Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Back To Normal Routine Life

Assalammualaikum....

Kembali bersiaran sekali lagi...mood malas dan beku masih menghantui kepala dan tak berapa nak segar dalam melakukan tugasan di pejabat. MALAS....MALAS...DAN MALAS.....

Ntah bilalah mood nak kembali seperti sedia kala. Pastinya kini ramai warga KL sudah pulang ke rumah masing-masing dan ada yang masih bercuti makan makan biskut dan kuih raya malahan ada yang masih beraya lagi mengahbiskan cuti tahun berziarah sanak keluarga disana sini.

Dikesempatan ini ....Sepuluh jari disusun memohon Maaf dari anda semua kawan blogger secara sedar atau tidak didalam setiap penulisanku...semoga anda semua berbahagia di hari raya bersama keluarga dan insan tersayang....

Masih didalam mood Syawal... maka pada yang bercuti Berhati-hati memandu dan pulang berhari raya. Patuhi semua undang2 yang telah dihadkan.

Salam Syawal dari Kami Sekeluarga.

Thursday, August 18, 2011

Kisah Benar: Buang Anak, Buang Suami, Kerana Langsir Saya Turutkan...

Assalammualaikum semua...

Dah lama rasanya tak menghapdet entri didalam blog kesayangan ni...beberapa hari ni menjadi-jadi sibuknya...hari ni saya nak bercerita tentang kisah benar mengenai kisah rumahtangga yang saya baca baru-baru ini didalam salah sebuah majalah tempatan.

Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua didalam galak kita menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran pada tahun ini.

Ceritanya begini....

Kisah yang diceritakan Hadi (bukan nama sebenar) cukup menyentuh hati. Bagaimana dia terasa hati gara-gara isterinya Hana (bukan nama sebenar) gila melakukan persiapan raya sehingga mengabaikan perasaan satu sama lain.

Peristiwa ini baru terjadi Syawal tahun lalu. Hana seorang ibu bekerjaya, berpangkat, punya selera menghias rumah yang cukup tinggi.

Sebelum Ramadhan itu, hana sudah pun menyuarakan hasrat menukar konsep dekorasi rumah mereka, meminta tolong sang suami berganding bahu mengecat dinding.

Seminggu sebelum puasa, pasangan ini bersama membeli warna cat yang diigini. semuanya dipilih sendiri oleh Hana. Hadi menurut sahaja kerana tahu selera isterinya tidak pernah mengecewakan.



"Hujung minggu itu, saya pun memulakan usahamengecat ruang tamu terlebih dahulu. sementara mengecat, Hana keluar membawa anak tunggal kami yang berusia tiga tahun membeli fabrik untuk dibuat langsir. hasratnya menjahit sendiri langsir dengan gaya yang direkanya sendiri," cerita Hadi.

"Sampai sahaja ke rumah usai membeli-belah, Hana terus muncung. Bila saya tanya mengapa, dia langsung tidak jawab. Hujung minggu berikutnya, iaitu minggu pertama berpuasa satu pasukan pakar mengecat datang kerumah kami. Rupa-rupanya dalam diam Hana mengupah pakar untuk mengecat rumah kami, tanpa pengetahuan saya. Saya terkejut sampai tidak mampu berkata apa-apa", sambungnya.

Sementara rumah dicat, Hana pula sibuk menjahit langsir ditingkat atas tanpa menghiraukan anak yang sedang demam.

"Selesai pasukan upahan mengecat dan pulang, malam selepas kembali dari bertarawikh di masjid, saya bertanyakan isteri - mengapa buat begitu, perlukan dinding rumah dicat semula, malah dengan cat baru berwarna lain yang pastinya menelan bajet lain pula?" soalnya.

lantas si isteri menjawab, dia mengupah orang mengecat kerana sentuhan mengecat suaminya "fail". Manakala dia menukar warna cat di dinding kerana warna cat yang dipilih bersama tempoh hari tidak sepadan dengan warna fabrik langsir yang baru dibelinya.

Merajuk ditegur, Hana langsung masuk ke bilik tanpa menghiraukan anak yang demam. Alasannya dia penat menjahit langsir! Paginya pula, Hana tidak menyediakan sahur seperti lazimnya malah mengambil cuti bekerja untuk keluar membeli -belah beberapa barang untuk dekorasi rumah lagi.






Hadi pula mengambil cuti kerana tidak sanggup menghantar anak ke rumah pengasuh. Petang itu suhu badan si anak naik tinggi. Hadi bawa anak mereka ke hospital dan akhirnya doktor menahan si kecil di wad kerana jangkitan pada paru-paru.

"Banyak kali saya cuba menghubungi Hana namun panggilan tidak dijawab, asyik masuk peti suara sahaja. Malam itu saya tidur menemani anak di hospital tanpa kehadiran Hana. Anak kami menangis mahukan ibunya, saya hanya mampu memujuknya, juga sebenarnya memujuk hati saya," luah Hadi.

Kecewa tidak terungkap. Dia ingat saya bermalam di rumah ibunya yang tidak jauh dari rumah kami, kerana saya selalu ke sana bila dia outstaion. Jadi dia buat tidak tahu sahaja bila saya san anak tidak pulang malam itu," sesal Hadi.

Keesokan hari barulah Hana datang ke hospital selepas diberitahu ibunya. Berkecil hati dengan kelakuan isteri, dua minggu Hadi mogok bercakap dengan isterinya.

Selepas anaknya dibenarkan keluar wad, Hadi dan anaknya membawa diri ke rumah ibu bapa Hana, hendak pulang ke rumah ibu bapa sendiri jauh pula. Bila Hana pulang ke rumah ibunya untuk melihat anak, Hadi memencilkan diri dalam bilik, langsung tidak bersuara.

"Menjelang minggu terakhir Ramadan, Hana makin tidak keruan. Akhirnya meraung minta ampun dari saya. yang kelakar, dalam raunya, isteri saya siap berjanji akan bakar langsir baru itu dan pindah rumah kerana perbuatannya mengecat rumah kami telah menyakitkan hati saya."

Kerana kasihkan isteri, Hadi memaafkan Hana. katanya dia tidak berkecil hati dengan tindakan hana mengupah orang mengecat rumah, cuma tidak sangka Hana sanggup 'membuang' mereka berdua beranak kerana sibuk mahu beraya denan seisi rumah baru!

"Langsir itu tidak jadi dibakar pun, malah akan digunakan buat pertama kali tahun ini. Begitu juga dengan cat di dinding yang tidak juga ditukar baru," kata Hadi senyum.

Semoga kisah Hadi dan Hana menjadi pengajaran buat semua surirumahtangga diluar sana. Berbincanglah dengan suami atau sekurang-kurangnya tanya pendapat si dia walaupun dia nampak seperti tidak ambil kisah. Yang penting dalam keghairahan beraya, jangan pula kita mengabaikan keluarga.

(Petikan dari Majalah Wanita September 2011)

Monday, August 08, 2011

SEGMEN: LAGU RAYA YANG PALING SAYA MINAT SAMPAI BILA BILA"

Assalammualaikum semua...



Kalau semua orang sibuk duk diskas pasal lagu raya kegemaran korang semua..saya pun tak mahu ketinggalan jugak berkongsi lagu raya kegemaran saya.

Terima kasih pada Mak Dara sebab menganjurkan segmen menarik pada kali ini. Untuk keterangan lanjut silalah KLIK. Tetapi saya tak tahu pulak bila tarikh tutup segmen ini berakhir..tapi tak kiralah nak jugak join.

Review saya

Bagi saya semua lagu-lagu raya zaman dahulu mempunyai lirik dan keistimewaan yang tersendiri hinggakan ianya berbekas di hati kita semua. Nama-nama yang begitu gah seperti Allayarham Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarhamah Pn. Sri Saloma, Fazedah Joned, Rafeah Buang, Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave dan ramai lagi menyumbang suara mereka menyanyikan lagu-lagu yang indah menceriakan lagi suasana hari raya kita semua. Bak kata pepatah tak sah lah kalau tak dengar suara mereka semua ketika menjelangnya Syawal.

Pada saya, saya amat meminati lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah ini yang begitu menyentuh perasaan dengan suara memukau beliau...lagu ini bila setiap kali saya dengar mesti naik bulu roma saya..tak taulah sebab apa..mungkin sebab lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri. Bila dengar aje semangat nak beraya tu semakin membara dan berkobar-kobar.

Jangan tak caya lagu raya ni pun memainkan peranan yang penting juga tau.

Jadi dengan ini korang layan ajelah video ini ye, walaupun raya lambat lagi tapi hanya berkongsi pendapat dan cerita dengan anda semua tidak lebih dari itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...