Showing posts with label Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku. Show all posts

Friday, February 13, 2015

KEMBALI SEBENTAR DAN BEREHAT SEKETIKA



Assalammualaikum

Setahun menghilang dan tidak aktif berblogging pasti ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya kemana menghilangnya saya...


Setahun yang lepas, kareer saya telah bertukar.... berhenti bekerja dan lebih memberi komitmen kepada keluarga dan anak-anak yang aktif bermain go kart dan yang kecil-kecil di rumah...

Alhamdulillah semuanya on-going dan saya cuba yang terbaik mengatasi suasana dan kehidupan baru saya.



Maafkan saya jika kurang aktif berblogging dan alhamdulillah pengorbanan saya terhadap keluarga amat-amat membanggakan dan membahagiakan saya serta membuahkan hasil sepanjang setahun persaraan saya ini...






Semoga anak-anak saya terus maju dan berjaya dalam bidang yang mereka minati.

Owh!! Tak lupa juga saya ingin perkenalkan ahli baru dalam keluarga kami "Production" terbaru terselit dalam 'to do' list saya di tahun awal persaraan saya...

Nur Ammara Adilla



Kini berusia 2 bulan 13 hari.


ALHAMDULILLAH


Doakan semoga saya dapat berblogging seperti sediakala selepas ini... Insyaallah!




Friday, October 11, 2013

Kerja Rumah Yang Paling Anda Tak Suka....


Salam Jumaat semua....

Sebagai seorang wanita, berkahwin dan bekerjaya pastinya tugasan kita tidak habis setakat di pejabat sahaja...tugasan rumah juga harus dilunaskan sebaik sahaja kita pulang ke rumah.

Pelbagai tugasan harus dilakukan baik dari segi penyediaan makanan iaitu dari bab penyediaan sampailah ke bab selepas makan nak kena uruskan.  Selepas atau sambil-sambil tu pasti ada yang menjalankan mesin cucian untuk membasuh pakaian pula sambil lepas tu menangakat pakaian yang telah kering diampaian...itu belum masuk bab melipat kain yang bertimbun-timbun seharian.
 
 
 
PENAT kan? Nak pula bagi kawan-kawan yang mempunyai anak seorang, dua orang boleh cope lagi..tapi bagi kawan-kawan yang ada anak melebihi dari 3 orang .....mau haru dibuatnya.  Kalau hari-hari berterusan begitu mau naik bengang kalau semua nak dibuat sorang-sorang kita tanpa ada bantuan dari suami....
 
Owh! saya memang perlukan pertolongan dari En Suami everytime saya menguruskan hal rumahtangga saya.  Kalau tidak mau jadi tunggang terbalik diri saya ni ... mau pergi ke pejabat pakai kasut sebelah lain sebelah lain ...hihihhihi.....
 
Dalam banyak-banyak kerja rumah yang paling saya benci dan rasakan amat payah dan lemah nak buat yang saya pasti ada juga antara anda pun sama sepenapat dengan saya antaranya ialah:-
 
  • Basuh bilik mandi - kalau takat 1 bilik mandi takpe jugak nak dibersih...ini nak kena basuh 2-3 bilik mandi mau sakit pinggang dibuatnya....dengan kena hidu bau klorox..huhuhu naik sesak dada dibuatnya..
  • Sidai kain - Owh malasnya nak menyidai lepas kain dimesin....memang sangat2 payah nak lakukan nak nak kalau tengah hari panas berdentum kat luar...aduiyaiii!!
  • Lipat baju - kalau dah basuh kain dan sidai kain pastinya kena melipat kan? huhuhu....sungguh saya tak suka aktiviti ini..kalaulah ada mesin melipat kain pasti saya beli dulu..kalau harganya mahal mau saya sewa jugak....tak sanggup!
  • Gosok baju - Fail menggosok baju specially seluar slack suami...mesti ada kilat-kilat dekat line seluar tu ..tambahan pula En Suami saya ni agak cerewet dalam bab bab menggosok pakaian pejabat beliau..kena ikut side dan line betul .... arghhhhh tak suka!
Kalau nak difikir-fikir listing macam di atas ni memang lah fikir ianya bebanan...tapi dah namanya perempuan nak avoid macam mana pun dah tak boleh..nak tak nak REDHA ajelah...sebab tulah sekarang ni semakin ramai wanita yang berkerjaya mengupah pembantu rumah melakukan semua tugasan rumah....tapi saya tak nak buat begitu dengan alas an "TAK PERCAYA" so....conclusionnya buat ajelah tanpa banyak persoalan...tapi nasib baiklah En Suami pun ringan tulang membantu di hujung minggu.
 
Anda pula bagaimana?
 
 

Tuesday, October 01, 2013

Rotax Max Challenge Asia & Malaysia 2013



Assalammualaikum....

Being a bit busy lately kawan-kawanku menguruskan anak-anak since last few weeks yangterutama yang sulung sibuk melayakkan diri memasuki pertanding Go Kart peringkat Asia yang mana berlangsung di Pekan, Pahang dari 28-29 September 2013.

Season terakhir bagi tahun 2013 yang mana anak yang sulung saya berjaya melayakan diri beliau untuk turut sama bertanding.  As a new beginner memang kami suami isteri sangat-sangat teruja dan berbangga akan pencapaian beliau ini.

Insyaallah tahun hadapan 2014 pertandingan bagi season pertama akan berlangsung pada bulan March di Sepang International Go Kart Circuit.  Kali ini mereka berdua (adik-beradik) akan melayakan diri masing-masing untuk bertanding.

Keputusan pencapaian bagi kategori "Rotax Macromax" yang disertai oleh anak saya dimenangi oleh peserta dari Malaysia yang tidak kurang hebatnya.  Beliau memegang carta juara lebih kurang 3 kali since season yang pertama.  Walaupun tidak berapa cemerlang as a new beginner tetapi anak saya berjaya mendapat tempat ke 12 dalan Asia dan tempat ke 7 di Malaysia.

Alhamdulillah dengan pelbagai pressure dan kemalangan kecil yang dihadapi, beliau berjaya juga menamatkan sesi pertandingan pada season kali ini...semoga beliau akan lebih dan terus cemerlang pada tahun hadapan untuk pertandingan race kedua beliau di peringkat Asia.

Pendedahan serta pengalaman menjadikan seseorang itu matang, lebih baik dan terbaik dalam memperbaiki kesilapan mereka pada masa akan datang.

Banyak pengalaman menarik dan menjadi kenangan bagi kami as parents dan juga pada anak-anak pada pertandingan kali ini.

Insyaallah semoga beliau terus sukses pada pertandingan akan datang....




































Friday, May 17, 2013

Owh Ini Sebenarnya Kerja Dia.....


Arrissa oh Arissa....

Memang lately ni karakter dan perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran dan manaikkan  tahap kedarah tinggian kami suami isteri ...

Perangai dan peel nya yang tak sudah adakalanya mencuit hati dan kadangkala ada rasa nak menangis pun ada juga...di selang selikan dengan celoteh beliau yang tak sudah-sudah tu....

Ini adalah salah satu dari aktiviti masa lapang beliau yang mana beliau suka sangat-sangat menggunakan henfon saya tak kiralah mengambil dan merakam gambar aksi-aksi beliau ataupun menonton "YOU TO BE"  (bahasa versi Arissa) aka Youtube ...

Note:  Pergh...patutlah henfon saya lembab aje lately ni ..rupanya penuh gambar dia dekat 100 keping di simpan...huarghhhhh!! seksanya nak mendelete satu persatu ni.....

Inilah kerjanya yang mana sebahagian lagi dah susah nak download...aksi sama aje...

Friday, September 07, 2012

Oh Anakku....


Assalammualaikum...

Entry tak berapa nak menarik beberapa minggu ni disebabkan kekalutan dan kepenatan saya bekerja di pejabat dan membuat kerja SHIFT di malam hari. 


Si kecik lately ni tak berapa nak sihat dia demam dan tak tidur malam jadi kami suami isterilah yang bergilir-gilir menjaga beliau baik dari segi sponging dan memantau suhu badan beliau yang ada kalanya naik mendadak panas dengan sesuka hati tidak mengira waktu.  Dan ada kalanya bukan main sejuk hingga beliau menggigil-gigil kesejukan.

Penat, letih dan kurang tidur tu biasalah kalau dah beranak pinak kerana kerisauan melanda diri apabila sang anak tidak berapa sihat dan muntah-muntah sambil merengek-rengek tak sedap badan.

Akibatnya penangan bila dah kerja SHIFT malam tanpa tauliah bila masuk kerja di waktu siang hari mata pula dah naik pejam terkebil-kebil macam ayam. huhuhu....nak buat macam mana?? Bila sang anak sakit semua parents akan susah hati...

Semoga pwincess kami akan recover dengan cepat dan dapat bermain seperti sediakala.

GET WELL SOON ICHA!

Thursday, May 31, 2012

Suka Bercakap


Asssalammualaikum...



Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun 7 bulan dan seperti yang anda semua sedia maklum kanak-kanak di usia begini memang surely dah dapat kaki dan hyperaktif tapi itu memang perkara basic bagi pertumbuhan mereka tetapi yang menjadi kepeningan kepala kami suami isteri apabila anak kami yang seorang ini suka sangat bercakap tak henti bertanya itu dan ini hingga adakalanya kami suami isteri naik penat nak melayan.

Bercakap dan bertanya tak sudah setiap apa yagn beliau lihat, tonton dan hadapi mesti beliau akan tanya "apa tu ma" " shape tu" "pegi mana ni" "dah shampai ke" kalau kami tak menjawab dan memberikan penjelasan kepada beliau maka bermulalah episod naik hantu beliau di mana beliau akan cuba mengorek mulut kami dan keep on asking and questioning kami sampai dia puas hati hingga adakalanya saya suami isteri kena bertanya beliau semula "faham tak" than baru dia diam or balas balik kata-kata kami tu dengan jawapan beliau "ooooooo......."

Semakin ketara apabila beliau tak lama lagi bakal mendapat adik baru.  Dengan perangai yang kekadang moody dan suka memerap dan mulut yagn tak berhenti bercakap...pheww!!

Tak habis dengan itu aje beliau akan suka menyanyi dan bercakap dengan anak-anak patung beliau atau memana binatang yagn beliau jumpa samaada kucing atau ayam. Tapi bila kita bertanya dia soalan, dia mesti beliau akan cakap balik "ala..yam yam (diam) aa mama..icha nak ain (main)  nie..."

Tapi sememangnya beliaulah pengerat kasih dan sayang kami sekeluarga dengan keletah dan kerenah beliau yang tak pernah surut menceriakan hari-hari kami sekeluarga. 

Monday, January 16, 2012

Besi Di Gigi

Nak tanya pendapat kawan-kawan...

Ada tak sesiapa diantara anda di sini atau ahli keluarga yang ada mengikat gigi atau dalam kata lain memaikai "braces"? Apa tujuan anda memakai braces?

gugel

Saya bukannya apa si anak ni sibuk menyatakan hasrat beliau nak memakai "braces" dengan alasan beliau dengan memakai braces akan menampilkan gigi beliau tampak lebih cantik dan teratur (macam-macam hal anak-anak sekarang).  

Kecik-kecik dah pandai nak melawa.

Pendapat kami suami isteri, beliau masih kecik lagi dan proses untuk pembaikan gigi beliau masih diperingkat awal, so rasanya belum perlu lagi untuk kami membaiki dan menempah alat untuk membaikpulih (dah macam baikpulih kereta dan rumah pulak) gigi beliau.

tengok gambar ni pun dan seriau
(gugel)

Kata beliau lagi, kawan di sekolah beliau ada yang memakai braces dan mempunyai kaler-kaler yang begitu menarik sekali, so secara tak langsung beliau pun nak memakai alatan tu untuk mencantikkan gigi.

Konfius saya?? Adakah ianya suatu trend atau memang niat untuk memakai braces bagi mendapatkan gigi yang teratur?

Macam-macam kehendak budak-budak zaman sekarang ni, saya kecik-kecik dulu semua pun tak tahu.


Saturday, October 15, 2011

ChA cHa Turns tO tWO

HAPPY BIRTHDAY TO MY LIL PWINCESS NUR ARISSA ADILLA.


Time flies so fast and now dia dah turning to two dah!! Aiyooo... anak oh anak! Semoga menjadi anak yang baik, soleh, mendengar kata serta hormat dan taat pada ibu bapa dan Tuhan ye nak.


Semoga dikau menjadi anak yang berguna tidak hanya di dunia mahupun di akhirat. Mama dan Ayah sentiasa mendoakan akan kesejahteraanmu anakku. Tak lupa juga buat Abang dan Abg Ngah, Mama dan Ayah luv both of u too....

Kalianlah cahaya dan harta yang tak ternilai bagi kami ayah dan mamamu (sentimental pulak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...