Friday, March 01, 2013

Bosan Tak Tahu Nak Pilih Kerja Apa...

Mungkinkah anda pernah mengalami situasi di mana terpaksa bekerja kerana tak mau bergelar penganggur terhormat? Bagaimana prestasi kerja anda? Adakah disebabkan keterpaksaan itu menyebabkan semangat kerja anda menjadi lebih berkobar-kobar? 

Disebabkan terpaksa, kita merasakan kerja itu sebagai beban. Tidak ada semangat untuk bekerja, produktiviti lemah dan boleh menyebabkan kesihatan mental dan fizikal merosot.

Gugel

Selepas berjaya menamatkan pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT), masih ramai yang tidak pasti kerjaya apa yang sesuai dengan diri mereka. Ada yang merasakan kerjayanya mestilah daripada bidang yang dipelajari. Ataupun ada juga yang tidak kisah kerja apa yang diceburi walau berlainan  dengan apa yang dia belajar, janji ada kerja dan dapat gaji. Seharusnya, sebelum memulakan pekerjaan kita telah menetapkan hala tuju dan perlu ada cita-cita yang jelas. Dengan cita-cita, anda akan menentukan hala tuju perjalanan anda untuk meneruskan pengajian. 

Dengan itu, buatlah sesuatu pekerjaan yang anda minat. Ini kerana boleh berlaku keburukan dalam masa panjang jika kita tidak mempunyai minat dalam sesuatu yang kita lakukan. Keburukannya ialah kita akan tertekan dengan kerjaya tersebut dan ini boleh menyebabkan kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Tak Gitu??


6 comments:

Aziela said...

Minat dan memuaskan poket, kan .. Heehehhehee. Kepadatan poket tu perlu tu...

Nazayiena Ayiena said...

Betul tu klu memang x suka kerja tu dan dipaksa2 plk takut nanti lain plk jadinya.

RamRamCute said...

@Aziela

itu HARUSSSS....hehehehe

RamRamCute said...

@Nazayiena Ayiena

Betul tu..nanti dah rasa demotivated pulak...

Mas Zull said...

assalamualaikum rahmah...betul tu pilihlah yg betul2 jadi minat kita...:)

nea lopah said...

mesti ada minat...salam kenal n done polow sini jugak.jemput singgah rumah saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...