Thursday, July 08, 2010

TAR BABY

JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan.



Kanak-kanak dalam gambar tersebut ialah Ardi Rizal, Kanak-kanak 2 tahun dari Indonesia ini telah mula menghisap rokok sejak umur 18 bulan, dan pada umur sekarang, beliau telah menjadi ketagihan terhadap rokok. Malah beliau akan mengamuk jika tidak dapat menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.

Dahsyat kan? Sedangkan kanak-kanak 2 tahun yang lain susah payah nak lepas dari botol susu, Ardi Rizal ni pula kalau tak sedut asap rokok tak boleh.

Disebabkan rokok, badan beliau telah menjadi begitu obes sehinggakan menyukarkan beliau untuk keluar bermain dengan kanak-kanak lain. Kalau keluar bermain pun beliau tetap akan menghisap rokok.

Ayah kepada Ardi Rizal, Mohammed, 30 tahun berkata,"Ardi nampak sihat je, tak rasa ada apa-apa masalah pun". Tabiat kanak-kanak ini menyebabkan keluarganya menanggung kos hampir RM25 sehari, kalau kira dalam rupiah tak pasti la pula berapa ribu kan.

Dengan laporan berita ni, satu Indonesia dikejutkan dengan meningkatkan jumlah kanak-kanak yang mula merokok, terdahulu NK ada laporkan mengenai kanak-kanak 4 tahun, Sandy, yang menghisap rokok dan bercakap lucah. Adakah ini disebabkan pengaruh iklan komersial rokok yang terlalu berleluasa? Kalau di Malaysia, tiada lagi iklan rokok yang dibenarkan ke udara, malah syarikat rokok tidak dibenarkan menaja apa-apa pertandingan mahupun aktiviti majlis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...