Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

Petua Oh Petua



Assalammualaikum...

Orang tua-tua kita selalu aje ada solution kalau sesuatu perkara itu telah berlaku atau bakal berlaku kerana bagi mereka sesuatu yang bakal dan telah berlaku tu pasti ada sebab musababnya.   Jadi mereka mencari solution agar perkara tersebut takkan berulang dan berlaku lagi.

Antaranya salah satu, kawan-kawan pernah tak dengar cara "Bagaimana hendak mencegah rambut agar tidak pecah di hujung"


Google

Solution orang tua dedulu...

Jangan biarkan rambut anda tu dibiarkan lama di dalam penggulung rambut serta elakkan dari menggunakan pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu sahaja.  Sebaiknya jika anda mencuci rambut bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala kering dan beruslah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari (wui..banyak tu...)

Selain itu "Bagaimana kita nak menghitamkan rambut dan kelihatan lebat"

Solution mereka ialah...

Google

Dengan menggunakan daun inai, tumbuklah daun tersebut sehingga halus kemudian campurkan sedikit air asam jawa dan selepas itu cuci dan bilas dengan bersih dengan air daun inai tersebut sambil memicit-micitkan kepala.  Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.  Amalan ini perlulah diamalkan sebanyak seminggu dua kali.

Ha...orang yang macam saya ni preggy mommy pula semestinya selepas bersalin nanti perut akan kelihatan berkedut-kecut selepas bersalin...maka "Bagaimana cara untuk mengelakkan kulit berkedut"  maka cara untuk mengatasinya..

Gugel


Solution orang tua-tua....

Ambil satu sudu kecil air limau nipis dan titikkan sebanyak 20 titik minyak kayu putih disertakan dengan satu sudu kecil air kapur sireh.  Bahan tersebut perlulah digaul dan disapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.

Amalan ini hendaklah dilakukan sebanyak dua minggu berturut-turut.  Insyaallah akan berhasil.

Mudahkan!! orang tua-tua lama ni sebenarnya lebih banyak menggunakan barangan persekitaran alam semulajadi untuk kekal hebat dan cantik. Tak payah bersusah payah nak membeli produk yang mahal-mahal menggunung harganya untuk mengekalkan kecantikan diri.

Banyak lagi petua-petua orang-orang dahulu kala dan orang sekarang ada dan masih dipraktikkan tak kiralah dalam apa jua bidang samaada untuk kecantikan, masakan, kesihatan dan sebagainya.

Pokok pangkalnya samaada kita rajin atau tidak untuk mengamalkan amalan tradisi itu.


Friday, September 14, 2012

Yeah!! Makan Lagi...


Assalammualaikum...

PERINGATAN!! untuk diri sendiri...




Setelah mendapat teguran daripada doktor semalam maka saya terpaksalah berdikit-dikit memakan makanan sehinggalah bersalin nanti kerana takut-takut akan mengundang penyakit yang tidak diingini...

Bayangkan ajelah semalam pergi checkup dan timbang berat badan dalam masa satu bulan sahaja saya telah BERJAYA mengumpul berat sebanyak 4 kilo...katanya puasa tapi makan dan selera semakin hari semakin bertambah-tambah.  Jadi untuk memudahkan segala-gala proses maka hendaklah saya meng ala-kadarkan diri untuk menjamah makanan.

Mana taknya bulan-bulan raya ni segala macam juadah terhidang dengan rendang, ketupat, nasi impit, kuah lodeh, kuih-muih bermentega, air manis semua saya tala...tak tolak ketepi pun..macam manalah tak "Gain Weight".

Memang selera tip top tak agak-agak...maka selepas ini kenalah berpada-pada mengontrolkan diri sendiri untuk kebaikan diri dan yang sewaktu dengannya....

p/s:  Pot Luck hari ni kenalah berpada-pada ye...jangan bedal semua...huhuhuhu

Monday, September 10, 2012

Hati-hati bila Menegur....


Assalammualaikum...

Setiap isteri tempatnya di sisi suami. Biar seburuk mana pun sikapnya dan penampilannya, dialah pasangan yang kita pilih untuk hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Oleh itu, sebolehnya kita para isteri lakukan yang terbaik buat suami tercinta. 

Semestinya peringkat awal mungkin banyak perkara yang tidak menepati cita rasa, tetapi ia cuba diperbaiki dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan, kebanyakan isteri sentiasa mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diterapkan dalam keluarganya. Sama ada formal atau tidak formal, wanita-wanita yang bergelar isteri dan ibu ini tidak pernah lelah berusaha untuk menambat hati insan-insan kesayangannya.

Salah satu topik yang sering kali kita terlepas pandang dan terlepas kata kepada pasangan kita apabila sudah berumahtangga semestinya bentuk badan masing-masing yang telah berubah dan tidak mengikut figure seperti memula kita berdating dulu...

Google

"Komen tentang berat badan pasangan" 


Pasti anda pernah mengkritik berat badan pasangan anda. Kata-kata yang anda fikirkan tidak apa-apa rupa-rupanya mengguris perasaannya. Silap hari bulan boleh mencetuskan perbalahan. Ketahuilah berdiet dan melakukan senaman adalah perkara yang kurang gemar dilakukan oleh segelintir mereka terutamanya kaum lelaki. Maka tidak hairanlah apabila perut mereka buncit dan berat badan mereka bertambah. 


Adakalanya kita sebagai isteri terlepas kata dengan secara tak langsung seakan mengejek mereka dan mengecilkan penampilan mereka setelah berumahtangga.  Cuba bayangkan pula jika kata-kata yang sama ditujukan kepada kita kaum wanita. Apa perasaannya? Begitu jugalah dengan mereka. Maka jalan yang paling baik adalah dengan memberi nasihat ketika suami-suami kita di dalam keadaan yang tenang. Dalam masa yang sama, sediakan menu-menu sihat yang bukan dikhaskan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua ahli keluarga.

Tak susah kan....saya pun selepas bersalin ni akan mencuba sedaya yang terbaik utnuk menurunkan berat badan seperti sedia kala...tak mahulah besar dan berisi sangat susah nak bergerak dan perjalanan pun sentiasa terbatas (antara yang termasuk di dalam WISH LIST 2012 saya)

Friday, September 07, 2012

Oh Anakku....


Assalammualaikum...

Entry tak berapa nak menarik beberapa minggu ni disebabkan kekalutan dan kepenatan saya bekerja di pejabat dan membuat kerja SHIFT di malam hari. 


Si kecik lately ni tak berapa nak sihat dia demam dan tak tidur malam jadi kami suami isterilah yang bergilir-gilir menjaga beliau baik dari segi sponging dan memantau suhu badan beliau yang ada kalanya naik mendadak panas dengan sesuka hati tidak mengira waktu.  Dan ada kalanya bukan main sejuk hingga beliau menggigil-gigil kesejukan.

Penat, letih dan kurang tidur tu biasalah kalau dah beranak pinak kerana kerisauan melanda diri apabila sang anak tidak berapa sihat dan muntah-muntah sambil merengek-rengek tak sedap badan.

Akibatnya penangan bila dah kerja SHIFT malam tanpa tauliah bila masuk kerja di waktu siang hari mata pula dah naik pejam terkebil-kebil macam ayam. huhuhu....nak buat macam mana?? Bila sang anak sakit semua parents akan susah hati...

Semoga pwincess kami akan recover dengan cepat dan dapat bermain seperti sediakala.

GET WELL SOON ICHA!

Tuesday, September 04, 2012

Apakan Daya...


Assalammualaikum...

Seronoknya bila berBW baca entri-entri kawan-kawan yang berhari raya merata-rata pelusuk Malaysia sambil bercuti-cuti di tempat-tempat yang menarik memandangkan bertuahnya kita rakyat Malaysia pada tahun ini Hari Raya cuti pun panjang dan banyak masa untuk kita boleh berziarah sanak saudara sambil-sambil bercuti.

Apakan daya saya tahun ini tak beraya sangat dan tak bercuti sangat...banyak planning percutian kami seawal pertengahan tahun terpaksa di tunda akibat dari keadaan kesihatan dan fizikal saya yang tidak mengizinkan.. Raya tahun ini kami anak beranak beraya ala kadar dan nasib baiklah saya mempunyai suami dan anak-anak yang cukup-cukup memahami kondisi saya ketika ini.  Bukan senang nak membawa perut ke sana ke mari jika duduk, berdiri, jalan dan tidur pun dah rasa tak selesa.  Semua agenda yang kami rancang pada awal tahun ini terpaksalah ditunda dan anak-anak bercuti semester baru-baru ini pun merka hanya menghabiskan masa dengan duduk di rumah sahaja beraya di rumah saudara yang berdekatan tanpa pergi kemana-mana dengan alasan doktor juga tidak membenarkan saya bergerak terlalu aktif sehingga selamat bersalin kelak.

Menunggu untuk lagi dua (2) bulan tu memanglah agak lama kalau nak di hitung tapi kalau buat endah tak endah pejam celik pejam celik sekejap aje..Insyaallah selepas habisnya tempoh tamat berpantang saya akan lunaskan segala janji dan perkara yang tertunggak dengan menghiburkan anak-anak yang tidak dapat dikotakan sebelum-sebelum ini.

Kasihan anak-anak saya ni...bukan tak dengar keluhan mereka yang tak dapat berjalan-jalan tipulah kalau saya kata tak ada, sedangkan kawan-kawan mereka yang lain-lain bercuti sekolah merata-rata mereka pergi.

Insyaallah panjang umur dan selamat semuanya saya akan akan membawa kesemua anak-anak saya bercuti tak kiralah di dalam mahupun ke luar negara.  Sekarang ni hanya mampu untuk membaca aje entri menarik kawan-kawan blogger yang bercuti kesana sini aje.

Teruja dan tak sabar rasanya..... SABAR SIKIT AJE LAGI!!

Friday, August 03, 2012

Khasiat Yang Tidak Terperi...

Assalammualaikum....

Google
Apabila tibanya bulan Ramadhan pastinya makanan paling utama ialah KURMA kerana sememangnya ianya tidak dapat dipisahkan lagi.  Kurma bukan sahaja sinonim ketika di bulan Ramadhan malahan ianya menjadi buah tangan yang wajib dibawa sebagai buah tangan bagi jemaah-jemaah Umrah dan Haji kita.

Dalam pada itu tahukah kita semua akan khasiat buah kurma ini terutama sekali pada ibu-ibu mengandung memang cukup tinggi dan berkhasiat.  Selain dari itu, kurma juga .......


  • Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah ke paras yang normal
  • Bagi mereka yang menghidap kencing manis "Jangan Gusar" anda boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama anda ketika berbuka puasa.
  • Sebiji kurma boleh memberikan kamu tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat baik bagi mereka yang berdiet
  • Mampu untuk mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus
  • dapat mengelakkan penyakit bara, merawat buah pinggang serta melancarkan perjalanan darah dan mencuci hati.
  • Haha...amat sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia, demam, selsema dan sakit kerongkong.
Semestinya anda dinasihatkan untuk berbuka puasa secara sihat agar dapat menjaga kesihatan dan tidak memudaratkan.

Cegah Insomnia

Assalammualaikum...



Tidur di bulan ramadhan ni sememangnya best dan seronok kan, tapi tahukah kita semua kalau kita terkurang tidur pun ada kemudaratannya...seperti terkena penyakit IMSOMNIA.

Insomnia adalah penyakit susah nak tidur, pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya tidak akan tidur berhari-hari lamanya.


Bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara sedemikian pastinya ada pelbagai langkah yang perlu diambil antaranya:-


  • Lakukan senaman ringan di waktu pagi dan beberapa minit sebelum tidur.
  • Elakkan makan dan minum dengan banyak sebelum tidur.  Makan banyak perut pun akan sentiasa memulas dan meragam.
  • Tidur dalam keadaan yang selesa. 
  • Elakkan kamu minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman bergas.
  • Makan makanan ringan yang mengandungi sedikit karbohidrat menjelang tidur dengan segelas susu.
  • Mandi dengan air suam 30 minit sebelum anda nak masuk tidur.
  • Berhenti menonton televisyen atau membaca buku sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur
  • Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur. Elakkan dari melakukan perkara lain seperti melayari internet dan sebagainya.
  • Pastikan waktu tidur kamu teratur setiap hari.
  • Tenangkan fikiran dan elak berfikir semasa tidur.
Insyaallah...kalau anda praktikkan pasti tidak kecundang dan efektif.  Tapi kalau dah alang-alang tak boleh tidur tu apa kata kita mengaji ke baca yassin ke dapat pahala jugak kan.

Tuesday, June 19, 2012

Oh My Back Pain!!


Assalammualaikum....

Google

Disaat-saat begini keadaan kesihatan juga tidak menentu dan agak sedikit kelam kabut.  Pinggang saya yang sudah bebrapa hari ini kelihatan amat sakit dan menjadi-jadi sakitnya apabila saya duduk.  Tak tahulah kenapa dan mengapa kerana perbezaan waktu mengandung dulu dan kini memang amat-amat berbeza sama sekali.

SAKIT belakang antara rungutan sering kedengaran daripada mulut bakal ibu yang sedang hamil. Lazimnya, ia boleh berlaku pada peringkat awal kandungan dan antara punca masalah ini adalah kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan.
Perubahan postur ini mengakibatkan pengalihan pusat graviti badan, lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil yang menjadi punca kepada rasa sakit.  Rembesan hormon ‘relaxin’ ketika mengandung untuk melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bagi tujuan memudahkan proses kelahiran juga meningkatkan risiko sakit belakang. Selain dari itu, penambahan berat badan ibu yang keterlaluan ketika mengandung boleh menyebabkan sakit belakang menjadi lebih teruk, manakala pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang mengakibatkan sakit belakang. 

Beberapa langkah boleh dikenal pasti bagi mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antaranya wanita hamil perlu memastikan postur badan adalah betul ketika berdiri dan berjalan, untuk mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang. Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu.  Selain dari berdiri tegak dan jangan bersandar ke belakang untuk memastikan tulang belakang berada dalam posisi lurus bagi mengelakkan kesakitan. Posisi bahu dan punggung juga mesti selari ketika berdiri. Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari. Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam.

Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan. Elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan.

Antara langkah lain yang perlu diambil kira juga adalah seperti berikut:-

  • Pakai kasut yang selesa dan elakkan bertumit tinggi. Apabila kandungan membesar, imbangan badan berubah dan penggunaan kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau terseliuh. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai di rumah atau bersiar-siar. 

  • Mulakan program senaman ringan yang berterusan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai. Aktiviti berenang boleh menguatkan otot abdomen, belakang badan dan kaki serta mengurangkan tekanan ke atas sendi-sendi tulang. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan ketika mengandung. 

  • Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari katil. Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang. 

  • Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut dan jangan bengkokkan badan. Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di atas kerusi supaya anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil baju dalam bakul untuk disidai. 

  • Sekiranya langkah-langkah ini tidak dapat mengurangkan sakit belakang anda, berjumpalah doktor untuk nasihat dan pemeriksaan lanjut. Mungkin fisioterapi, ubat tahan sakit atau pengamal akupuntur atau kiropraktik boleh membantu jika anda didapati selamat untuk menerima rawatan berkenaan.

  • Tuesday, May 15, 2012

    Penyakit Wanita Kini.....



    Dewasa kini berbagai jenis penyakit ginekologi atau sakitpuan menjadi satu masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hidup kaum wanita di negara kita yang sekarang menjangkau 72 tahun.  

    Apabila umur wanita semakin meningkat tentulah jenis penyakit makin berubah dan kita dapati lebih banyak penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tumbuhan dan kanser semakin merebak dan menyerang kaum wanita.  

    Antara yagn paling common ialah 2 jenis kanser yang sering menimpa wanita iaitu kanser pangkal rahim dan kanser buah dada.  Bahagian lain yang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim dan ovari.

    Oleh itu kaum wanita perlu sentiasa berwaspada dengan jagaan sewajar, sebaiknya mengambil langkah sebelum tanda-tanda penyakit kanser timbul.  Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah “pap smear” bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan buah dada dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari.  Sebaiknya wanita seperti kita semua yang pernah bersalin dan berada didalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

    Selain itu penyakit wanita yang harus diambil kira selain dari kanser ialah jangkitan kuman, ketumbuhan “endometriosis” dan “fibroid”.  Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa harus berwaspada.  Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim selain kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang kali juga mungkin ada kaitan dengan penyakit seperti “endometriosis”.  Kesemua penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit-puan.  

    Wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

    Thursday, April 19, 2012

    Lebih Garam Mudarat Kesihatan


    TAHUKAH ANDA??


    gugel



    Penduduk Malaysia didapati mengambil 8.5 gram garam sehari iaitu lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara lima hingga enam gram sehari. 

    Bilangan peratusan pesakit darah tinggi meningkat kepada 32.7 peratus berbanding 32.2 peratus pada 2006 yang mana kalau nak dikira memang tinggi purata pengambilannya.

    Sebenarnya satu sudu garam dalam pemakanan sudah mencukupi namun kita lebih suka mengambil garam melebihi kadar sepatutnya sekali gus terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi.

    Walaubagaimanapun, usaha bagi mengurangkan pengambilan garam dalam makanan mampu menghindarkan orang ramai daripada pelbagai penyakit kronik seperti strok dan lemah jantung

    Jagalah kesihatan kita.

    Thursday, April 05, 2012

    Perut Anda Bernyanyi Tak?



    Apa perut BERNYANYI??





    Mesti korang pelik, apalah yang saya repekkan hari ni...rata-rata kalau anda nak tahu semua orang pun perut mereka berbunyi-bunyi tetapi cuma tahap kekuatan bunyi tersebut yang boleh mengukur betapa teruknya perut mereka bernyanyi...

    Pernah tak anda rasakan yang perut anda berbunyi aka bernyanyi hinggakan jiran sebelah meja serta rakan semeja yang makan dengan anda mendengarnya dengan amat jelas sekali? Hehehehehe.......malu kan?

    Terutama pada adik-adik yang baru first time nak jumpa boifren/gofren mesti bunyi-bunyian tersebut akan menggangu perjalanan proses suai kenal anda pada hari itu hingga ianya memalukan anda.

    Usahlah gusar atau risau kerana ianya perkara biasa yang dah selalu terjadi pada semua orang. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam saya ada mendapatkan beberapa kenyataan mengenai kejadian sebegini antaranya menyebut........

    "Tubuh manusia adalah mesin yang sangat luar biasa, dan setiap saat akan melakukan sesuatu untuk mengingatkan anda bahwa ada sesuatu yang tidak beres. Bunyi perut adalah satu dari sekian banyak pengingat ini. Keras, lembut, pelan, kadang tanpa alasan sama sekali. Seolah banyak yang ingin dikatakan oleh perut kita.

    Bila saat lapar, perut juga terkadang berbunyi. Kita biasa menyebut ini sebagai keroncongan. Namun tidak bisa dijustifikasi bahwa bila perut berbunyi itu pertanda lapar. Karena tidak pada saat lapar-pun perut seringkali berbunyi. Sering perut berbunyi saat ruangan sunyi. Sehingga orang di dekat kita bisa mendengar jelas. Bayangkan ditengah-tengah suasana meeting yang sunyi dan khidmat, tiba-tiba perut kita berbunyi tanpa sebab. 

    Sebetulnya perut tidak memiliki sensor pengaturan timing atau bermaksud untuk menyabotasi anda dengan berbunyi di saat yang tidak tepat. Tapi ada alasan logic kenapa perut kadang-kadang merasa perlu untuk didengarkan. Bunyi perut terjadi didalam perut dan usus kecil.

    Sistem pencernaan, pada intinya adalah saluran panjang yang berawal dari mulut sampai ke anus. Saluran ini berhubungan dengan berbagai organ yang berperan penting dalam proses pencernaan. Yang terpenting yang harus diketahui dalam sistem pencernaan adalah cara kerja-nya mendorong dan menggerakkan makanan. Gelombang dari gerakan otot-otot berkontraksi yang mendorong dan menggerakkan makanan disebut peristaltik. Selain mendorong makanan ke dalam sistem pencernaan, kontraksi ini juga membantu dalam mencampur makanan, cairan dan lainnya menjadi suatu adonan lengket. Bunyi perut adalah hasil dari proses ini. Makanan, cairan, dan campuran adonan yang lengket akan bergerak termasuk juga gas dan udara dalam usus. Semua dari bahan-bahan ini akan terdorong dan pecah menjadi bagian-bagian yang mudah di absorb, kumpulan udara dan gas juga akan tertekan dan meninbulkan suara yang kita dengar.

    Bunyi pada perut dapat terjadi kapan saja, tapi jika terdapat makanan dalam perut atau usus kecil, suara menjadi lebih pelan.

    Anda mungkn bertanya-tanya, jika perut kosong, mengapa terjadi gerakan kontraksi otot mencerna makanan, apa yang dicerna bila tidak ada makanan? Alasannya adalah berhubungan dengan selera makan dan lapar. Sekitar dua jam setelah perut kosong (makanan selesai di cerna), perut akan menghasilkan hormon yang menstimulasi saraf lokal untuk mengirimkan pesan ke otak. Otak membalas dengan memerintahkan otot untuk memulai gerakan peristaltik. Ada dua hal yang terjadi. Pertama, kontraksi menyapu semua sisa makanan yang tertinggal saat proses pertama. Kedua, vibrasi dari perut yang kosong akan menciptakan rasa lapar. Kontraksi otot akan datang dan pergi setiap jam.

    Lalu bisakah kita mencegah perut mengeluarkan bunyi. Katakanlah agar perut tidak bersuara saat kita mengikuti meeting, atau saat-saat tidak perlu ada tambahan gangguan lagi, seperti bunyi perut. Satu tips untuk meminimalkan bunyi perut adalah makan makanan dalam ukuran kecil namun sering ketimbang sekaligus yang besar. Sistem pencernaan akan mempunyai kesempatan lebih sedikit untuk menghasilkan gerakan peristaltik yang ‘ribut’. Dan mengurangi makan makanan yang ber-gas juga dapat menurunkan frekuensi perut berbunyi.

    Dalam beberapa kasus, bunyi perut mungkin pertanda dari perut yang bermasalah atau kondisi medis seperti sindrom iritasi usus/perut (Irritable Bowel Syndrome). Namun tentu saja, pada kasus ini ada beberapa keluhan gastrointestinal tambahan lain yang menyertai."

    Info from: doktersehat.com

    Thursday, March 08, 2012

    6 Makanan Untuk Putihkan Gigi



    Siapa yang tidak ingin memiliki gigi putih yang cantik? Tentunya dengan gigi yang putih berseri akan membuat kita lebih berkeyakinan dan percaya kepada diri. Warna dasar gigi sebenarnya adalah putih, namun faktor zat-zat makanan yang kita makan dan bertambahnya usia membuat warna gigi kita berubah menjadi kuning. Namun ada juga makanan yang bermanfaat untuk memutihkan gigi. Berikut disenaraikan 6 makanan yang dapat membantu memutihkan gigi.

    1. Strawberi
     

    Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi.

    2. Keju
     

    Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

    3. Lemon dan Garam
     

    Kita boleh memutihkan gigi dengan menggunakan 'paste' yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. Ia mampu membantu kita menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

    4. Sari Epal dan Cuka Putih
     

    Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang mampu membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Namun, kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.

    5. Kulit limau
     

    Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

    6. Daun salam

     

    Daun salam mampu membuat gigi kita putih secara semulajadi. Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, kemudian tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, dalam dua minggu kita akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi. InsyaAllah..


    Artikel dari:TryMasak

    Peringkat Kehamilan Anda


    Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama 
    Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan


    (Minggu pertama hingga minggu ke 16)

    Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

    Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

    Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


    Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulaimembentuk struktur asasmanusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


    Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnyamembentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

    Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

    Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

    Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

    Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

    Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


    Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

    Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

    Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

    Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelaminluar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


    Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.


    Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

    Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

    Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

    Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

    Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

    Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.





    Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

    Friday, January 27, 2012

    Telefon Bimbit Punca Darah Tinggi

    Tahukah anda penggunaan telefon bimbit dalam tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Ia berlaku apabila salur darah disempitkan oleh elektromagnetik frekuensi radio pada signal telefon bimbit berkenaan. Bahkan, bercakap lama di telefon juga akan meningkatkan jumlah bil. Ini juga salah satu sebab yang menjadikan darah tinggi tiba-tiba naik.


    Published with Blogger-droid v2.0.4

    Thursday, January 19, 2012

    Apabila Konflik Mengawal Situasi

    Manusia tak boleh lari dari pelbagai masalah dan konflik yang melibatkan diri secara langsung atau tidak.

    Dalam menjalani rutin harian dipejabat adakalanya kita tidak terlepas daripada terlibat dengan konflik.  Ia mungkin diakibatkan oleh urusan kerja atau mungkin juga perihal peribadi.  

    Minda kita akan dibebani dengan persoalan dan masalah yang belum selesai. Itu belum diambil kira dengan tekanan dari pelbagai pihak yang menjadikan konflik bertambah kusut.

    Sebahagian dari kita lebih suka bersikap lepas tangan dan bersikap perkara itu akan selesai dengan sendirinya.  Mengikut logik, mana mungkin ia boleh terhapus macam tu aje tanpa mencapai kata sepakat. Kerana jikalau ianya belum selesai pasti ia akan diungkit kembali.  Jadi untuk melakukan kerja dengan tenang setiap hari, segala konflik dan permasalahan kita perlu bijak diatasi.

    Seteruk manapun konflik yang dihadapi, ia pasti dapat diatasi jika adanya sikap saling kompromi.

    Wednesday, January 11, 2012

    Je Ra Wat



    Huaaaa!!!

    Sungguh tidak saya sukai dan senangi kalau 'benda Allah' ni hinggap kat muka saya.

    Dah tua-tua macam ni pun masih ada jerawat singgah kat muka.  Dah lama jugak tak kena penangan jerawat ni singgah kat pipi atau yang sewaktu dengannya...kalau takat bengkak sikit aje takpelah jugak, ini siap ada mata 'putih' (macam cecair nanah) tu huaa...geram geram geram....

    Fakta:-

    Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. 

    Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

    Friday, December 23, 2011

    Alamak Macam Mana Nak Kempiskan Perut Ni?

    Perut leper idaman semua wanita, malahan bukan wanita sahaja, lelaki juga mendambakan untuk mempunyai perut yang cantik dan menarik.  Ramai wanita berasa kecewa setelah mencuba pelbagai jenis teknik senaman bagi meleperkan dan mengempiskan bahagian anggota badan yang selalu berkumpulnya lemak itu. Namun pengakhirannya amat tidak memuaskan.

    Tips untuk tampak perut lebih leper antaranya (yang saya dapat dari salah satu megazin tempatan) memetik:-


    • Berhenti merokok - rata-rata mereka rasa dengan merokok mereka akan kelihatan selim dan melim tapi hakikatnya perokok mempunyai banyak lemak perut berbanding bukan perokok.  Hormon stress kortisol dikatakan penyebab lemak itu berkumpul.
    • Makan lebih serat - amalkan memakan makanan 22-25 gram serat sehari dengan makan lebih banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin.
    • Banyakkan minum - Kalau anda datang haid pun HARUS minum air dengan banyak bagi membantu mengurangkan perut kembung.
    • Lonjakan Degupan Jantung - Senaman menguatkan otot perut tidak berkesan. Cara terbaik ialah senaman aerobik 45 hingga 50 minit, lima kali seminggu.
    • Tulang Kuat - Osteoperosis boleh membuatkan tulang belakang anda membongkok dan keadaan tersebut mengakibatkan perut anda membonjol ke depan. Pastikan anda mengambil 1,000 mg kalsium sehari daripada makanan atau supplement.
    • Kempiskan Perut - Amalkan teknik mengempiskan perut sehingga anda berasa selesa dan akhirnya ia datang secara semulajadi.  Lakukan ia pada setiap hari jika ada peluang.
    • Dapatkan Senaman Perut Bonus - Berdiri tegak ketika melakukan senaman mengangkat berat.
    Insyaallah, jika amalan ini diamalkan pada setiap hari pulangannya yang anda perolehi WOW amat memberangsangkan dan yang penting niat serta tekad.  

    Erm..rasanya itu dah termasuk dalam salah satu WISH LIST saya pada tahun hadapan.

    Thursday, December 22, 2011

    Amalkan Gaya Hidup Sihat


    Siapa kata duduk di pejabat tidak boleh bersenam?

    Kehidupan sehari-hari yang kita lalui memang memerlukan lebih banyak tenaga dan semestinya kurang melakukan riadah.  Selain itu pengambilan makanan juga perlu dititik beratkan terutama sekali pengambilan gula dan garam.

    Tahukah anda dengan berjalan 10,000 langkah setiap hari anda akan membakar lebih dari 300 kalori.  Tidak kira samaada anda memilih untuk melakukan senaman simple contohnya turun naik tangga, tanpa menghiraukan lif yang terbuka setiap masa memanggil anda untuk naik atau berjalan di taman setiap petang akan sedikit sebanyak membantu anda menguatkan otot dan tulang belulang anda.

    Tetapi untuk melakukan aktiviti tersebut, perlulah anda titik beratkan akan penampilan anda yang bersesuaian dengan aktiviti yagn anda lakukan. janganlah pulak anda memakai heels dan memakai pakaian pejabat sambil peluh mencurah-curah sebaldi hanya semata-mata ingin melakukan aktiviti riadah tersebut sambil bertugas.  Selain itu pastikan yang anda tidak selalu duduk di tempat workstation anda, lakukan pergerakan dengan sekerap mungkin, berjalan-jalan sambil melawat workstation rakan lain bebrapa minit bertanyakan khabar dan elakkan dari mencuri masa berminit-minit lamanya hinggakan bos didalam bilik keluar dan berdehem pun and tak sedar.


    Hanya dengan beberapa langkah yang simple mampu membuatkan hidup anda sihat dan sejahtera.

    Amalkan hidup sihat bersama yang tersayang.

    Pesanan penaja ini dibawakan khusus kepada anda dari ChurpChurp.  Untuk maklumat lanjut sila klik SINI.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...