Friday, September 28, 2012

Bajet!! Efektif Ke Tidak??


Assalammualaikum...


Petang ini tepat pukul 3.00 petang pasti ramai yang nak mendengar pembentangan kabinet kerajaan Malaysia mengenai isu bajet bagi tahun 2012.

Efektif ke? Atau masih ada lagi barangan semakin naik dari hari ke hari hingga menyukarkan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Semoga pembentangan kali ini walaupun tak banyak sedikit pun membantu mreka-mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.... susah kalau semuanya nak naik, rental rumah, minyak, cost of living, pendidikan, perubatan, pembelian barangan mentah, keperluan harian dan segala macam lagilah.  Kalau tak silap mau ada yang berhijrah balik ke kampung dengan alasan tak mampu nak hidup kat bandaraya kota metropolitan ni..dan kos bayar anak dekat nerseri pun naik menjulang-julang...APA KES?? Kaum hawa nak benti kerja pun mana buleh kalau sumber hanya dari 1 orang aje.  Tak lepas semuanya makan pakai..nak tak nak kenalah berdikit-dikit.  Waklaupun kita lihat rata-rata penduduk Kuala Lumpur ni berpendapatan tinggi dan mampu memiliki rumah dan kenderaan..tapi tahukah anda bahawa mereka pun banyak hutang keliling pinggang.  Duit gaji habis bayar hutang dan tax sana sini BETUL TAK?

Saya pulak nak request  En Menteri-menteri kabinet kalau boleh turunkanlah harga rumah yang melambung-lambung tinggi tu terutamanya di kawasan dalam bandar nak mencari rumah dengan harga murah dan rendah semuanya berlokasi yang tidak strategik jauh di pelusuk luar bandar, jauh tu nak ke pusat bandar.. kalau hari-hari travel dan duduk di luar bandar dah semestinya kos bahan mentah seperti minyak dan gas juga meninggi tak betul tu En Menteri... Bagi mereka-mereka yang income tinggi memanglah mampu sesangat tapi rakyat jelata yang berpendapatan sederhana perlu di ambil kira juga ye (amboi macamlah ada menteri yang nak baca entri ni)

Selain tu cubalah kurangkan penggunaan dan kemasukan kenderaan peribadi di dalam bandar..SESAK sangatlah hari-hari nak facing traffic jam.  Mana taknya harga kereta memang dah boleh mampu milik sekarang tapi yang tak sedapnya public transport tak berapa nak membantu kerap kali rosak dan tak mesra alam. Maka tak semualah orang-orang (rakyat) nak menggunakan kemudahan yang ada.

Di samping itu kurangkanlah kemasukan pelajar dan pekerja asing terutamanya mereka-mereka yang berbangsa Afrika, dan yang sewaktu dengannya.  Dah ramai sangat dah kat Malaysia ni....harus di pantau kemasukan mereka di sini atas urusan apa dan bisnes apa. Kekadang tu dah rasa macam duduk dekat negara asing dah Malaysia ni.  Maka segala macam kejadian jenayah pun semakin hari semakin berleluasa.

Semoga kita semua mendapat faedah dan kebaikan bersama dari pembentangan bajet pada petang ini.  Nak cerita lelebih pun tak boleh saya bukanlah En Menteri.  Kalau citer banyak pun bukan suara dapat didengari...hanya lepas tahap sini je ...hehehehe....


MEMBUKA PINTU REZEKI



Assalammualaikum....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...... . 


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira
masih hidup yang telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu... 


Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 


Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah 


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. .. 


Insya Allah 


Allahu Akbar !!



Apa Hal Pulak Ni!!


Dah ni apa kes pulak lah dashboard ni pepagi buat hal..refresh berpuluh kali tapi masih dapat message yang sama macam benda alah bawah ni...



Hish menyakitkan hati betul...bila kita bebetul nak berBW dan berkelapangan nak curik masa ... dia buat hal la pulak!! 

Kawan-kawan pernah tak mengalami benda yang sama macam ni since kita berhijrah ke template yang baru??  Ada sesiapa boleh tolong tak?

Tension-tension...geram-geram.....arghhhh!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...