Isnin blues kembali lagi... Dengan keadaan cuaca yang tidak baik untuk kesihatan, hari ini saya gagahkan kaki untuk ke pejabat sedangkan rata-rata ramai juga yang mengambil cuti dan semua sekolah tutup gara-gara JEREBU yang agak meruncing kini.
Semoga keadaan akan pulih seperti sediakala dan kiranya dapatlah nak menghirup udara yang nyamanlah jugak as compared to sekarang yang dah tak nampak apa dan sedut udara terbakar ni...
Sungguh merimaskan dengan mata pedih segala... Jauhi anak-anak kita dari sebarang aktiviti luar rumah ye. Tapi kalau dah asap masuk dalam rumah nak buat macam mana jugak.
Maka haruslah dipakaikan mask selalu ye. Minum air masak banyak-banyak biar terkencing-kencing janji tekak tak kering cuci muka sekerap mungkin juga.
Di sini saya jugak nak ucapkan Selamat berpuasa pada anda yang berpuasa dan Salam Nisfu Syaaban semua. Moga kita semua beroleh keberkatan dan kesihatan yang baik-baik belaka.
Sharing is Caring!
xoxo
2 comments:
kene minum air masak bnyk2..
@:: Mrs.Eady ::
betul tu Izwa..yang pentingnya bagi ibu2 mengandung macam awak untuk jaga kesihatan..kurangkan aktiviti luar ye..Take care
Post a Comment