Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Cuti-Cuti Malaysia Ke Utara

Phew!! 

Seperti yang telah dijanjikan serba sedikit entri mengenai percutian kami sekeluarga (short vacation) di Utara Malaysia.

Sebenarnya tak planning pape pun at first nak pergi bercuti nun di sana kerana planning awal kami ingin pergi ke Singapore kerana anak-anak bising ingin bercuti ke Universal Studio.  Tetapi di sebabkan En Habi mempunyai tugasan di sana jadi kami "menyelam sambil minum airlah" hehehhe.....kami kan selalu pergi bercuti ala-ala TERKEJUT gitew...kalau planning awal-awal mesti tak jadi tapi bila tak planning menjadi aje....

Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancang secara mengejut itew. Kami sekeluarga memang enjoy especially anak-anak dan Lil Pwincess, memandangkan ini kali pertama beliau (lil pwincess) menaiki tren 'baru' naik ke Bukit Bendera last time naik masa umur dia 3 bulan sampai kasut dia tertanggal-tanggal la jatuh ke bawah landasan kereta kabel tu.

Kalau nak cerita bab makan...dah duduk dekat Utara sememangnya kami sekeluarga makan Nasi Kandaq la tapi itu hari kedua kerana hari pertama sampai ke sana kami sekeluarga berangkat terus ke Kedah aka Pekan Rabu.  Destinasi common untuk kami dan anda semua singgah kalau kesana untuk membeli ikan pekasam dan jeruk serta ikan masin.  Di Kedah kami sekeluarga menjamu selera dengan hidangan ala-ala Siam sebab dah dekat dengan sempadan kan...nak pegi ke Teluk Kechai masing-masing dah tak larat time tu coz seharian dah travel dan tak mandi sebab sampai hotel semata-mata hantar beg dan buat "business" di toilet dan terus berangkat untuk mengejar masa.

Pulang semula ke Penang pada malam hari pertama dari Kedah kira-kira pukul 9.30malam dan masing-masing dah penat dan berehat untuk memulakan misi jalan-jalan pada hari keduanya pula menjelajah ke seluruh Pulau Pinang dan menaiki tren baru di Bukit Bendera.

p/s: bagi warganegara sila serahkan kad pengenalan anda untuk dapatkan potongan bagi harga tiket bagi menaiki tren di Bukit Bendera. 

Seronok bercuti di sana rasanya tak cukup dengan pakej yang kami sekeluarga peruntukan iaitu 3H2M pakej.  Serasanya kalau ada umur, mahu kami sekeluarga datang lagi, lagi dan lagi....masuk kali ni ntah berapa kali dah kami kesana...memang rasanya tak pernah cukup masa nak melancong dari satu tempat ke satu tempat.  Penang dan Kedah memang banyak tempat-tempat menarik yang HARUS di lawati.

So kawan-kawan kalau ada masa dan masih tercari-cari tempat yang hendak dilawati...pergilah kesana...MEMANG PUAS HATI.


Pada kawan-kawan yang sudi follow dan ziarah blog saya yang tak seberapa ni, Insyaallah ada kelapangan saya akan balas singgahan anda semua dan follow. Jangan risau dan terima kasih banyak-banyak ye..sila berikan tunjuk ajar dan teguran yang membina...salam kenal semua dan Selamat Berhujung Minggu.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday # 15


Gugel


When was the last time you and your family spending a time for a Cuti-cuti in Malaysia?

School break has started so let us go and spending our time with the loved ones.

JOM CUTI!!

Sunday, November 20, 2011

Pening Tak Tahu Kemana?

Yeay! Cuti persekolahan telah bermula pasti ramai ibubapa yang pening kepala memikirkan kemana destinasi nak bawa anak-anak mereka makan angin.


Malaysia penuh dengan tempat-tempat menarik yang belum habis untuk diterokai.  Tak payah membazir duit berhabisan terbang ke luar negara, jadi apa kata tukar destinasi bercuti ke beberapa lokasi tempat percutian yang sangat menarik dan cantik.  Kecuali kalau korang MAMPU apa salahnya sekali sekala terbang ke luar negara OK AJE.


Selain bercuti di tanah besar (darat) pulau-pulau yang terdapat di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Mungkin ada baiknya anda survey tempat-tempat berikut mengikut kesesuaian serta secara tak langsung menitipkan unsur keselamatan juga.


Antara tempat / pulau menarik di Malaysia :-


Pulau Sipadan - sesuai untuk aktiviti skuba dan merupakan pulau tersenarai antara 77 bentuk muka buni ajaib dan terbaik dunia dan jangan takut lanun ye.


Pulau Tioman - pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia antara tempat percutian selam skuba yang cantik dan baik.


Pulau Langkawi - pulau terkenal dengan mitos dan lagenda antaranya Mahsuri, Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan sebagainya.


Pulau Redang - pulau terbesar dan tercantik di Pantai Timur. Sejarah mengatakan ada kapal yang tenggelam di perairan pulau itu semasa Perang Dunia Kedua.


Pulau Perhentian - pulau yang popular dikalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.  Menjadi tumpuan penyu hijau dan hawksbill untuk datang bertelur.


Masih sempat dan awal lagi untuk merangka destinasi percutian anda sekeluarga. Yang utama kita kenalah mengetahui bajet perbelanjaan kita untuk bercuti agar tidak kesempitan selepas itu.  Selamat bercuti pada anda dan berhati-hati memandu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...