Showing posts with label pulau peranginan. Show all posts
Showing posts with label pulau peranginan. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Pening Tak Tahu Kemana?

Yeay! Cuti persekolahan telah bermula pasti ramai ibubapa yang pening kepala memikirkan kemana destinasi nak bawa anak-anak mereka makan angin.


Malaysia penuh dengan tempat-tempat menarik yang belum habis untuk diterokai.  Tak payah membazir duit berhabisan terbang ke luar negara, jadi apa kata tukar destinasi bercuti ke beberapa lokasi tempat percutian yang sangat menarik dan cantik.  Kecuali kalau korang MAMPU apa salahnya sekali sekala terbang ke luar negara OK AJE.


Selain bercuti di tanah besar (darat) pulau-pulau yang terdapat di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Mungkin ada baiknya anda survey tempat-tempat berikut mengikut kesesuaian serta secara tak langsung menitipkan unsur keselamatan juga.


Antara tempat / pulau menarik di Malaysia :-


Pulau Sipadan - sesuai untuk aktiviti skuba dan merupakan pulau tersenarai antara 77 bentuk muka buni ajaib dan terbaik dunia dan jangan takut lanun ye.


Pulau Tioman - pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia antara tempat percutian selam skuba yang cantik dan baik.


Pulau Langkawi - pulau terkenal dengan mitos dan lagenda antaranya Mahsuri, Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan sebagainya.


Pulau Redang - pulau terbesar dan tercantik di Pantai Timur. Sejarah mengatakan ada kapal yang tenggelam di perairan pulau itu semasa Perang Dunia Kedua.


Pulau Perhentian - pulau yang popular dikalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.  Menjadi tumpuan penyu hijau dan hawksbill untuk datang bertelur.


Masih sempat dan awal lagi untuk merangka destinasi percutian anda sekeluarga. Yang utama kita kenalah mengetahui bajet perbelanjaan kita untuk bercuti agar tidak kesempitan selepas itu.  Selamat bercuti pada anda dan berhati-hati memandu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...