Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

Petua Oh Petua



Assalammualaikum...

Orang tua-tua kita selalu aje ada solution kalau sesuatu perkara itu telah berlaku atau bakal berlaku kerana bagi mereka sesuatu yang bakal dan telah berlaku tu pasti ada sebab musababnya.   Jadi mereka mencari solution agar perkara tersebut takkan berulang dan berlaku lagi.

Antaranya salah satu, kawan-kawan pernah tak dengar cara "Bagaimana hendak mencegah rambut agar tidak pecah di hujung"


Google

Solution orang tua dedulu...

Jangan biarkan rambut anda tu dibiarkan lama di dalam penggulung rambut serta elakkan dari menggunakan pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu sahaja.  Sebaiknya jika anda mencuci rambut bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala kering dan beruslah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari (wui..banyak tu...)

Selain itu "Bagaimana kita nak menghitamkan rambut dan kelihatan lebat"

Solution mereka ialah...

Google

Dengan menggunakan daun inai, tumbuklah daun tersebut sehingga halus kemudian campurkan sedikit air asam jawa dan selepas itu cuci dan bilas dengan bersih dengan air daun inai tersebut sambil memicit-micitkan kepala.  Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.  Amalan ini perlulah diamalkan sebanyak seminggu dua kali.

Ha...orang yang macam saya ni preggy mommy pula semestinya selepas bersalin nanti perut akan kelihatan berkedut-kecut selepas bersalin...maka "Bagaimana cara untuk mengelakkan kulit berkedut"  maka cara untuk mengatasinya..

Gugel


Solution orang tua-tua....

Ambil satu sudu kecil air limau nipis dan titikkan sebanyak 20 titik minyak kayu putih disertakan dengan satu sudu kecil air kapur sireh.  Bahan tersebut perlulah digaul dan disapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.

Amalan ini hendaklah dilakukan sebanyak dua minggu berturut-turut.  Insyaallah akan berhasil.

Mudahkan!! orang tua-tua lama ni sebenarnya lebih banyak menggunakan barangan persekitaran alam semulajadi untuk kekal hebat dan cantik. Tak payah bersusah payah nak membeli produk yang mahal-mahal menggunung harganya untuk mengekalkan kecantikan diri.

Banyak lagi petua-petua orang-orang dahulu kala dan orang sekarang ada dan masih dipraktikkan tak kiralah dalam apa jua bidang samaada untuk kecantikan, masakan, kesihatan dan sebagainya.

Pokok pangkalnya samaada kita rajin atau tidak untuk mengamalkan amalan tradisi itu.


Friday, May 11, 2012

Bukan Senang Nak Masak Makanan Barat





Kalau sebut aje makanan barat aka western mesti dalam kepala kita teringat makanan seperti lamb chop, chicken chop, salmon grill, escargot dan sebagainya. 

Biasanya kalau nak makan makanan sebegini semestinya kita akan pergi ke restoran-restoran western untuk menikmati hidangan. Nama nak buat sendiri memang payah la kan?

Tetapi ada juga kaum wanita atau kaum ibu yang sungguh rajin dan mempunyai kredibiliti untuk memasak makanan sebegini untuk dijadikan sajian hidangan keluarga mereka.

Saya selalu cari dekat Google

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal masakan atau resepi tetapi saya macam ter 'obses' apabila melihat kaum hawa dan kaum adam ni yang begitu ligat beraksi di dapur tidak kiralah mereka memasak makanan apa even kalau bagi makanan yang super incridible susah dan komplikated pun mereka boleh menyajikannya.

SALUTE & TABIK HORMAT pada mereka!!

Menyediakan hidangan barat memerlukan kemahiran. Walaupun agak sukar namun apabila resipi yang diinginkan menjadi, hasilnya pasti memang membanggakan. Setiap hidangan makanan barat ini bukan sahaja cantik dipandang malahan sedap dimakan. 

p/s: sepanjang saya hidup dan berkahwin saya pernah masak lamb chop aje itu pun boleh kira dengan jari sebab taklah sesedap di restoran makanan barat. Janji boleh di hidang dan dimakan ...

Saturday, January 14, 2012

Makanan Paling Pedas Di Dunia

Tahukah anda apakah makanan yang paling mendapat ranking TERPEDAS di dunia?


Mungkin kita semua tidak ambil 'port' sangat apa jenis makanan yang paling top tetapi adakalanya perlu juga kita ambil tahu.


Antara makanan yang memegang carta TOP RANKING ialah:-


1) Tom Yum - Thailand

Sup  asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda aroma yang memikat dan menjanjikan pedas menyengat. Variasi dari tom yum ini banyak antaranya tom yum ayam dan tom yum seafood.


2) Shrimp Creole - Amerika

Berasal dari Amerika Syarikat dan campuran bahan makanan ini sederhana iaitu cabai, tomato, udang dan ayam manakala rasa pedas makanan ini didapati dari cabai segar.


3) Bibimbap dengan Kimchi - Korea

Kimchi adalah acar kubis yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai dan halia. Makanan yang terdiri daripada nasi, sayuran tumis, daging telur goreng dan sambal.


4) Vindaloo - China

Pedas kerana daging yang digunakan dalam.masakan ini direndam di dalam cuka dan bahan yang diperlukan seperti biji mustard, cabai kering, ketumbar dan halia.


5) Sambal Ulek - Indonesia

Sangat pedas berbanding sambal belacan. Untuk menahan rasa pedasnya, anda harus menikmati makanan lain sebanyak mungkin.


So, anda dah percaya sekarang? Lepas ni jangan makan banyak banyak tom yum tu takut jadi penyakit lain pulak.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...