Thursday, February 22, 2007

The Day When I And Family Watched Qabil Khushry Qabil Igam


Cast & Crew

Director: Zaili Sulan

Cast : Hans Issac,Rusdi Ramli,Erra Fazira, Ziana Zain, Dato' Rahim Razali,
Fauziah Nawi, Maimon Mutalib and Hisham Ahmad Tajuddin

Genre : Drama,Romance

Run Time: 120mins


Ulasan

…kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan….Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan rupa-rupanya kembar ….

…Sayang Ismail (Dato’Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepada kedua-dua kembar Qabil Khuhsry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah… Itulah racun. Itulah penawar. Ditatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari…Itulah cinta sejati seorang ayah, seorang ibu kepada anaknya….

….Sayang Qabil Khushry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka… Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nyawanya di telapak tangan Khushry…Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini…

Rani (Ziana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semenjak di bangku sekolah. Adiknya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam…Lalu cinta mengikat dua keluarga menjadi satu…

Sesungguhnya putaran hidup mereka sekeluarga di penuhi wangian cinta…Pun begitu kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit…Lalu pelbagai keputusan dan juga pengorbanan terpaksa dibuat…Harapan mereka Cuma satu, semoga cinta kembali bertaut mekar, tapi ianya membuatkan mereka semakin terjerut…Setiap langkah yang diatur bagaikan menyiramkan minyak ke istana yang cuba di bina…

Ismail dan Tijah amat mengasehi Igam. Dan kerana kaseh, mereka menelan setiap rasa pahit yang mendatang…

Karisma amat mencintai Igam, tetapi kenapa ada orang ketiga…?

Kedua-dua Qabil Khushry dan Qabil Igam tidak pernah meminta untuk dilahirkan bersama, tetapi mereka juga sama sekali tidak ingin dipisahkan… “Tuhan, jangan pisahkan kami…”


Sentuhan Hindustan yang begitu ketara dari awal hingga akhir ini tentu sahaja akan membuat peminat filem Bollywood ke panggung...



Kelemahan

Filem ini mengalami penangguhan yang terlalu lama dan rombakan yang terlalu banyak. QKQI memulakan pengambarannya pada tahun 2005 dan tertangguh pada Januari 2006 dan akhirnya menemui penonton pada awal tahun ini.

Pengunduran Yusri yang membawa watak Qabil Igam terpaksa dilakon semula oleh Rusdi Ramli. Ini menjejaskan beberapa adegan yang dikekalkan dari tape asal. Di sini sudah tidak ada kesinambungan. Kecacatan ini sebenarnya kecil dan penonton tidak perasan pun.

Contoh anda boleh lihat salah satu adegan Erra Fazira (Karisma) dan Ziana Zain (Rani) menanti dalam kamar ketika majlis pertunangan. Nampak gaya rambut, solekan dan tatarias tidak dilakukan dengan berhati-hati.

Tidak dibuat dengan berhati-hati atau ianya disengajakan? Sewaktu kelahiran Qabil Khushry dan Qabil Igam, rumah mereka dilanda banjir. Gambaran yang tidak realistik sebab terang-terangan nampak lakonan itu dibuat di tasik!

Kalau difikirkan banyak bahagian yang tidak logik tetapi entahlah saya nak cakap camna… Mungkin sudah budaya atau lumrah filem kita dibentuk sebegini rupa. Aspek logika tidak berapa diambil pot sangat.



Moral

Banyak mesej pengajaran yang dapat diambil dari kisah kekeluargaan dan sosio masyarakat Melayu ini. Unsur pendidikan bermula dari ibu bapa, dari saat kelahiran, dengan menamakan bayi hinggalah kepada menamatkan zaman bujang anak-anak.

Ibu bapa adalah tunjang utama kehidupan manusia. Keredhaan Tuhan bergantung sejauh mana keredhaan ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Kasih sayang antara adik beradik dan pengorbanan dalam hidup manusia. Yang baik dibalas baik dan yang jahat akan menerima habuannya setimpal dengan amalannya di dunia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...