Assalammualaikum...
Orang tua-tua kita selalu aje ada solution kalau sesuatu perkara itu telah berlaku atau bakal berlaku kerana bagi mereka sesuatu yang bakal dan telah berlaku tu pasti ada sebab musababnya. Jadi mereka mencari solution agar perkara tersebut takkan berulang dan berlaku lagi.
Antaranya salah satu, kawan-kawan pernah tak dengar cara "Bagaimana hendak mencegah rambut agar tidak pecah di hujung"
Solution orang tua dedulu...
Jangan biarkan rambut anda tu dibiarkan lama di dalam penggulung rambut serta elakkan dari menggunakan pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu sahaja. Sebaiknya jika anda mencuci rambut bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala kering dan beruslah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari (wui..banyak tu...)
Selain itu "Bagaimana kita nak menghitamkan rambut dan kelihatan lebat"
Solution mereka ialah...
Dengan menggunakan daun inai, tumbuklah daun tersebut sehingga halus kemudian campurkan sedikit air asam jawa dan selepas itu cuci dan bilas dengan bersih dengan air daun inai tersebut sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalan ini perlulah diamalkan sebanyak seminggu dua kali.
Ha...orang yang macam saya ni preggy mommy pula semestinya selepas bersalin nanti perut akan kelihatan berkedut-kecut selepas bersalin...maka "Bagaimana cara untuk mengelakkan kulit berkedut" maka cara untuk mengatasinya..
Gugel |
Solution orang tua-tua....
Ambil satu sudu kecil air limau nipis dan titikkan sebanyak 20 titik minyak kayu putih disertakan dengan satu sudu kecil air kapur sireh. Bahan tersebut perlulah digaul dan disapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.
Amalan ini hendaklah dilakukan sebanyak dua minggu berturut-turut. Insyaallah akan berhasil.
Mudahkan!! orang tua-tua lama ni sebenarnya lebih banyak menggunakan barangan persekitaran alam semulajadi untuk kekal hebat dan cantik. Tak payah bersusah payah nak membeli produk yang mahal-mahal menggunung harganya untuk mengekalkan kecantikan diri.
Banyak lagi petua-petua orang-orang dahulu kala dan orang sekarang ada dan masih dipraktikkan tak kiralah dalam apa jua bidang samaada untuk kecantikan, masakan, kesihatan dan sebagainya.
Pokok pangkalnya samaada kita rajin atau tidak untuk mengamalkan amalan tradisi itu.
11 comments:
mak kita biasak bagi petua mcm tu
huhu....tu la psl...kdg2 mls nk wat..huhu
Betul tu byknya petua org2 tua,nak x nak je nak amalkan.
Petua2 ni kne rajin kan?huhu
kalau ptua hilangkan kedut muka cm ne..huhu
Farisha..akak cadangkan kena senyum.selalu tu..barulah hilang kedutnya.:-)
Betul tu ummi....
Setuju tu Nazayiena
Eryati..mmg zaman.mak2 kita penuh dgn petua
Kadang2 tu masa xde Mira...bilan nk buat terlupa pulak kan...
hehehe...kkdg mmg mjd kn petua org tua2 ni hihihi
Post a Comment