya selama tujuh (7) tahun pelbagai cerita, tips serta maklumat dan memori indah bukan sahaja dapat dikongsikan bersama-sama pembaca lain malahan daripada niat asal ingin membuat blog berupa peribadi menjadi tatapan umum pulak hingga ke hari ini.

Alhamdulillah walaupun blog ini tidak begitu BOMBASTIC dan WELL KNOWN seperti blog-blog terkenal lain tetapi intipatinya boleh dibaca dan dikongsikan pada pelbagai usia tak kira muda tua kecik dan besar.

7 Tahun Bersama............
Kini saya berbangga mempunyai rakan-rakan blogger yang sungguh baik hati, sporting dan sudi bertukar-tukar pendapat mereka menerusi maya ini untuk turut sama mengembangkan ilmu, info terkini dan ilmu-ilmu menarik buat semua.

Terima kasih semua dan semoga kalian semua sentiasa di rahmati dan di berkati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...