Showing posts with label Follower. Show all posts
Showing posts with label Follower. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Sayang Korang Semua!!


Assalammualaikum....

Alhamdulillah terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi memeriah dan mewarnai blog saya ini.  Terharu, gembira, suka dan tak terkata dibuatnya kerana masih ada lagi yang sudi menjadi pengikut blog saya yang lately ni agak membosankan entrinya dan kekerapan update pun agak kurang aktif sikit disebabkan kerja-kerja semasa dan adakalanya mood kelaut memanjang aje.


Insyaallah saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki mutu blog ini dari semasa ke semasa buat tatapan kawan-kawan tersayang semua.

Terima kasih tak terhingga kepada follower comel Yumida Shuhada dan Si cantik Wanda kerana sudi menjadi follower saya yang ke 1000 & 1001 orang.  "Sayang korang berdua ketat-ketat".


Semoga kalian (follower) terus sukses dan berjaya di dalam dunia blogging ini ye.  Enjoy blogging dan ceria-ceria selalu.

Pada anda yang berkelapangan jom kita kenali blogger-blogger ini dengan lebih dekat lagi dan seronok juga bila membaca entri-entri mereka dan pada yang suka akan kelainan seperti bersegmen pun mesti suka berkunjung ke sini.  YOK!!

Thursday, November 03, 2011

HASRULHASSAN.COM - Kejayaan Manis Blog Saya

Asssalammualaikum...


Pertama kali membacanya terus hati menjadi suka dan girang kerana soalan seperti inilah yang saya tunggu-tunggu dan ingin saya kongsikan dengan semua rakan blogger.  Terima kasih pada Hasrul Hassan kerana sudi menganjurkan segmen ini.

Kejayaan Manis Blog Saya

Nak kata kejayaan takdelah sangat cuma saya gembira teramat-amat apabila ada orang/blogger yang sudi memperkenalkan blog saya di mata umum.  Rata-rata saya buta tentang dunia blogging, tetapi atas dasar keazaman dan semangat yang diterima dari rakan-rakan dan blogger-blogger tersohor saya bertekad untuk terus menulis dan nasihat serta tunjuk ajar rakan-rakan semua saya akan teruskan selagi ada daya saya.

Suka, girang dan gembira..sudah semestinya apabila blog saya terpilih untuk dijadikan promo oleh tuan punya segmen ini iaitu En Hasrul Hassan (boleh rujuk entri ini).  Masa tu terharu tak terhingga dibuatnya.  Mana taknya blogger yang dah dikenali dan mempunyai follower yang ramai telah sudi mempromosikan blog saya. 

Ianya tidak bermula begitu sahaja kerana sebelum ini blogger cantik manis Lulu Caldina juga sudi mempromosikan laman blog saya di mata umum dengan memilih blog saya di dalam segmen yang beliau anjurkan (boleh rujuk entri ini juga) beberapa bulan yang lepas.

Tidak dengan itu sahaja terdapat juga entri yang menarik dan sudi meletakkan header blog saya sebagai contoh dalam entri beliau iaitu adik comel kita yoUnique mengenai blogger wanita yang entrinya tidak bewarna pink, beliau dengan rela hati sudi meletakkan dan sekaligus mempromosi blog saya dilaman blog beliau (rujuk entri sini).  Terima kasih Nurdani.

Terima kasih tak terhingga saya juga pada rakan baik dan rakan sepagar saya kerana kesudian beliau untuk menempekkan satu entri spesel untuk saya dalam laman blog beliau (rujuk sini), TERHARU sungguh saya.  Terima kasih awak! terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar awak ye.  Kita sama-sama mewarnai dunia blogging ini dan sama-sama berkongsi pendapat dan cerita sedih suka dan duka di dalamnya..semoga awak terus maju dan sukses.  Beliau adalah blogger yang berbakat dan seorang rakan yang begitu caring dan mempunyai  follower yang tidak kurang hebatnya.  Beliau sungguh-sungguh berbakat. 

Selain dari itu saya berasakan akan kerujaan, seronok dan happy kerana bukan saja dapat menyuarakan pendapat dan berkongsi cerita-cerita menarik bersama-sama rakan malahan kita juga dapat menyoroti segala permasalah isu sosial, berita dalam dan luar negara serta tips-tips kesihatan yagn dikongsikan bersama di dalam dunia blogging ini.

Terima kasih tak terhingga pada mereka-mereka yang sudi mempromosikan blog saya hingga ketahap ini.. Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur.  Bukan mengimpikan menjadi seorang blogger terkenal atau termasyur tetapi cukuplah sekadar dapat merapatkan lagi tali persaudaraan sesama islam dan kaum dimerata-rata pelusuk negeri sekaligus mengetahui akan ada resam masing-masing.

Diharapkan kejayaan ini tidak berakhir begitu sahaja....semoga blog saya akan terus dilawati dan diberikan komen yang bernas dan membina untuk kebaikan saya dan kita semua.  Terima kasih pada yang sudi menjadi FOLLOWER saya dan Insyaallah jika diberikan kesempatan yang mencukupi saya akan balas singgahan anda dan menjadi follower terbaru di blog anda juga.

Oraitt!! Siap.

Pada anda yang ingin menyertai sila RUJUK untuk maklumat lanjut. 

Tutup pukul 5.00 petang ini ye...so CEPAT!!

Monday, October 24, 2011

Blog Aku Dan Follower

Assalammualaikum semua..


Bersiaran kembali dan hari ini di pagi hari Isnin ini saya nak memulakan hari dengan bersegmen anjuran Hasrul Hassan (rajin HH menganjurkan segmen...saya suka).

Caranya mudah aje, for those yang nak melayakkan diri sila ikuti langkah-langkah berikut:-


1- Buat satu entri dengan tajuk berikut: Blog Aku Dan Follower
2- Letak ini dalam entri tersebut:

3- Kemudian buat satu entri dengan menyatakan perkara-perkara berikut:
  • 2 follower terawal, 
  • Follower terawal dalam blog bla-bla-blub-blub ni of course la kawan baik dan jiran sepagar saya Pn. Aziela dan kemudian Pn. Azzah
  • 2 follower paling best 
  • Follower paling best yang so far saya cukup-cukup suka dengan penulisan beliau rasa saya semuanya best-best belaka semua ada cara dan identiti tersendiri untuk menyuarakan serta menyampaikan mesej kepada umum dan ianya sungguh entertaining apabila dibaca.  
  • Tetapi paling-paling 'hebak' tak henggat punya blog yang saya hari-hari singgah without fail orang kata ialah Lulu Caldina - untuk informasi berita dalam dan luar negara serta Ben Ashaari - Teruja bila Ben sudi follow blog saya (seronok tak henggat) dan nak tambah lagi satu boleh ..... of course En Tiffin Biru CMG - penuh dengan resepi yang senang serta sesuai untuk dijadikan contoh hidangan masakan buat tetamu dan keluarga tersayang.
  • dan 2 follower terakhir. 
  • Terima kasih pada 2 follower terakhir yang sudi memberikan saya semangat dan sudi memfollow blog saya iaitu Hanani (link tidak diberikan) dan juga Isyaqila juga buat semua FOLLOWER yang sudi mengikuti blog saya ini. Ketahuilah saya SAYANG kamu semua.
4- Dah siap, tinggalkan url entri anda itu di kotak komen blog Hasrul Hassan .

Tutup: 26 Oktober 2011.

SIAPP!!

Selamat Mencuba dan Salam Kenal Semua!!

Tuesday, October 18, 2011

Blogger! Jom Kenal

Assalammualaikum...

Petang-petang yang mendung dan sejuk ni saya nak jugak menjoinkan diri ke segmen anjuran Genkcorner.


Those kawan-kawan yang nak melibatkan diri bolehlah terus ke laman sesawang beliau dan berkenalan dengan lebih lanjut. Tak susah cuma KLIK sahaja.

Untuk pengetahuan anda, segmen ni ada tarikh tutup tau iaitu pada 22 Oktober 2011,11.59 malam.

Jadi sempat lagi kalau anda semua nak habis buat assigment ke masak ke, basuh ke, boleh dan sempat lagi.

Nota ringkas serba sedikit mengenai saya, seperti yang anda semua tahu saya berasal dari Kuala Lumpur (anak jati KL). Dah berumahtangga, happily married dan mempunyai tiga orang cahaya mata antaranya dua orang lelaki dan seorang perempuan. Saya bekerja dan mempunyai intention untuk berhenti menjadi surirumah tangga sepenuh masa tapi impian belum jadi kenyataan lagi, Insyaallah (doakan saya).

Overall, blog saya ini adalah berkisahkan tentang jurnal kehidupan saya seharian sebagai pekerja, menguruskan rumahtangga dan anak-anak (chewahh!!) serta saya berkongsi cerita, maklumat serta isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara.

Saya sayangkan keluarga saya (anda pun sama kan?)dan lebih rela menghabiskan masa bersama-sama tersayang dari melakukan aktiviti yang tidak membawa sebarang faedah. Diwaktu lapang atau wiken saya akan menghabiskan waktu beriadah (cycling) bersama suami dan anak-anak dan saya amat-amat gemar membaca novel dan bershopping (semestinya)...

Pada kawan-kawan yang sudi membaca entri-entri saya ni, ada dialu-alukan 'follow' dan berikan komen dalam mana-mana ruangan untuk kemudahan serta maklumat saya bagi tujuan penambahbaikan di masa-masa akan datang.

Terima kasih pada anda semua dan salam kenal.

Tuesday, August 09, 2011

JOM HEBOH BLOG BARU !!

Bangku Kosong bersegmen kembali...pada sesiapa yang ingin menceburkan diri syarat-syarat wajib bagi segmen ini ialah anda dinasihati untuk mempunyai kurang dari 500 orang follower..kalau dah lebih tu tak boleh lah..



Tepekkan gambar bendera Malaysia ini, kemudian sharekan url anda ke blog Bangku Kosong untuk menyertai segmen ini.

Untuk makluman, tarikh tutup segmen ini ialah pada 10 Ogos 2011 masa tidak ditetapkan lagi..so apa tunggu lagi, jemputlah berSEGMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...