Showing posts with label Dilema Mencari Pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label Dilema Mencari Pekerjaan. Show all posts

Friday, March 01, 2013

Bosan Tak Tahu Nak Pilih Kerja Apa...

Mungkinkah anda pernah mengalami situasi di mana terpaksa bekerja kerana tak mau bergelar penganggur terhormat? Bagaimana prestasi kerja anda? Adakah disebabkan keterpaksaan itu menyebabkan semangat kerja anda menjadi lebih berkobar-kobar? 

Disebabkan terpaksa, kita merasakan kerja itu sebagai beban. Tidak ada semangat untuk bekerja, produktiviti lemah dan boleh menyebabkan kesihatan mental dan fizikal merosot.

Gugel

Selepas berjaya menamatkan pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT), masih ramai yang tidak pasti kerjaya apa yang sesuai dengan diri mereka. Ada yang merasakan kerjayanya mestilah daripada bidang yang dipelajari. Ataupun ada juga yang tidak kisah kerja apa yang diceburi walau berlainan  dengan apa yang dia belajar, janji ada kerja dan dapat gaji. Seharusnya, sebelum memulakan pekerjaan kita telah menetapkan hala tuju dan perlu ada cita-cita yang jelas. Dengan cita-cita, anda akan menentukan hala tuju perjalanan anda untuk meneruskan pengajian. 

Dengan itu, buatlah sesuatu pekerjaan yang anda minat. Ini kerana boleh berlaku keburukan dalam masa panjang jika kita tidak mempunyai minat dalam sesuatu yang kita lakukan. Keburukannya ialah kita akan tertekan dengan kerjaya tersebut dan ini boleh menyebabkan kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Tak Gitu??


Monday, May 07, 2012

Sukarnya Mencari Kerja Yang Bersesuaian



Gambar ehsan Google

Dilema seringkali terjadi kepada kita tidak kiralah dah lama menamatkan studi atau dah lama menganggur cari kerja. 

Persoalannya diri kita sendiri pun tidak tahu apa kehendak dan keinginan kita dalam mencari kerja yang secocok dengan kelayakan kita.  Perlukah kita mengikut kehendak hati atau adakalanya pendapat dari ibubapa diperlukan dalam memilih bidang pekerjaan yang kita hadapi.

Ada tu dah kerja-kerja setengah jalan berhenti kerana menanggapkan yang tugasan yang mereka terima itu tidak setimpal dengan kelulusan mereka dan apa yang mereka pelajari.  Kalau ada yang luck baik tu bolehlah berterusan dan bertahan dengan jayanya hingga berbulan, malahan bertahun pun ada.

Selayaknya kita seharusnya dan semestinya meneliti setiap aspek yang perlu kita titik beratkan kerana yang akan melakukan tugasan itu dan melalui hari-hari berikutnya adalah diri kita sendiri.  Bukan maksud memilih kerja tetapi adakalanya PERLU dan HARUS sebabnya bila kita melangkah ke dunia pekerjaan ianya sudah tentu sekali amat berbeza dan berlainan dengan apa yang kita pelajari di sekolah dan universiti totally different.

Oleh itu, kita seharusnya pandai-pandailah menimbal balik setiap keputusan yang kita ambil jangan sekadar ingin memuaskan hati dan terdesak hingga sanggup menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...