Assalammualaikum semua...
Dah lama rasanya tak menghapdet entri didalam blog kesayangan ni...beberapa hari ni menjadi-jadi sibuknya...hari ni saya nak bercerita tentang kisah benar mengenai kisah rumahtangga yang saya baca baru-baru ini didalam salah sebuah majalah tempatan.
Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua didalam galak kita menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran pada tahun ini.
Ceritanya begini....
Kisah yang diceritakan Hadi (bukan nama sebenar) cukup menyentuh hati. Bagaimana dia terasa hati gara-gara isterinya Hana (bukan nama sebenar) gila melakukan persiapan raya sehingga mengabaikan perasaan satu sama lain.
Peristiwa ini baru terjadi Syawal tahun lalu. Hana seorang ibu bekerjaya, berpangkat, punya selera menghias rumah yang cukup tinggi.
Sebelum Ramadhan itu, hana sudah pun menyuarakan hasrat menukar konsep dekorasi rumah mereka, meminta tolong sang suami berganding bahu mengecat dinding.
Seminggu sebelum puasa, pasangan ini bersama membeli warna cat yang diigini. semuanya dipilih sendiri oleh Hana. Hadi menurut sahaja kerana tahu selera isterinya tidak pernah mengecewakan.
"Hujung minggu itu, saya pun memulakan usahamengecat ruang tamu terlebih dahulu. sementara mengecat, Hana keluar membawa anak tunggal kami yang berusia tiga tahun membeli fabrik untuk dibuat langsir. hasratnya menjahit sendiri langsir dengan gaya yang direkanya sendiri," cerita Hadi.
"Sampai sahaja ke rumah usai membeli-belah, Hana terus muncung. Bila saya tanya mengapa, dia langsung tidak jawab. Hujung minggu berikutnya, iaitu minggu pertama berpuasa satu pasukan pakar mengecat datang kerumah kami. Rupa-rupanya dalam diam Hana mengupah pakar untuk mengecat rumah kami, tanpa pengetahuan saya. Saya terkejut sampai tidak mampu berkata apa-apa", sambungnya.
Sementara rumah dicat, Hana pula sibuk menjahit langsir ditingkat atas tanpa menghiraukan anak yang sedang demam.
"Selesai pasukan upahan mengecat dan pulang, malam selepas kembali dari bertarawikh di masjid, saya bertanyakan isteri - mengapa buat begitu, perlukan dinding rumah dicat semula, malah dengan cat baru berwarna lain yang pastinya menelan bajet lain pula?" soalnya.
lantas si isteri menjawab, dia mengupah orang mengecat kerana sentuhan mengecat suaminya "fail". Manakala dia menukar warna cat di dinding kerana warna cat yang dipilih bersama tempoh hari tidak sepadan dengan warna fabrik langsir yang baru dibelinya.
Merajuk ditegur, Hana langsung masuk ke bilik tanpa menghiraukan anak yang demam. Alasannya dia penat menjahit langsir! Paginya pula, Hana tidak menyediakan sahur seperti lazimnya malah mengambil cuti bekerja untuk keluar membeli -belah beberapa barang untuk dekorasi rumah lagi.
Hadi pula mengambil cuti kerana tidak sanggup menghantar anak ke rumah pengasuh. Petang itu suhu badan si anak naik tinggi. Hadi bawa anak mereka ke hospital dan akhirnya doktor menahan si kecil di wad kerana jangkitan pada paru-paru.
"Banyak kali saya cuba menghubungi Hana namun panggilan tidak dijawab, asyik masuk peti suara sahaja. Malam itu saya tidur menemani anak di hospital tanpa kehadiran Hana. Anak kami menangis mahukan ibunya, saya hanya mampu memujuknya, juga sebenarnya memujuk hati saya," luah Hadi.
Kecewa tidak terungkap. Dia ingat saya bermalam di rumah ibunya yang tidak jauh dari rumah kami, kerana saya selalu ke sana bila dia outstaion. Jadi dia buat tidak tahu sahaja bila saya san anak tidak pulang malam itu," sesal Hadi.
Keesokan hari barulah Hana datang ke hospital selepas diberitahu ibunya. Berkecil hati dengan kelakuan isteri, dua minggu Hadi mogok bercakap dengan isterinya.
Selepas anaknya dibenarkan keluar wad, Hadi dan anaknya membawa diri ke rumah ibu bapa Hana, hendak pulang ke rumah ibu bapa sendiri jauh pula. Bila Hana pulang ke rumah ibunya untuk melihat anak, Hadi memencilkan diri dalam bilik, langsung tidak bersuara.
"Menjelang minggu terakhir Ramadan, Hana makin tidak keruan. Akhirnya meraung minta ampun dari saya. yang kelakar, dalam raunya, isteri saya siap berjanji akan bakar langsir baru itu dan pindah rumah kerana perbuatannya mengecat rumah kami telah menyakitkan hati saya."
Kerana kasihkan isteri, Hadi memaafkan Hana. katanya dia tidak berkecil hati dengan tindakan hana mengupah orang mengecat rumah, cuma tidak sangka Hana sanggup 'membuang' mereka berdua beranak kerana sibuk mahu beraya denan seisi rumah baru!
"Langsir itu tidak jadi dibakar pun, malah akan digunakan buat pertama kali tahun ini. Begitu juga dengan cat di dinding yang tidak juga ditukar baru," kata Hadi senyum.
Semoga kisah Hadi dan Hana menjadi pengajaran buat semua surirumahtangga diluar sana. Berbincanglah dengan suami atau sekurang-kurangnya tanya pendapat si dia walaupun dia nampak seperti tidak ambil kisah. Yang penting dalam keghairahan beraya, jangan pula kita mengabaikan keluarga.
(Petikan dari Majalah Wanita September 2011)
Thursday, August 18, 2011
Kisah Benar: Buang Anak, Buang Suami, Kerana Langsir Saya Turutkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment