Assalammualaikum semua...
Kalau semua orang sibuk duk diskas pasal lagu raya kegemaran korang semua..saya pun tak mahu ketinggalan jugak berkongsi lagu raya kegemaran saya.
Terima kasih pada Mak Dara sebab menganjurkan segmen menarik pada kali ini. Untuk keterangan lanjut silalah KLIK. Tetapi saya tak tahu pulak bila tarikh tutup segmen ini berakhir..tapi tak kiralah nak jugak join.
Review saya
Bagi saya semua lagu-lagu raya zaman dahulu mempunyai lirik dan keistimewaan yang tersendiri hinggakan ianya berbekas di hati kita semua. Nama-nama yang begitu gah seperti Allayarham Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarhamah Pn. Sri Saloma, Fazedah Joned, Rafeah Buang, Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave dan ramai lagi menyumbang suara mereka menyanyikan lagu-lagu yang indah menceriakan lagi suasana hari raya kita semua. Bak kata pepatah tak sah lah kalau tak dengar suara mereka semua ketika menjelangnya Syawal.
Pada saya, saya amat meminati lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah ini yang begitu menyentuh perasaan dengan suara memukau beliau...lagu ini bila setiap kali saya dengar mesti naik bulu roma saya..tak taulah sebab apa..mungkin sebab lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri. Bila dengar aje semangat nak beraya tu semakin membara dan berkobar-kobar.
Jangan tak caya lagu raya ni pun memainkan peranan yang penting juga tau.
Jadi dengan ini korang layan ajelah video ini ye, walaupun raya lambat lagi tapi hanya berkongsi pendapat dan cerita dengan anda semua tidak lebih dari itu.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
5 comments:
setuju.. lagu lama lagi berkesan di hati berbanding lagu2 raya baru ni kan.. anyway, thanx ya, olredi followed u too
Terima kasih Gen2merah. Selamat Berpuasa!
Terima kasih kerana sudi join Babak(segmen) Mak Dara ni.. hehe mmg takde tarikh tutup pun babak Mak ni hehe.. alamak lagu ni memang tangkap nanges le kalau dengar memang bestttt sangat kan. Fuh Mak layan dengar sampai habis ni hehe.. Selamat berpuasa ye...
Terima kasih MD sebab sudi singgah dan ziarah ke blog saya ni... Terharu saya bila Mak dapat luangkan masa menziarah. Mekasih sekali lagi Mak
wah lagu lama nie lebih menyentuh jiwa...
Post a Comment