Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Berbuka Ketika Hamil...



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:-
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketidakcernaan.

Friday, July 06, 2012

Mommies...Hindari Perkara Ini.....


Assalammualaikum.....

Gugel
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu mengandung.   Tetapi permasalahannya terjadi kepada saya, nak dikatakan menunggu hari dan menunggu waktu-waktu terakhir minggu kehamilan tu rasanya jauh dan sekaligus belum lagi kerana rasanya usia kandungan saya bakal menjejaki ke usia enam (6) bulan bagi sesetengah antara mereka pasti ketika ini perut mereka tidak berapa nampak dan membesar, tetapi berbeza dengan bentuk fizikal saya yang rasanya seperti sudah sarat dan nak menunggu hari.  Disebabkan faktor perut yang membesar maka pergerakan saya terbatas dan sangat tidak produktif.

Faktor sebegini amat menyukarkan dan beberapa kejadian dan perkara yang harus diambil pandang oleh para-para ibu mengandung antaranya bakal mengundang kejadian yang lebih serius dari terjadi. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.

Artikel ini saya dapati dari siri pembacaan saya di dalam salah sebuah majalah tempatan.

1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.

2. Pedih Pada Tubuh
Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.

Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.

Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.

4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.

Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral

6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.

Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.

Mengapa Selalu Panas?
Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi

7. Pendarahan Hidung

Wanita hamil lebih mudah mengalami pendarahan hidung berbanding wanita yang tidak hamil.  Ketika hamil paras hormon wanita yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah dihidung mengembang dan mudah pecah.  Ianya mudah berlaku jika wanita hamil itu mengalami selsema, jangkita sinusitis, alahan pada habuk dan makanan atau apabila selaput dalam hidungnya menjadi kering akibat berada dalam persekitaran yang kering seperti bilik yang mempunyai pendigin hawa (aircond).

Walaubagaimanapun ianya tidak merbahaya.  Jika sebaliknya dapatkan rawatan terus kepada pakar.

Kesemua faktor di atas kalau tak kena semua mesti akan terjadi di antara salah satu darinya.  Semoga ibu-ibu hamil ini tabah dan sabar menghadapi sesi kehamilan dengan penuh ceria.


* SHARING IS CARING *

Tuesday, July 03, 2012

Sikap Dan Sifat Yang Perlu Ada....


Assalammualaikum semua...


Gambar Hiasan Ehsan Google

Mengandung memang bukan senang especially bila nak membawa perut yang berisi dan sarat memang agak menyukarkan pergerakan dan keselesaan ibu-ibu mengandung.  Hingga ada kalanya ibu-ibu mengandung ini merasa tidak selesa dan mempunyai mood swing yang tak menentu.

Bagi pasangan dan mereka yang berurusan dengan ibu-ibu hamil ini tidak perlulah berasa tension dan geram  mahupun menyimpan perasaan dendam kepada mereka kerana sememangnya mereka merasakan diri mereka berada dalam keadaan tidak selesa dan cepat penat hingga mengakibatkan emosi mereka terganggu dan adakalanya sukar dikawal dan dituruti.

Bagi para ibu-ibu hamil diluar sana terdapat beberapa tips serta maklumat yang mereka perlu ketahui untuk sama-sama merasakan yang kandungan itu bukanlah suatu bebanan pada diri mereka hingga mampu mengakibatkan ibu dan bayi berada di dalam keadaan stress ketika mengadung.

Antaranya:
  1. Berusahalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Contoh; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia) . Lakukan senaman berikut;
  2. Terlentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.
  3. Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.
  4. Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
  5. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
  6. Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.
  7. Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
  8. DILARANG meminum alkohol, merokok.
  9. JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
  10. Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
  11. Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
  12. Jauhi daripada sifat benci-membenci.
  13. Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
  14. Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
  15. Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah:-
  1. SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang palinghampir dengan kita.
  2. MENJAGA TUTUR-KATA dan perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya. 
  3. MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan seadanya. 
  4. JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri. 
  5. JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain. 
  6. JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain. 
  7. JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka. 
  8. JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain. 
  9. Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka. 
  10. Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI,ORANG TUA serta keluarga.
Selamat berkongsi ilmu....semoga kita semua mendapat faedah dan pengetahuan daripadanya.

Saturday, February 25, 2012

NO Online Purchase....

Many people love to buy things online because it is so convenient. The favourite places of shopping online seem to be major online such as eBay, Shopping.com and MSN. For eBay, the most obvious thing that you can consider the quality of seller is feed back for the seller.


You probably have to check all comments regarding their service. Check out the comments made. If the majority of the comments are negative then this is a good indication that you don''t want to deal with that seller........BUT.......you can't always count on the feedback whether it is Power Seller or not, whether they have 99% or less. They can still slip in fake handbags online and get great feedback for them. Why? because the buyer has no idea they got a fake.


How sad.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...