Showing posts with label Bulan Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Bulan Kelahiran. Show all posts

Monday, October 01, 2012

Oktober Kembali Lagi...


Assalammualaikum...

OCTOBER 

Bulan ke sepuluh kita menyambutnya di dalam tahun 2012 ini.  How time flies so fast.  Sekejapan masa dan waktu berlari meninggalkan kita semua.  Oktober telah menjejakkan kakinya kini.  Diam tak diam segala macam peristiwa terjadi / berlaku tanpa kita sedari dan sedar dalam dalam waktu yang sama dua (2) bulan lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012.  Apakah segala macam perancangan dan wishlist kita sudah tercapai?  Kalau masih belum sempat lagi Insyaallaah masih boleh kejar lagi...dan jikalau belum tidak mengapa tingkatkan usaha kita.

Tq Gugel

Semoga kita semua beroleh kebaikan dan manfaat di dalam bulan Oktober ini.

Hehehe..bercerita mengenai bulan Oktober ini juga merupakan bulan kelahiran saya dan juga little pwincess saya...kami berkongsi bulan yang sama cuma tarikh yang berlainan.



Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Selain dari itu mereka-mereka yang lahir pada bulan Oktober juga merupakan seorang yang seperti berikut:-
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

Saturday, October 01, 2011

Babai September Welkam Oktober

Assalammualaikum....


Sekejapan masa terbang berlalu pergi tanpa kita semua sedari, umur, masa dan waktu berjalan dengan pantas sekali.

YE!! Bulan Oktober adalah bulan yang sungguh istimewa bagi saya kerana terlalu banyak memori yang terjadi di dalam bulan Oktober, sedih, suka dan duka menjadi penawar serta penguat di dalam hidup saya...sekejap aje, pejam celik, pejam celik kita semua sudah sampai ke penghujung tahun 2011.

Pada mereka yang telah dilahirkan dalam bulan ini, mesti anda mengetahui karakter anda bagaimana kan?

Bagi diri saya, saya boleh mendiskripsikan tentang diri saya sebagai seorang yang:-

Suka orang yang sayang pada saya, Saya suka berbual(dengan orang yang saya selesa dan kenal), Kadang-kadang suka ambil jalan mudah, Sangat menawan dan sopan santun, Kecantikan luaran dan dalaman (ermmm...tak puji pun dah ada dalam Rahsia Bulan Kelahiran tu), Tidak pandai berbohong dan berpura-pura (sememangnya), Mudah rasa simpati (tapi tiada pengiktirafan pun), Baik dan mementingkan kawan (selalu berkecil hati dengan mereka juga kadang-kadang), Sentiasa berkawan, Hati saya mudah terusik tetapi rajuknya tak lama, Cepat marah (asyik naik angin aje), Macam pentingkan diri sendiri(kadang-kadang aje), Tidak menolong orang kecuali diminta(kekadang aje), Suka melihat dari perspektifnya sendiri, Tidak suka terima pandangan org lain (tak jugak, kadang-kadang aje), Emosi yang mudah terusik, Suka berangan dan pandai bercakap, Emosi yang kelam kabut (jiwa kacau kadang-kadang tu), Daya firasat yang sangat kuat, Suka melancong (seronok),bidang sastera dan seni(peberet sabjek time sekolah tu), Pengasih,penyayang dan lemah lembut, Romantik dalam percintaan, Mudah terusik hati dan cemburu, Ambil berat tentang orang lain, Suka kegiatan luar, Orang yang adil, Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, Mudah patah semangat, Suka berhibur, Suka membeli-belah (itu sudah semestinya, Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran (pantang ada duit asyik beli novel aje), Kuat cemburu (Memang dengan suami ler), Seorang yang Adil, Suka kegiatan luar(suka jalan-jalan).

Adakah anda juga sama seperti di atas??

Selamat Berhujung Minggu Semua......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...