Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Owh Ini Sebenarnya Kerja Dia.....


Arrissa oh Arissa....

Memang lately ni karakter dan perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran dan manaikkan  tahap kedarah tinggian kami suami isteri ...

Perangai dan peel nya yang tak sudah adakalanya mencuit hati dan kadangkala ada rasa nak menangis pun ada juga...di selang selikan dengan celoteh beliau yang tak sudah-sudah tu....

Ini adalah salah satu dari aktiviti masa lapang beliau yang mana beliau suka sangat-sangat menggunakan henfon saya tak kiralah mengambil dan merakam gambar aksi-aksi beliau ataupun menonton "YOU TO BE"  (bahasa versi Arissa) aka Youtube ...

Note:  Pergh...patutlah henfon saya lembab aje lately ni ..rupanya penuh gambar dia dekat 100 keping di simpan...huarghhhhh!! seksanya nak mendelete satu persatu ni.....

Inilah kerjanya yang mana sebahagian lagi dah susah nak download...aksi sama aje...

Thursday, January 03, 2013

Skewl Day For Arissa

Hari pertama ke sekolah bagi Nur Arissa Adilla walaupun umur beliau 3 tahun tetapi kami suami isteri nekad menghantar Arissa ke sekolah demi untuk kebaikan beliau dan adiknya.  Bukannya apa Arissa suka kacau adiknya jadi untuk mengurangkan mood kemarahan kami dan nenek yang menjaganya setiap hari maka jalan terbaik bagi kami ialah dengan menghantar beliau ke sekolah...sedih, terharu dan gembira melihat beliau yang pada mulanya menangis apabila kami hendak meninggalkan beliau tapi nak buat camne tabahkan jugalah hati kami ni dengan meninggalkan aje dia dia sekolah.

Hari pertama sesi persekolahan tidak lama mereka pulang pukul 10.30pagi dan surprisingly Arissa berlari dengan gembiranya ke arah kami ketika kami mengambilnya ke sekolah.

Alhamdulillah dan yang pastinya beliau bersemangat untuk kesekolah lagi keesokan harinya....


Arissa oh Arissa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...