Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Keratan Akhbar Berita Harian



Google


Assalammualaikum...
 
Berkesempatan untuk bersiaran menghapdet blog sementelah si kecik2 ni tiada di sisi saya nak kongsikan bersama keratan akhbar khusus untuk anak saya yang nombor dua baru-baru ini di dalam akhbar Berita Harian edaran Sabtu dan Ahad.
 
Berita Harian Ahad 15 Feb 2015
 
Tak sure samaada ada di antara anda ada yang come across to the story baru-baru ni...
 
Berita Harian Sabtu 14 Feb 2015
 
Insyaallah besar harapan saya semoga anak2 saya lelaki berdua ini terus maju dan cemerlang di dalam sukan permotoran hingga mencapai apa yang mereka dan kami sebagai ibu dan bapa idamkan selain di dalam bidang akademik.
 
 





 

Friday, February 13, 2015

KEMBALI SEBENTAR DAN BEREHAT SEKETIKA



Assalammualaikum

Setahun menghilang dan tidak aktif berblogging pasti ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya kemana menghilangnya saya...


Setahun yang lepas, kareer saya telah bertukar.... berhenti bekerja dan lebih memberi komitmen kepada keluarga dan anak-anak yang aktif bermain go kart dan yang kecil-kecil di rumah...

Alhamdulillah semuanya on-going dan saya cuba yang terbaik mengatasi suasana dan kehidupan baru saya.



Maafkan saya jika kurang aktif berblogging dan alhamdulillah pengorbanan saya terhadap keluarga amat-amat membanggakan dan membahagiakan saya serta membuahkan hasil sepanjang setahun persaraan saya ini...






Semoga anak-anak saya terus maju dan berjaya dalam bidang yang mereka minati.

Owh!! Tak lupa juga saya ingin perkenalkan ahli baru dalam keluarga kami "Production" terbaru terselit dalam 'to do' list saya di tahun awal persaraan saya...

Nur Ammara Adilla



Kini berusia 2 bulan 13 hari.


ALHAMDULILLAH


Doakan semoga saya dapat berblogging seperti sediakala selepas ini... Insyaallah!




Tuesday, October 08, 2013

Alahai ..... Kenapalah Tinggalkan Mereka!!

 
Rasa nak marah menjerit dan menumbuk-numbuk muka kedua ibu bapa pada anak-anak yang malang ini...disebabkan akan kebodohan mereka berdua yang terlalu mengikut hati dan perasaan.
 
BERANAK AJE PANDAI!!

Nak dikata kurang cerdik ... memasing pergi ke sekolah dan nak kata cetek ilmu memang rasanya mempunyai pengalaman masing-masing ..dah lama hidup rasanya. Apa yang pasti masing-masing terlalu mementingkan diri hingga sanggup mensia-siakan amanat yang telah ALLAH SWT berikan hanya kerana menegakkan keEGOan masing-masing.
 

"KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya."

Apa yang saya boleh katakan di sini..kedua-dua SUAMI ISTERI ni memang BODOH!

Monday, July 29, 2013

Apalah Dosa Si Kecik Ni....

Assalammualaikum....

Berganjak memasuki 20 Ramadhan pada hari ini... Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk turut sama bersama keluarga dan kawan-kawan semua menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini.

Semoga ibadah kita sentiasa berkati oleh Allah s.w.t.

Oh ya! baru aje mendapat pesanan khidmat ringkas dari adik ipar saya mengenai seorang bayi yang baru aje lahir ke dunia ini selama sebulan tetapi telah ditinggalkan oleh ibunya dan kini bayi ini telah di tempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bukit Beruntung.


Apalah dosanya anak kecik ini dibiarkan sebegini comel dan mulia oleh manusia yang tidak berhati perut dan tidak berakal ini.  Umpama tiada lagi tuhan dan percaya akan qada' dan qadar Allah.  Perlu kita sedar bahawa anak ini lahir ke dunia tidak dipinta dan mengharapkan kasih sayang dari kita apabila beliau lahir..tapi nasib tidak menyebelahinya ...beliau telah di tinggalkan oleh ibunya yang bodoh dan tidak berperikemanusiaan.

Bayi ini telah dilahirkan tidak cukup bulan dan beliau baru sahaja berumur sebulan apabila kini beliau ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat.

Pengajarannya:

Sebagai makhluk Allah dan sebagai seorang islam yang telah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah s.w.t. maka dengan sebaiknyalah kita perlu menggunakan anugerah dariNYA ini untuk berfikiran secara waras dan rasional.  Kalau betul pun tidak mahukan anak tersebut..janganlah ditinggalkannya di tempat-tempat yang tidak bersesuaian....cariklah penjaga yang betul-betul boleh menyayanginya dan mengasihaninya seperti darah daging sendiri melalui saluran yang betul...Tak perlu malu dan takut pada manusia....kerana apabila kita telah melakukan sesuatu dosa..kita tidak pulak ingat akan hukum dan balasan yang Allah akan turunkan pada kita tak sekarang mana tau di lain hari...

Renung-renungkanlah.....

p/s:  Ada yang berminat ke pada sikecil ni? ................



Friday, May 17, 2013

Apa Perancangan Kita.......


Assalammualaikum...

Pernahkah anda terfikir apa akan jadi kepada diri anda dalam jangkamasa 10-20 tahun lagi?

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari-hari kita dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau sebaliknya atau adakah kita bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih terbaik daripada sekarang?

ATAU............

Adakah anda akan masih terus melakukan tugasan sepertimana anda kini contohnya makan gaji di sektor awam mahupun swasta ataupun anda telah melakukan suatu anjakan dalam masa beberapa tahun nanti untuk menjadi yang lebih baik contohnya melakukan bisnes secara kecil-kecilan atau besar-besaran?

Allahualam...

Seringkali kita terlepas pandang akan perkara-perkara yang sememangnya menjadi tanda tanya pada diri kita...adakah kita akan terus membanting tulang 4 kerat kita dengan makan gaji hingga ketua (maksud saya pencen) ataupun menjadi surirumahtangga (bagi kaum wanita) ataupun menceburi bidang bisnes selepas ini.

Apa perancangan kita seterusnya?

Erm...saya selalu memikirkan akan hala tuju kehidupan saya selepas ini..kalau diizinkan olehNYA tak mahulah pulak lepas pencen kena kerja balik disebabkan nak menampung kos sara hidup selepas itu....apa pun itu semua rezeki Allah s.w.t. yang berikan kita sebagai umatnya perlulah mencari dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik dan halal di sisiNYA. 

Insyaallah...yang baik datang daripadaNYA yang buruk itu adalah datang dari kita sendiri.

Nota diri sendiri:  Apa saya nak buat ye?.................................bukak dobi?, bukak car wash? bukak franchise kedai ice-cream?, bukak kedai cake (buat cake tak reti)...........erm..........kaput, kalut, kabut.....owh SERABUTNYA!!

Salam Jumaat yang penuh barokah semua!!


Wednesday, June 06, 2012

Adab Memberi Nasihat....


"WOI!! KAU NI HAPA HAH!! TAK FAHAM BAHASA KE!! CAKAP 10 KALI PUN KAU BUAT DERK AJE!!"

"APASAL LAH KAU NI BEBAL DAN DEGIL SANGAT HAH!! LAIN KALI JANGAN BUAT MACAM TU!!"

Adakalanya kita pernah juga mendengar ayat-ayat sebegini keluar dari mulut seseorang yang gambarannya seperti betul-betul marah tak henggat tapi katanya nak memberi nasihat.

Tapi bak kata pepatah biarlah menegur tu ikut adab dan tertib, jangan suka-suka hati menegur orang tanpa bukti dan berasas agar mesej yang disampaikan itu dapat didengari dengan jelas dan inputnya padat.

Selain dari itu intonasi suara juga amat penting bagi menenteramkan orang yang ingin diberikan nasihat itu agar tidak serasa seperti mengarah, mengherdik dan memperlekehkan mereka.

Pelbagai cara boleh dipraktikkan dan disampaikan kepada orang dengan cara yang betul terutaman dalam bab menegur dan memberi nasihat, kerana bukan semua orang boleh menerima apa yang cuba dan ingin kita sampaikan.

Berhati-hatilah dalam menyusun kata dan menegur kawan dan pasangan agar sebarang kejadian dan perkara yang tidak diingini berlanjutan dan diperbesar-besarkan.

Tuesday, May 08, 2012

Jangan Terlalu Mendesak Pasangan Kita


Permasalahan yang sering terjadi di kalangan masyarakat sekarang dengna dipenuhi dengan kepelbagaian kemudahan dan teknologi serba canggih mampu menarik dan menukar personaliti seseorang dengan serta merta hingga mengundang kecelaruan kehidupan seharian masyarakat kita kini.

Lazimnya, segelintir isteri yang sudah diajar dengan kehidupan yang mewah sukar menerima kenyataan apabila berhadapan dengan zaman kejatuhan. Tanpa simpati mereka masih meminta suami supaya membelikan itu dan ini sedangkan kehidupan sudah jauh berubah. Perasaan tak mahu mengalah menjadikan mereka (isteri) sentiasa ego. Kerana itulah isteri-isteri ini rela para suami bekerja bermati-matian untuk memenuhi kehendak mereka. Sepatutnya hal yang sebegini perlu diselesaikan dengan baik. 

Sebagai suami, anda bertanggungjawab menerangkan keadaan yang sebenarnya pada isteri sedari awal. Mungkin dari gaji bulanan, perbelanjaan dapur, bil dan simpanan kecemasan. Setelah di campur dan ditolak, maka wang yang selebihnya itulah baru boleh digunakan untuk berbelanja. 

Rumah tangga porak-peranda sekiranya tidak cukup wang tetapi jika terlebih wang pun keadaan yang sama boleh berlaku. Suami yang sentiasa sibuk dengan kerja bagi memenuhi keperluan keluarga, serta isteri yang suka mencari aktiviti luar bagi mendapat nama dan kedudukan, sebenarnya mengabaikan perhatian anak-anak. Seterusnya, anak-anak ini terasa dipinggirkan dan mencari alternatif untuk mendapatkan keseronokan serta perhatian dari cabang yang lain. 

Kerana itu maka tidak mustahil pihak berkuasa atau pengetua sekolah akan memanggil ibu bapa bagi mendapatkan penjelasan mengenai ‘kenakalan’ anak-anak mereka. Di sinilah terjadinya situasi salah menyalah antara suami dengan isteri. Tanpa komunikasi serta penyelesaian yang bijak nescaya perbalahan yang berlaku berlanjutan dan memusnahkan kebahagiaan sedia ada.

Sebelum mengharapkan orang lain memahami anda, maka kenali terlebih dahulu diri sendiri. Sesudah itu barulah anda boleh mengharapkan agar pasangan mengenali anda sebaiknya.

Monday, March 19, 2012

Dulu Dan Sekarang Tak Sama Lagi...


Adakalanya saya jadi tak faham dengan karenah manusia sekarang, dah diberi segala kesenangan dan kemudahan tetapi masih lagi mengambil jalan yang jauh untuk menghadapi sesuatu hanya dengan cara itu dapat menagih simpati daripada orang lain.

Hidup sesetengah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi dan hadapi.  Kesyukuran hanya dilahirkan dibibir dan dihadapan orang lain tetapi tidak di hati.  Kerana di dalam hati tersemat rasa ketidakpuashatian dan dendam serta rasa iri hati sesama sendiri tidak kira adanya pertalian persaudaraan atau tidak.  Semua itu diketepikan hanya dengan pendapat "kenapa dia boleh dan aku tidak?".

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu yang bekerja bertungkus lumus mencari rezeki bukan hanya untuk beliau malahan untuk membahagiakan orang yang lain tetapi segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihargai malahan BURUK yang dia dapati. 

Segala kebaikan dan ketulusan dicurahkan tanpa ada batasan tetapi dengan rasa tidak bersalah beliau masih dianggap  si polan itu suka melawan dan tidak mendengar kata, sedangkan kehidupan si polan itu mencari rezeki adalah untuk keseluruhan keluarganya serta membahagiakannya.

Suka hati untuk dimarahi, suka hati disuruh untuk kesana kemari, suka hati untuk diketepikan, suka hati untuk dikata, disumpah dan diperlekehkan oleh orang lain tanpa rasa hormat-menghormati.  APA SEBENARNYA YANG TERJADI?

Mana perginya nilai murni tersebut, sudah hilangkan rasa bersyukur, kekeluargaan dan kesopanan dalam diri hingga begitu sukar untuk meluahkan ucapan terima kasih kepada mereka yagn banyak berjasa pada kita.  Mengapa mesti ada jurang diantara mereka? 

Semua manusia adalah sama di sisi Allah tiada perbezaan dan perbandingan hanya yang membezakan kita amal dan ibadah sahaja, jadi tak perlulah kita memandang seseorang yang lain itu dengan pandangan kasar yang hina dan jijik serta meluat kerana selalulah mengambil sikap "SIAPALAH KITA UNTUK MENILAI SESEORANG ITU"

Segala perlakuan dan niat baik selalu dipandang buruk dan tak baik ada sahaja yang perlu dikritik dan dipertikai tetapi kenapa orang lain yang disukai tidak pernah dipertikaikan pula kenapa mereka selalu di agung dan disenangi oleh semua orang.  

Sikap tunjuk menunjuk, lumba melumba sesama sendiri kini menjadi trend dan ianya dipandang remeh dan dengan rasa tidak bersalah mereka merelakan seumpama perkara tersebut terjadi.

Dunia akhir zaman, semakin ramai manusia kini hampir lalai dan leka. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari segala sifat dan sikap takbur, meninggi diri, menunjuk dan berfikiran kita bagus, materialistik dan elakkan dari rasa ego dan buruk sangka pada orang lain. Selalulah berfikiran POSITIF dan hidup berlandaskan tunjuk ajar serta bimbingan dari Allah s.w.t. kerana sesungguhnya kita hidup di dunia pinjaman Allah s.w.t. ini tak lama. Bersamalah kita menghargai antara satu dengan yang lain.

Friday, March 09, 2012

Si Cemburu Buta



Tertarik dengan artikel ini yang khususnya ingin saya kongsikan bersama dengan rakan bloggers yang lain khususnya bagi pasangan yang bercinta.....
"Setiap perkara yang awak buat,kemana awak nak pergi,tolong bagitahu saya,kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu,faham?" 
Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu.Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan.

Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu!Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan kamu sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap ciriciri lelaki kaki cemburu.
1)Siasat Gerak Geri
Alahai, di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.
2)Sentiasa Curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marahmarah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.
 
4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. 

Susah betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfi kir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.
 
5)Mengongkong
Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.
 
6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.

Benda yang elok kita kongsi-kongsikan , benda yang buruk kita jadikan teladan...semoga ktia semua mendapat manfaat darinya.

Bayar Mahal Tapi Buat Apa Kalau Makan Sikit


Segala luahan rasa ketidak puashatian terhadap pengurusan sekolah mengenai permasalahan makanan waktu rehat di sekolah anak saya menjadikan saya semakin geram dan sakit hati dengan pengurusan sekolah ni.


gambar hiasan ehsan gugel  

Kantin sekolah ditutup dengan alasan mereka melakukan konsep makan berunsurkan catering yang mana setiap pelajar diwajibkan untuk membayar kos makanan per semester dengan harga RM600 setiap murid (apa gila ke?). Nearly setahun lebih perkara ini berlarutan dan kami ibubapa telah berbuih mulut mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah merombak sistem berkenaan kepada sediakala tetapi semua cadangan dan surat-surat kami tidak dilayan oleh pihak pengurusan sekolah.

Setiap semester ada aje alasan untuk menggalakkan student untuk makan di sekolah rather than mereka bawak bekalan dari rumah.  Malahan pihak sekolah membuat undang-undang bagi murid yang membawa bekalan dari rumah tidak dibenarkan untuk bercampur dengan murid-murid yang makan makanan disekolah (how rude). 

Kenapa perlu diasingkan mereka? Kenapa?? 

Wajarkah mereka diasingkan dari murid lain? Dan serasa saya berapa kerat sahaja murid-murid yang benar-benar mengambil makanan di sekolah dan membayar cost makanan berkenaan kerana sebahagian besar dari mereka (murid) membawa bekal yang telah dibekalkan oleh keluarga mereka dari rumah.

Bukannya saya tak bagi mereka (anak-anak) makan di sekolah cuma harga yang dikenakan bagi semester pertama kedua dan ketiga memang agak-agak melampau dan tak masuk akal.  Dengan harga RM600 per semester apalah sangat seorang budak yang berumur 10 & 11 tahun boleh makan. Mereka bukan makan banyak mana pun, lagipun balik rumah dorang fikir dorang boleh makan, cuma situasi di sekolah berlainan mereka makan makanan di situ hanya untuk mengalas perut dan memberi mereka tenaga yang dibuat untuk bekalan sehingga sesi persekolahan tamat hingga ke petang.

Kami sebagai parents dah berbuih mulut mengajukan pertanyaan kepada pihak pengurusan sekolah samaada mereka boleh mengekalkan konsep kantin di sekolah seperti sekolah-sekolah lain tetapi alasan yang kami (parents) terima sungguh tidak munasabah dengan mengatakan kos makan di kantin lebih kurang sama sahaja macam cater makanan seperti yang mereka sediakan..

Susulan atas disebabkan setiap murid dikenakan bayaran pihak sekolah kini telah mempunyai satu blok bangunan sekolah yang sungguh canggih serta mempunyai lif untuk kemudahan para guru serta katanya lagi disitu akan ditempatkan cafeteria, gym, pejabat guru yang baru dan bilik muzik baru.

Adakah duit bayaran makanan itu dilaburkan untuk menampung kos pembinaan blok bangunan sekolah berkenaan?  TAPI kenapa pihak sekolah tidak membuat susulan surat atau memohon sumbangan dari pihak ibu bapa jika perkara berkenaan ingin di lakukan demi kebaikan bersama? Kenapa mesti mereka menipu dengan mewujudkan suatu sistem yang tidak masuk akal yang membebankan para ibu bapa serta menyusahkan murid-murid.

No wonderlah ramai murid-murid mereka yang telah bertukar sekolah ke sekolah lain kini yang mana benar-benar memberikan faedah dan berbaloi pada anak-anak mereka.  Kerana bukan sahaja mencekik darah malahan pihak pengurusan menyukarkan serta menyesakkan dada ibu bapa kepada murid-murid berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...