Wednesday, April 27, 2011

Articles for the day

"Engineer saves her marriage by watching porn"`

AN ENGINEER saved her marriage using the “tricks” she learned from porn films, China Press reported.

The Singaporean said she started watching porn films after reading a pornographic magazine sent by her friend from Australia eight years ago.

However, she said, she became addicted to these films about three years ago after her husband started giving her the cold shoulder.

The 32-year-old said she learned many tips sexually and emotionally in managing a relationship from the films, and saved her marriage.

> A husband storage section was set up at a shopping complex in China, Sin Chew Daily reported.

The place was specially designed for the men to wait while their loved ones shopped.

Entertainment facilities at the section included free Internet service, television, magazines, audio equipment and board games.

Articles taken from The Star Online.

Saturday, April 23, 2011

My Baking Class Session

Assalammualaikum,

It's Saturday noon today, time flies so fast rasanya baru last week aku mencuba resipi apple pie CMG. But this week hari rajin aku datang lagi...kali ni aku belajar membakar serta membuat "Brownies Chocolate Chunk" sekali dengar macam tak percaya aku yang pemalas nak masuk dapur dan apatah lagi pemalas nak memasak ni yang buat...macam mimpi di siang hari aje..tapi UNBELIEVEABLE am baking the cakes..

Hubby aku balik dari cycling pun terkejut bila anak-anak beritahu dia yang aku masak brownies today. Hahahaha.....yelah bukan senang aku nak masak (ikut mood jugaklah) tapi ntahlah since aku surf blog yang memaparkan resepi2 yang ringkas lagi menarik ni ..tu yang buat semangat aku jadi kuat nak mencuba...lagipun tak salah mencuba sebab kandungan yang diaorang gunakan bukanlah susah sangat nk carik.

Alhamdulillah...menjadi eksperimen membakar kek brownies aku even this is the first time aku masak brownies. Rasanya boleh tahan cuma tak oleh tandinglah chef2 professional masak kat dalam AFC Astro tu...

Apa-apapun am sharing the picture just for my reference and kenangan...hehehe

Lastly "Happy Weekend Uols".










My Chocolate Chunk Brownies


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, April 22, 2011

Kena Tag La Pulak!!

Alahai Puan Azila oii..kena tag nak bercerita pasal kisah-kisah silam ni..huhuhu..seram saya..tapi takpelah tak salah kalau nak cerita just nak share dengan Opss..Cikgu Cinta!!




1) Ai dah follow...

2) Nak tag kawan-kawan jugak...
a) Azila Adam (awak, cerita kita lebih kurang sama pasal kasut jugak heheh...)
b) Azzah (Sorry Kak)
c) Rodziah Gee (cuba nasib aje sis)

3) Pengalaman dating yang paling memalukan yang pernah saya alami masa zaman muda-muda dulu hehehe...erm..alahai segannya nak cerita tapi takpelah just nak share dengan uols.

Zaman remaja saya dulu, masa time tu kumpulan remaja yang paling top time tu ialah 4U2C, KRU, Feminin dan adalah lagi beberapa kumpulan remaja yang popular tapi tak berapa nak minat. Tapi antara banyak2 kumpulan ini saya meminati kumpulan KRU...bak kata orang putih "die hard fans" lah kiranya. So memang meminati sangatlah kumpulan ni walau apa jua artikel ataupun news yang berkaitan dengan kumpulan ni mesti saya kumpul dan simpan..MINAT kan...

So happen Kumpulan KRU ni adalah buat persembahan "selection" bagi Anugerah Juara Lagu tahunnya kalau tak silap tahun 1993/94 gitu tak ingat sangat... so dia buat pra AJL dekat Studio TV3 masa tu dekat Jalan Telawi 3, Bangsar sana tu...so saya dengan kawan2 ni pun pergilah ke sana sebab dapat pas percuma (ada kawan tu pakcik dia kerja TV3, tu yang dapat pas tu) tapi masalahnya kedudukan kami 'seats' saya dengan kawan-kawan lain tak sama (kami berpisah) duduk berasingan sebab datang lambat... waktu disitulah first time saya berjumpa dan berkenalan dengan pakwe ni (nak kata dating bukan dating tapi kira first timelah jumpa) ..erm (not bad jugak muka dia) hehehe..dia tegur saya dan kami borak-borak, cerita2 sambil tengok persembahan sampailah habis selama dua jam, sambil tukar-tukar phone number (pakwe tu beria-ialah suruh saya kol dia lepas ni). So hari tu hati saya pun berbunga-bungalah sambil puas hati tengok kumpulan kegemaran beraksi di pentas depan mata 'LIVE' lagi.

Masa selama 2 jam tu terasa sekejap la pulak dan waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7:00 malam dan semua orang dah nak balik lepas menonton persembahan AJL tu, so kami ni biasalah budak sekolah mana ada kereta..nak balik kenalah naik bas..pakwe tu dan kawan-kawan dia ada jugak offer nak hantar kami sebab dorang datang naik kereta, tapi biasalah kami takut nak tumpang orang-orang yang tak kenal ni...so kitaorang tolak offer dorang....tapi kalau nak dikira jarak antara Studio TV3 dengan stesen bas tu ..boleh tahan jugaklah jauhnya..sebab lokasi dia agak kedalam...so memang kena menapak la sikit...dan nak dijadikan cerita time tu hujan turun dengan boleh tahanlah lebat jugak jadi kami ni dek kerana takut kena marah dengan emak bapak masing-masing nak lah jugak meredah hujan pergi ke stesen bas depan tu...yang saya ni tak perasan saya sebenarnya hari tu pakai kasut boot (Dr. Cardin - glamer time tu) yang baru dibeli (rasanya tak sampai seminggu) so korang mesti tau condition boot yang baru beli mesti keras dan tebal serta berat..(dah namanya bootkan) so dengan rasa tak sedar diri saya pun berlarilah dengan kasut boot tu hingga tak sedar yang saya ni diperhatikan oleh pakwe tadi dengan kawan-kawan dia.

Aduii tengah lari2 tu tiba-tiba saya terjatuh mungkin sebab kasut tu jadi berat bila kena air lagilah kan...dah tu kasut tu boleh tercabut la pulak masa tengah lari-lari tu jadi kuyuplah saya menjelang nak sampai ke stesen bas tu...nak dipendekkan cerita pada hari tu saya balik dengan menyeret kasut serta berkaki ayam tanpa memakai boot itu dek kerana boot tu jadi berat sebabkan basah dan kembang kena hujan...huh! azab.

Hari kemudiannya saya pun saja-saja telefon pakwe yang hari tu sebab yelah rasa macam nak borak-borak tanya khabar since hari yang we all jumpa tu kan kiranya dalam erti kata lain 'follow-up call' heheh...memula call dia tak berjawab tapi bila second time call baru dia angkat dan ayat pertama yang keluar dari mulut dia bak kata ayat saintifik "kata pembuka bicara" dia ialah "ooooo....awak ni awek yang hari tu pakai boots berat jatuh dalam hujan masa tengok AJL dekat TV3 tu ye"....haaaa??? sikit punya malulah saya time tu tak terkata...dan dan tu dia ajak saya keluar, saya kata saya ada kelas tuisyen memanjang..hehehe sampailah dia give up nak call saya lagi. Tak taulah apa jadi pada dia sekarang ...heheh mesti dah jadi suami & bapak orang dah...

Apa-apa pun itulah pengalaman saya, walaupun ianya pertemuan serta pengalaman yang singkat tapi ianya amat memberi kesan hingga kekadang tu bila ingat balik tersenyum soran gpun ada...(tapi mana pergi pakwe tu sekarang ye? kalau nak difikir2 tahi lalat dibawah mulut dia yang manis tu..alahai memang susah nak carik).

Tapi itu semua dulu ...now saya dah happily married dan happy with my life.

Sekian.




Thursday, April 21, 2011

PROMOSI

Yeay! Aku dan kawanku telah berjaya mengikut langkah-langkah bagaimana ingin mempromosikan blog rakan bloggers yang lain. Terima kasih diucapkan pada Cik Mat Gebu kerana sudi berkongsi ilmu beliau untuk kami ikuti kerana jika dia tak post up dalam blog beliau aku mungkin tak tahu atau dapat nak membuat promosi blog begini (aku ni bukan celik 'blog' sangat...baru nak belajar) hehehehe....

Kini blogku telah cantik dan menariklah kalau nak dikira seperti yang sudah-sudah, al-maklumlah budak baru belajar masih banyak lagi yang perlu aku studi dan kaji bagaimana lagi ingin mempromosi blog aku yang tak seberapa canggih dan best ni apatah lagi nak suruh orang baca dan follow blog aku ni...HAILAH!

Terima kasih juga pada rakan setugasku Aziela kerana sudi mengajar serta sudi mempromosi blogku didalam laman blognya. Salute kat dia juga sebab berjaya mencecah suatu pencapaian yang amat membanggakan dalam mengupdate serta berkongsi cerita-cerita beliau didalam laman blog ini serta berjaya mempunyai 'Followers' yang boleh tahan banyaknya. TAHNIAH!!

Semoga aku pun akan dapat mengikuti jejak langkah kawanku ini dan diharap kawan-kawan yang lain sudilah membaca blog saya ini dan secara tak langsung 'follow' lah blog ai ni ye....(PERASANNYA)

Dengan itu sekali lagi diucapkan "Terima Kasih Daun Keladi, Masuk Bakul Angkat Sendiri".


- Posted using BlogPress from my iPad

NYONYA OH NYONYA

Erm....mabbe it is not my day today coz early in the morning aje emosi aku tergangu dengan kejadian accident pagi ni....huaaa!! kereta aku kena langgar...teruk..dah lah baru hari ni nak drive pergi kerja dan pulak my habi ada meeting di Kuala Selangor (that is the reason WHY am driving today) alih-alih kena langgar pulak dengan nyonya yang tampal "P" ni..huhuhu..sungguh menduga betul .. tak tau lah aku salah ke dia salah tapi yg pastinya of course aku kena jalan dulu sebab jalan aku straight..takkan aku kena berhenti pulak ..lagipun takde petak yg kena suruh aku berhenti...nyonya tu pulak dari mana ntah datangnya terus keluar dan "BANG" kereta aku ..ish! time tu aku tak ingat apa tapi yang pasti aku tanya anak-anak aku dorang OK ke tidak? Kesian diaorang..tak pasal-pasal early in the morning nak cepat ke sekolah jadi lambat.

Yang herannya kereta dia takde pape...kereta aku yang teruk sekali .....hua...aku cakap dengan hasben aku...dan kebetulan dia dah separuh jalan ke Sg Buloh (ikut duke hiway) kena pusing balik nak tengok aku dengan anak-anak...nyonya tu boleh sengih aje tak nak bayar pape...huh! SEMPUDAL betul lah..seb baik tak kena maki dengan aku pepagi ni..SABAR ajelah.

Dan dengan tidak semena-mena aku datang lambat ke ofis today......huaa....kereta aku!! dah buruks!! MENYAMPAH tengok cina tua yang bawak kereta sekarang ni...bila cakap salah dia.tak mengaku pulak...buleh pulak cakap..."wooo salah meh?? saya keluar dulu sebab tengok tadak kereta...lu la salah sebab lu jalan terus aja tadak brek! sikarang kasi bayar sama saya woo!! kereta saya sudak teruk" amboi amboi....nak aje aku hempuk nyonya ni pagi-pagi...

Erm...tapi biasalah yang pastinya kalau dia dah cakap macam tu memang dia tak nak bayar sebab dia tetap fikir dia betul...tapikan, Pendapat koranglah...kalau korang berada di simpang 3 dan korang berada pada arah jalan yang lurus ..korang kena berhenti ke atau jalan? bagi aku, aku kena jalan sebab buat apa aku nak berhenti kan? DIA lah yang kena berhenti sebab dia dari arah berlawanan (simpang) nak masuk ke jalan lurus...MENGONG la...aku sangat 2 bengang tahap melampau hari ni...SEY PA POK...huhu... tak pasal-pasal kereta aku masuk workshop!

BAD DAY!

Picture A: (My Car)



Picture B: (Nyonya Ngek Ngok tu punya kereta)




p/s: Tapi yang pastinya kereta dia takde kena apa-apa cuma scratch aje...

Saturday, April 16, 2011

AGAIN! My day with the loved ones

Am enjoying my day with the loved ones and today is my sons happy day coz both of them got their present from 'Ayah' which they have not expected at all.

Alhamdulillah both of them is happy with the gift which they really look into it looonnngg time already.

And at the same time and for the first time ever am baking an apple pie for the family. Tak sangka pulak menjadi eventhough bahan2 tidak mencukupi saja- saja je nak test market tapi tak sangka pulak banyak permintaan (sedap agaknya) dan licin pinggan sebab semuanya makan hehehe...macam ni bolehlah masak lagi dan seronoklah nak masak.

Terima kasih juga pada Cik Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi simple beliau buat tatapan umum.

Apa-apa pun am sharing the picture untuk tatapan umum..heheh perasan!

Picture attached:

















- Posted using BlogPress from my iPad.

Saturday, April 09, 2011

RENUNGAN BERSAMA

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

Renung-renungkanlah.. Happy wiken uols!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Wangsa Siaga 1,Kuala Lumpur,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...