Assalammualaikum...
Baru-baru ini, LONGINES pembuat jam tangan Switzerland yang terkenal dengan aspek elegan, tradisi dan prestasi telah membuka pintunya kepada rakyat Malaysia menerusi pembukaan butik Longines yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur.
Berlokasi di tingkat 2 pusat beli-belah tersebut, butik itu terletak di dalam presint di mana pernyataan gaya golongan fashionista berkumpul. Menangkap pandangan mata dengan logo gelas masa bersayapnya, butik ini direka dan dihias dengan tanda niaga warna serta ambien Longines, sekali gus menjelmakan slogan jenama iaitu “Keanggunan adalah satu sikap” (Elegance is an attitude). Hiasan berbentuk heksagon pada bahagian tengah butik dibentuk oleh enam ruang pameran kaca yang mempamerkan koleksi eksklusif Longines. Ia kemudian dikelilingi oleh rekaan dan inovasi terkini jenama yang pastinya mampu memenuhi gaya serta ekspektasi pelanggannya di Malaysia.
Pembukaan butik tersebut membuktikan komitmen bahawa Longines telah mengambil langkah untuk berkembang di rantau ini. So pada anda yang berkesempatan dijemput untuk melihat secara dekat, meneroka kecantikan dan keluasan rangkaian jam tangan Longines.
(Flashback)
Teringat lagi jam ini menjadi kenangan saya hadiah daripada En Habi sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, sekejapan masa pergi dan 12 tahun telah belalu dengan begitu pantasnya. Kini jam tersebut masih lagi berkhidmat dan di simpan dengan penuh cermat sebagai kenangan abadi kami suami isteri.
6 comments:
Cantik jugak design baru dia yer...not bad....boleh survey nanti ni...
@Amanda Suria
Memang menarik...cubalah tengok 2 cuci mata dekat butiknya.
assalamualaikum rahmah...cantik2 la...;)
dah lama tak membeli jam ni..dah terbiasa tengok jam di hp huhuhu
Memang cantik mama....
Hihihi.... memang itu je yg paling mudah kan tp pinky momma boleh mintak en suami belanja x sempena anniversary.
Post a Comment