Showing posts with label Genkcorner. Show all posts
Showing posts with label Genkcorner. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Blogger! Jom Kenal

Assalammualaikum...

Petang-petang yang mendung dan sejuk ni saya nak jugak menjoinkan diri ke segmen anjuran Genkcorner.


Those kawan-kawan yang nak melibatkan diri bolehlah terus ke laman sesawang beliau dan berkenalan dengan lebih lanjut. Tak susah cuma KLIK sahaja.

Untuk pengetahuan anda, segmen ni ada tarikh tutup tau iaitu pada 22 Oktober 2011,11.59 malam.

Jadi sempat lagi kalau anda semua nak habis buat assigment ke masak ke, basuh ke, boleh dan sempat lagi.

Nota ringkas serba sedikit mengenai saya, seperti yang anda semua tahu saya berasal dari Kuala Lumpur (anak jati KL). Dah berumahtangga, happily married dan mempunyai tiga orang cahaya mata antaranya dua orang lelaki dan seorang perempuan. Saya bekerja dan mempunyai intention untuk berhenti menjadi surirumah tangga sepenuh masa tapi impian belum jadi kenyataan lagi, Insyaallah (doakan saya).

Overall, blog saya ini adalah berkisahkan tentang jurnal kehidupan saya seharian sebagai pekerja, menguruskan rumahtangga dan anak-anak (chewahh!!) serta saya berkongsi cerita, maklumat serta isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara.

Saya sayangkan keluarga saya (anda pun sama kan?)dan lebih rela menghabiskan masa bersama-sama tersayang dari melakukan aktiviti yang tidak membawa sebarang faedah. Diwaktu lapang atau wiken saya akan menghabiskan waktu beriadah (cycling) bersama suami dan anak-anak dan saya amat-amat gemar membaca novel dan bershopping (semestinya)...

Pada kawan-kawan yang sudi membaca entri-entri saya ni, ada dialu-alukan 'follow' dan berikan komen dalam mana-mana ruangan untuk kemudahan serta maklumat saya bagi tujuan penambahbaikan di masa-masa akan datang.

Terima kasih pada anda semua dan salam kenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...