Thursday, November 02, 2006
SALAM LEBARAN
Sila click laman ini : http://202.71.107.161/petronas/bm/tvc2.asp
SALAM Lebaran buat Semua Umat Islam yang merayakannya di seluruh dunia tak kira dimana jua anda berada. Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan sekiranya terdapat segala tingkah laku, silap kata / tertulis selama ini.
Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza sedikit kerana kami sekeluarga lebih banyak memenuhi permintaan untuk mengunjugi / menziarahi sanak saudara di kampung. Walaupun dah lama tak mengunjungi dan tidak bersua muka tetapi kemesraan jelas terpancar pada wajah masing-masing.
Serasa Hari Raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas, kerana kebayakan rumah-rumah yang kami ziarahi/lawati tidak ramai sanak saudara dan sahabat handai yang datang berkunjung, cuma yang nampak ketara hanya pada hari raya pertama, raya kedua, ketiga dan seterusnya semua seolah-olah lebih banyak meluangkan masa duduk di rumah masing-masing dengan tidur dan sebagainya. Ada pula yang telah pulang bekerja pada hari raya ketiga menjadikan suasana kurang meriah.
Dahulu, Seingatku sewaktu aku kecil memang kehadiran SYAWAL / Hari Raya amat dinantikan oleh kami terutama kanak-kanak(sewaktu kecil). Hari raya kami isikan dengan mengumpul duit raya (mengelilingi kampung ziarah-menziarahi selama seminggu sanak saudara) membuat rumah terbuka dan sebagainya tetapi keadaan amat berbeza apabila tahun berganjak ke tahun 2000 ini...anak-anak kecil atau muda lebih suka menghabiskan waktu cuti mereka duduk dirumah dan menonton TV serta bermain game daripada melawat nenek serta datuk , makcik & pakcik di kampung. Begitu cepat waktu berlalu.
Keadaan Hari Raya pada tahun ini kebanyakan orang membuat aktiviti rumah terbuka ketika ada kelapangan iaitu pada cuti hujung miggu dan sebagainya. Mereka tidak lagi mempraktikkan aktiviti berikut pada hari raya pertama, kedua & ketiga...
Tapi apa pun aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dan keseronokan berhari raya bersama-sama insan-insan yang aku cintai.
Semoga di tahun hadapan aku masih lagi dapat merasai nikmat serta melihat cahaya ramadhan serta syawal dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan.
Sekali lagi ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment