Phew!!
Seperti yang telah dijanjikan serba sedikit entri mengenai percutian kami sekeluarga (short vacation) di Utara Malaysia.
Sebenarnya tak planning pape pun at first nak pergi bercuti nun di sana kerana planning awal kami ingin pergi ke Singapore kerana anak-anak bising ingin bercuti ke Universal Studio. Tetapi di sebabkan En Habi mempunyai tugasan di sana jadi kami "menyelam sambil minum airlah" hehehhe.....kami kan selalu pergi bercuti ala-ala TERKEJUT gitew...kalau planning awal-awal mesti tak jadi tapi bila tak planning menjadi aje....
Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancang secara mengejut itew. Kami sekeluarga memang enjoy especially anak-anak dan Lil Pwincess, memandangkan ini kali pertama beliau (lil pwincess) menaiki tren 'baru' naik ke Bukit Bendera last time naik masa umur dia 3 bulan sampai kasut dia tertanggal-tanggal la jatuh ke bawah landasan kereta kabel tu.
Kalau nak cerita bab makan...dah duduk dekat Utara sememangnya kami sekeluarga makan Nasi Kandaq la tapi itu hari kedua kerana hari pertama sampai ke sana kami sekeluarga berangkat terus ke Kedah aka Pekan Rabu. Destinasi common untuk kami dan anda semua singgah kalau kesana untuk membeli ikan pekasam dan jeruk serta ikan masin. Di Kedah kami sekeluarga menjamu selera dengan hidangan ala-ala Siam sebab dah dekat dengan sempadan kan...nak pegi ke Teluk Kechai masing-masing dah tak larat time tu coz seharian dah travel dan tak mandi sebab sampai hotel semata-mata hantar beg dan buat "business" di toilet dan terus berangkat untuk mengejar masa.
Pulang semula ke Penang pada malam hari pertama dari Kedah kira-kira pukul 9.30malam dan masing-masing dah penat dan berehat untuk memulakan misi jalan-jalan pada hari keduanya pula menjelajah ke seluruh Pulau Pinang dan menaiki tren baru di Bukit Bendera.
p/s: bagi warganegara sila serahkan kad pengenalan anda untuk dapatkan potongan bagi harga tiket bagi menaiki tren di Bukit Bendera.
Seronok bercuti di sana rasanya tak cukup dengan pakej yang kami sekeluarga peruntukan iaitu 3H2M pakej. Serasanya kalau ada umur, mahu kami sekeluarga datang lagi, lagi dan lagi....masuk kali ni ntah berapa kali dah kami kesana...memang rasanya tak pernah cukup masa nak melancong dari satu tempat ke satu tempat. Penang dan Kedah memang banyak tempat-tempat menarik yang HARUS di lawati.
So kawan-kawan kalau ada masa dan masih tercari-cari tempat yang hendak dilawati...pergilah kesana...MEMANG PUAS HATI.
Pada kawan-kawan yang sudi follow dan ziarah blog saya yang tak seberapa ni, Insyaallah ada kelapangan saya akan balas singgahan anda semua dan follow. Jangan risau dan terima kasih banyak-banyak ye..sila berikan tunjuk ajar dan teguran yang membina...salam kenal semua dan Selamat Berhujung Minggu.
Pada kawan-kawan yang sudi follow dan ziarah blog saya yang tak seberapa ni, Insyaallah ada kelapangan saya akan balas singgahan anda semua dan follow. Jangan risau dan terima kasih banyak-banyak ye..sila berikan tunjuk ajar dan teguran yang membina...salam kenal semua dan Selamat Berhujung Minggu.
5 comments:
hehe..utare mmg best...syiok kan nek cable car baru kt bkt bndera tu..laju jer.. ^_^
@Mira Adzlia: Betul tu Mira...laju je naik ke atas dan takde tukar-tukar tren dah..kalau tidak dedulu dah le nak naik berjinggut dengan sesaknya dan kena tukar tren di pertengahan...sekarang laju dan masih lagi berhimpit-himpit untuk naik ke atas. Tapi BEST.
Terima kasih sudi singgah! Selamat Hujung Minggu.
kakkkk!
maaf ye hutang baru bayarrr ni....
http://syimirmikail.blogspot.com/2011/12/bukan-ramlah-ram-ye.html
kebetulan saya pun memang tengah plan nak pi penang...
@SZ: hahaha..takpe jawab jer la apa patut pun... :)
@Syu: Seronok dan Happy Holiday ye.
Post a Comment