Showing posts with label Children. Show all posts
Showing posts with label Children. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Owh Tidak....Tidakkkkk!!


No no no.....lately ni sensitiviti saya semakin menjadi-jadi di tambah pulak bila baca berita-berita pasal kejadian yagn membabitkan anak-anak tak kiralah seawal umur baby, dah besar sikit ke besar panjang ...dah namanya anak-anak... sensitipnya lain macam...senang aje nak mengalirkan air mata dan emotional memanjang...

Suratkhabar ni pun satu hal...kenapalah di bulan-bulan puasa ni di hidangkan dengan cerita-cerita yang menyayat hati meruntun jiwa 'keibuan' saya ni....

Pagi tadi tengok-tengok muka hadapan suratkhabar adalah pulak cerita pasal kanak2 yang tersepit dekat pintu lift di rumah pangsa PPR semalam......huhuhuhu kesiannya..sakitnya..tak tahu nak kata apa..mesti luluh hati ibunya ...... lepas tu last week adalah pulak ibu yang BODOH ni pi cucuk2 anak dia dengan gunting hanya disebabkan anaknya itu mengigit puting susunya sebab anaknya nak tumbuh gigi...BANGANG tahap melampau dan laaa ni pulak adalah pulak manusia yang bersifat BINATANG pi bantai peha budak kecik umur 6 bulan sampai patah peha baby tu....SUNGGUH!! amat memilukan hati bila mendengarkan akan berita-berita ni...

Apalah sifat manusia sekarang ni ye terlalu bersifat keduniaan hingga alpa akan hukum hakam agama dan pembalasan di hari akhirat kelak.  Ternyata fikiran mereka cetek dan tidak berperikemanusiaan.

Dan sebagai seorang ibu naluri keibuan kita selalunya tersentuh apabila terbaca atau terdengarkan akan berita-berita seumpama ini berlaku.

Kalau boleh saya tak nak dengar dan tengok perkara-perkara ini terjadi pada insan-insan kecil yang baru nak hidup dan tak tahu nak mengadu..tapi apalah daya saya nak membantu...kalaulah saya ni "Bionic" ke "Wonder Women" ke "Cat Women" ke masuk akal jugak nak membantu tapi saya hanyalah seorang wanita yang mempunyai hati dan perasaan serta naluri keibuan ayng sangat kuat serta kasih pada anak-anak yang kecil.  Tak mampu nak berbuat apa-apa hanya doa sahaja moga mereka selamat dan dilindungi olehNYA. Insyaallah........................

Sempena aidilfitri bakal menjelang ni semakin banyak terdapat jualan murah di sana sini...adakah anda telah lengkap membeli barangan serta pakaian seisi keluarga untuk berhari raya? Kalau belum ...apa tunggu lagi...JOM singgah SINI


Thursday, January 03, 2013

Skewl Day For Arissa

Hari pertama ke sekolah bagi Nur Arissa Adilla walaupun umur beliau 3 tahun tetapi kami suami isteri nekad menghantar Arissa ke sekolah demi untuk kebaikan beliau dan adiknya.  Bukannya apa Arissa suka kacau adiknya jadi untuk mengurangkan mood kemarahan kami dan nenek yang menjaganya setiap hari maka jalan terbaik bagi kami ialah dengan menghantar beliau ke sekolah...sedih, terharu dan gembira melihat beliau yang pada mulanya menangis apabila kami hendak meninggalkan beliau tapi nak buat camne tabahkan jugalah hati kami ni dengan meninggalkan aje dia dia sekolah.

Hari pertama sesi persekolahan tidak lama mereka pulang pukul 10.30pagi dan surprisingly Arissa berlari dengan gembiranya ke arah kami ketika kami mengambilnya ke sekolah.

Alhamdulillah dan yang pastinya beliau bersemangat untuk kesekolah lagi keesokan harinya....


Arissa oh Arissa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...