Thursday, June 27, 2013

Tak Semua Setiausaha Tu Jahat...

Assalammualaikum....

Kalau dulu-dulu bila kita sebut aje nama Setiausaha, Personal Assistant (PA) atau Setiausaha Sulit terus menyirap darah sesetengah wanita tak kiralah emak kita ke, mak datin, puan sri ke janji namanya wanita...tak gitu??

Tapi kini hanya segelintir wanita sahaja yang mencemburui kerjaya sebagai Setiuasaha ini, kerana masing-masing telah mempunyai kesedaran dan tahap pemahaman bagaimana tugas dan tanggungjawab Setiausaha ini ketika di pejabat.  Kalau ada pun yang agak manja-manja pun hanya segelintir sahaja tak ramai...

Peredaran masa kini telah berubah Setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki malah boleh melaksanakan tugas ini. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Gugel

Kalau dulu setiausaha sering dikaitkan dengan mempunyai hubungan sulit dengan majikan.  Kini, apabila kerap disebut-sebut akhirnya budaya mengambil setiausaha berlainan jantina ini akan dapat dikurangkan. Di IPT dan IPTS ada banyak kursus kesetiausahaan yang mana ramai juga para pelajarnya adalah lelaki.

Mereka ini sangat sukar mendapat pekerjaan kerana kebanyakan bos lelaki lebih suka mengambil setiausaha wanita, manakala jika bos itu wanita, dia juga kurang memilih setiausaha lelaki. Apabila perkara ini dimomokkan pada hubungan sulit dan cinta gelap, moga-moga kebiasaan ini akhirnya berubah.

Ada juga sekarang ni bila kita tengok bos lelaki setiausahanya lelaki, bos wanita setiausahanya wanita.

Setiausaha adalah orang yang paling hampir dengan orang terpenting dalam satu-satu organisasi. Dalam ketiadaan bos, setiausahalah yang membuat keputusan. Dia harus bijak serta mengetahui segalanya tentang perjalanan sesebuah syarikat, jika tidak akan tempanglah syarikat itu di mana mereka yang berurusan dengannya.

Pernah tak kita dengar dulu-dulu apabila seseorang wanita bekerja di hotel dia akan dipandang serong oleh orang ramai, hari ini kerjaya perhotelan bukanlah lagi sebati dengan imej begitu, malah para wanita yang bekerja di hotel-hotel diangkat sebagai salah satu kerjaya yang penting lagi diperlukan.

Begitu juga kesetiausahaan, selagi mana dunia gelapnya tidak digembar-gemburkan selama itulah ia menyembunyikan pelbagai anggapan yang bukan-bukan.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Mungkin kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Maka itu untuk menjadi seorang setiausaha, tindakan yang betul dan berperibadi anggun akan memadam anggapan setiausaha selalunya gatal. Kini setelah 15 tahun berkecimpung didalam bidang kesetiausahaan dan bertemu dengan pelbagai karenah majikan yang berlainan jantina dan agama saya telah masak dan memahami dengan lebih terperinci akan perangai majikan, fungsi dan ketetapan tugasan sebagai seorang Setiausaha.

Pada adik-adik, yang masih tercari-cari akan kursus yang bersesuaian dan berminat untuk masa hadapan anda, jangan ragu-ragu lagi bahawa bidang Kesetiausahaan tidak perlu dijadikan suatu alasan untuk anda terus maju dan sukses.


6 comments:

Unknown said...

tak minat jd secretary...hihi

Izwa Kamaruddin said...

skrg takde dah kot kes-kes mcm dulu..

ZaridaIshak said...

ooo... setiausaha ker...
aye SU mesyuarat jer... hehe

farah jalikha said...

hikss. akak, i'm a secretary merangkap personal assistant. hihi. banyak dugaan jd s.u, yang mana hanya s.u je blh faham :')

Fiza Rahman said...

Memang mencabar jadi secretary ni kak. TApi saya paling tension klo secretary yg berlagak mcm bos.

Aziela said...

Seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, maka ketulusan pekerjaan lebih mudah di fahami umum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...