Friday, July 20, 2012

Berbuka Ketika Hamil...



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:-
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketidakcernaan.

13 comments:

Aziela said...

Sesuai untuk saya yang juga menganduuuuuungi lemak...heheheheheh

Saya rasa diet tu sesuai untuk semua juga kan.

mrs puex said...

thx for the info,,sedang mencuba utk berpuasa di saat 38 weeks of pregnancy..:D

MAY said...

NASIK???

Rahmah Ram Ram said...

@Aziela

hihihi..yelah awak..sesamalah kita ye berdiet sambil berpuasa.... Jaga kesihatan dan Selamat Berpuasa

Rahmah Ram Ram said...

@mrs puex

Selamat menjalani ibadah berpuasa Mrs Puex..semoga kita berdua (ibu mengandung) ini diberikan kekuatan menjalani ibadah sepanjang bulan ramadhan...

Rahmah Ram Ram said...

@MAY boleh juga ambil nasi tapi tidak terlalu banyak dan meladung2 tingginya...selamat berpuasa cik May

Yumida said...

JOM MENUKAR LINK BERSAMA SAYA

Blog anda SUDAH dimasukkan ke dlm senarai Bloglist saya RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012

http://umikasum.blogspot.com/2012/07/ben-ashaari-ramadhan-2012-1433h.html

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Selamat berpuasaaaaaaaa dari mak dara ye

~ yus ~ said...

selamat berpuasa dari saya...

tips bagus ni, terima kasih berkongsi

Cik Rongoks said...

pemenang segmen kad raya dah diumumkan :)

http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/pemenang-segmen-kad-raya.html

Kancil 8349 said...

selamat berpuasa...semoga dipermudahkan

rafflesia said...

selamat berpuasa kak.. :) jaga baby tau? :)

maszull said...

assalamualaikum rahmah...menarik juga info ni...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...