Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Berbuka Ketika Hamil...



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:-
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketidakcernaan.

Tuesday, July 03, 2012

Sikap Dan Sifat Yang Perlu Ada....


Assalammualaikum semua...


Gambar Hiasan Ehsan Google

Mengandung memang bukan senang especially bila nak membawa perut yang berisi dan sarat memang agak menyukarkan pergerakan dan keselesaan ibu-ibu mengandung.  Hingga ada kalanya ibu-ibu mengandung ini merasa tidak selesa dan mempunyai mood swing yang tak menentu.

Bagi pasangan dan mereka yang berurusan dengan ibu-ibu hamil ini tidak perlulah berasa tension dan geram  mahupun menyimpan perasaan dendam kepada mereka kerana sememangnya mereka merasakan diri mereka berada dalam keadaan tidak selesa dan cepat penat hingga mengakibatkan emosi mereka terganggu dan adakalanya sukar dikawal dan dituruti.

Bagi para ibu-ibu hamil diluar sana terdapat beberapa tips serta maklumat yang mereka perlu ketahui untuk sama-sama merasakan yang kandungan itu bukanlah suatu bebanan pada diri mereka hingga mampu mengakibatkan ibu dan bayi berada di dalam keadaan stress ketika mengadung.

Antaranya:
  1. Berusahalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Contoh; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia) . Lakukan senaman berikut;
  2. Terlentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.
  3. Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.
  4. Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
  5. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
  6. Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.
  7. Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
  8. DILARANG meminum alkohol, merokok.
  9. JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
  10. Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
  11. Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
  12. Jauhi daripada sifat benci-membenci.
  13. Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
  14. Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
  15. Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah:-
  1. SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang palinghampir dengan kita.
  2. MENJAGA TUTUR-KATA dan perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya. 
  3. MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan seadanya. 
  4. JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri. 
  5. JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain. 
  6. JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain. 
  7. JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka. 
  8. JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain. 
  9. Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka. 
  10. Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI,ORANG TUA serta keluarga.
Selamat berkongsi ilmu....semoga kita semua mendapat faedah dan pengetahuan daripadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...