Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Yang Terbaik!


Assalammualaikum....
 
Salam Jumaat penuh barakah buat semua rakan blogger.
 
Semoga hari ini menjadi hari yang baik untuk dimulakan bagi kita semua serta di jauhkan dari segala kesulitan serta kesukaran.
 


 

Friday, October 18, 2013

Perkongsian Terbaik Untuk Semua

Salam Jumaat semua....

Ingin berkongsi sebuah artikel menarik melalui luahan rasa seorang Pendakwah yang tidak asing lagi RIDHUAN TEE ABDULLAH.

gugel
"Saya harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.

Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam...

Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.

Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal.

Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.

Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.

Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.

Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.

Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.

Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.


Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban? Perkongsian bersama...renung-renungkan."
 
Apa yang dipersoal dan diperkatakan oleh beliau  seperti diatas memang amat tepat dan terjadi dikalangan masyarakat melayu sekarang.  Perpecahan dan pergolakan sesama sendiri semakin hari semakin berleluasa.  Kadang kala kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya.
 
Sama-samalah kita saling ingat mengingati selagi mampu agar kita semua tidak terpesong dan tenggelam dengan sifat riak, sombong, meninggi diri, syirik dan sebagainya.  Andai kata kita lalai dan takbur..sentiasalah berbalik kepadaNYA.
 
Insyaallah................
 
Sharing is Caring!
 
xoxo

Thursday, August 01, 2013

Tak Susah Nak Kenal....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23.  Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari  bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...

Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya.  Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.



Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.  

Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan".  Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.

Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.


Sharing is caring!


Thursday, March 07, 2013

Sukar Untuk Memaafkannya


Assalammualaikum...

Kalau dibaca tajuk entri tu memang macam mengalahkan sinopsis novel kan? Tapi abaikan aje tajuk yang over tu kerana hakikatnya sekarang kita sebagai manusia memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah adakalanya sesetengah orang sukar untuk memaafkan kesilapan yang telah kita lakukan.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda.  Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya dan sikap itu membuatkan anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. 




Jika anda disakiti bererti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekali gus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan keampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan.

Memaafkan bukan mudah selagi anda bernama manusia yang fitrahnya berteman khilaf, selalu kalah dengan ujian Allah SWT. Tidak mahu mengaku kalah sedangkan Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. 

Jangan ingat yang membuatkan anda terluka itu kejam, sebaliknya anda lebih zalim kerana tidak mahu memaafkan.

Friday, September 28, 2012

MEMBUKA PINTU REZEKI



Assalammualaikum....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...... . 


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira
masih hidup yang telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu... 


Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 


Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah 


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. .. 


Insya Allah 


Allahu Akbar !!



Friday, August 10, 2012

Bila Masa Terbaik Untuk Menziarahi Kubur??


Assalammualaikum...

Google
Terpanggil untuk berkongsi artikel pada mereka yang masih tertanya-tanya dan gusar akan perkara-perkara yang harus dan tidak patut dilakukan khususnya apabila kita menziarah kubur.

Kebiasaannya ramai yang melakukan amalan menziarahi kubur sanak saudara mahupun ahli keluarga pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Sesungguhnya amalan menziarahi kubur boleh membawa keinsafan kepada kita, mengingatkan kita kepada mati dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun jika dilihat dari sudut perspektif lain, fenomena ini lebih menjurus kepada pemilihan hari tertentu untuk melawat kubur iaitu dilakukan pada musim hari raya.


Yang menjadi persoalan, wujudkah hukum membenarkan hari tertentu ziarah kubur atau ia disebabkan budaya kita sendiri?

Tidak ada dalil yang mengatakan perlu ziarah kubur pada sekian-sekian waktu. Ziarah kubur tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Bila-bila masa sahaja boleh ziarah kubur. Yang dapat kita simpulkan ialah dengan menziarahi kubur sebenarnya untuk kita ingat mati. Ini kerana apabila berada di kubur, ia akan memberi perasaan untuk mengingati orang yang telah mati, seterusnya mendoakan serta memohon rahmat dari Allah.

Hakikatnya golongan wanita tidak digalakkan untuk ziarah kubur kerana dibimbangkan boleh mendatangkan fitnah atas sebab berlakunya perkara yang haram antaranya seperti meratap pemergian orang tersayang, menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang, berpakaian tidak sopan dan tidak menghormati kawasan kubur. Sekiranya perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah haram. Ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangan Nya.

Sekiranya dilihat secara umum, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Masyarakat tidak seharusnya atau tidak wajar mengkhususkan pada hari hari tertentu umpamanya hari raya untuk menziarahi kubur. Ini sebenarnya sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita dan sepatutnya kita singkirkan. Sebaliknya ziarah kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan. 


SHARING IS CARING

Tuesday, July 24, 2012

Amalan Yang Terpuji

Assalammualaikum...


Google
Di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal serta kurangkan dan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang mengundang kearah keTIDAK ikhlasan kita dalam menunaikan fardhu Allah.

Salah satu antaranya ialah amalan berSEDEKAH di mana ianya adalah satu perbuatan mulia. Seseorang yang selalu bersedekah akan mendapat pulangan lumayan di akhirat kelak, bahkan seawal mungkin ketika masih di alam barzakh. Ketika tidak mampu beramal lagi, sedekah jariahnya akan tali-menali sebagai ganjaran pahala buatnya. Contohnya seperti seseorang mengeluarkan hartanya atau menderma dan mewakafkan tanah untuk membina masjid, surau, sekolah atau madrasah, menanam pokok buah-buahan yang diniatkan sebagai makanan manusia dan haiwan apabila tumbuhan itu mengeluarkan hasilnya kelak.

Perbanyaklah SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat KHASIAT yang mana kita sendiri tidak dapat menilai dan mempertikaikannya :

- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.


Setiap mukmin mestilah memastikan lingkungan hidupnya tidak lari daripada konsep beribadah bukan setakat bekalan pahala sewaktu hidupnya, malah berusaha meningkatkan kualiti pahalanya agar ada kesinambungan ketika mereka di alam barzakh nanti.

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Monday, July 09, 2012

Mutiara Kata Penguat Jiwa Pembersih Rohani


Assalammualaikum ...

Gugel


Sesungguhnya firman Allah dalam surah Ar-R'ad ayat 11 berbunyi:-

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat yang menjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya , yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.  Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya."

Jauhi Dari Riak...


Assalammualaikum...

Nak cerita lelebih pun tak buleh sebab saya pun bukanlah baik bebeno...tapi sekadar nak berkongsi pendapat dan rasa ....kalau tersalah dan tersilap kata AMPUN dan MAAF saya minta ye....almaklumlah yang baik kita jadikan pedoman dan panduan yang buruk jadikan sempadan dan teladan....

Gugel


Sudah menjadi trend para artis sekarang ni bila setiap kali kita selak surat khabar atau majalah mesti ada terselit cerita-cerita pasal sipolan dan sipolan ni nak ke sini dan ke sinun...tapi itu kira melancong jalan-jalan takpelah lagi..bukan saya heran sangat pun....tapi yang merisaukan dan menjadi tanda tanya  ni pabila nak pergi mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. pun nak bagitau satu negara yang dia nak pergi dan berangkat ke tanah suci.

Cerita gebang gebung sana sini bukan dah jatuh riak dan menunjuk ke? Bukankah itu tuntutan bagi mereka-mereka yang mampu dan semestinya sebagai umat islam kita diMESTIkan untuk pergi mengerjakan umrah atau haji jika berkemampuan...tapi itu cerita dulu sebab dulu-dulu tak macam sekarang sebab sekarang dah ramai orang yang berkemampuan dan mampu untuk mengerjakan umrah pada bila-bila masapun yang mereka mahu dan juga mengerjakan haji.

Yang menjadi persoalannya kenapa mesti nak MENUNJUK hebah seantero negeri mengatakan bahawa 'dia' nak pergi mengerjakan umrah.  Setahu saya seeloknya nak pergi mengerjakan ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah tak perlulah bagitau gebang sana sini ambil gambar sana sini nak tunjuk pada fans dan orang-orang di sini..walhasilnya senyap dan diam-diam ajelah..tahu-tahu dah balik dan selamat mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. ....lepas tu nak cerita 7 hari7 malam akan kehebatan dan rahmat dari ibadah anda di sana tak kisahlah janji dah selamat pergi dan balik....ini tidak gebang-gebung kat sana..tangkap gambar post dalam twitter dan majalah...HEBAT SANGATKAH??

Saya ni ingatkan aje sebab rasanya sekarang semakin galak artis-artis kita di Malaysia ni pergi mengerjakan umrah umpama macam pergi melancong tapi balik atitude masih tetap sama...tapi saya memang salutelah pada arits-artis yang telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. dan berhijrah untuk tujuan kebaikan. Alhamdulillah.....supaya menjadi contoh dan teladan pada kita 'orang-orang biasa' ni.

Thursday, July 05, 2012

Betapa Kerdil dan Berdosanya Aku....


Assalammualaikum semua...



SALAM NISFU SYAABAN....


Pasti ramai yang melakukan ibadah berpuasa bersempena dengan nisfu syaaban dan sekali harung membuat puasa sunat bagi melunaskan hutang-hutang yang tertunggak pada tahun-tahun yang lepas...Insyaallah begitu juga saya.

Pada hari ini ingin saya kongsikan bersama dengna rakan-rakan blogger yang saya kasihi agar kita semua sama-sama mendapat keberkatan dan keredaan dariNYA.

Saya pasti ramai di antara anda kawan bloggers yang telah memiliki dan membaca buku ilmiah ini.  Intipatinya cukup-cukup membina dan bermanafaat serta menginsafkan kita akan betapa besar akan kebesaran ilahi hingga tanpa sedar kita mengalirkan air mata pabila membaca serta menginsafi akan kelalaian diri kita yang terlalu mengejarkan kehidupan di dunia yang fana ini.

Pada kawan-kawan yang berminat silalah dapatkan buku ini dipasaran.  Memang cukup memuaskan hati dan sekaligus membuka mata dan minda kita agar lebih positif dan percaya akan kebesaran dari yang Esa.

Yang pasti, Janji Allah itu benar belaka! Syurga Neraka itu benar! Balasan pahala dan dosa itu benar!  Cubalah miliki dan kita akan ketahui sejauh mana kita lalai dan leka di dalam kehidupan seharian kita.

Sinopsis buku:-


Sebuah lagi buku istimewa dan menginsafkan yang mesti anda miliki. Terdapat 23 buah cerita menarik dan setiap satunya berkisar kepada pengalaman-pengalaman aneh, menakutkan serta menginsafkan yang dilalui oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya.

Dalam mengharungi kehidupan ini, ada di antara mereka yang memilih jalan ke kiri, sebahagian lagi memilih jalan ke kanan. Tidak kurang juga yang memilih jalan bersimpang siur, hingga akhirnya tersesat dan tercari-cari jalan pulang. Mereka ini mencari-cari jalan ke syurga namun sayang, ramai yang tidak menjumpainya.

Sebahagian daripada kisah-kisah menginsafkan ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, manakala sebahagian lagi adalah cerita-cerita baru yang dipaparkan khas untuk buku ini.

Monday, May 14, 2012

Kita Adalah Siapa Diri Kita.....


Assalammualaikum.....

Sesungguhnya kita dilahirkan dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.


Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang lain.

Selamat menjalani tugasan dan sentiasalah berfikiran positif dan bersederhana di dalam sesuatu perkara selain melalui setiap perkara itu dengan sentiasa memanjatkan kesyukuran keatasNYA. Insyaallah kita akan mendapat keredaanNYA.

Amin....

Tuesday, April 17, 2012

6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri



Assalammualaikum....

Berminat dengan entri yang saya baca dari sesi blogwalking baru-baru ini....antara hasilnya yang ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai entri di atas itu yang berbunyi....

"6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri"

Membaca entri ni aje dah rasa terkujat dan terkejut apatah nak membacanya hingga akhir, kerana kita manusia dan wanita yang hidup dalam dunia yang penuh pembangunan dan kemudahan teknologi yang sungguh canggih kadangkala terleka dan lalai hingga mampu mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka kita seharusnya mengamalkan serta sentiasa beringat akan perkara-perkara yang sentiasa dilarang dan dibenarkan di dalam Islam.

Saya bukanlah isteri yang terbaik untuk suami tetapi Insyaallah saya akan mencuba memperbaiki segala kelemahan serta kekurangan di dalam diri saya serta mencari serta menimba ilmu dan bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta saling mengingatkan saya.


1. Al-Anaanah:


Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Monday, February 20, 2012

Makan Untuk Hidup ATAU Hidup Untuk Makan



Semua orang CARI MAKAN!!

Demikian rutin kehidupan kita, manusia di muka bumi ini, tidak kiralah makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.

Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu HALAL ataupun HARAM. 

Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.


Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang itu. 

Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan. 

Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:
"Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".

Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan. 

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini? Rasanya soal makan kita masih belum sampai ke tahap darurat. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...