Friday, April 22, 2011

Kena Tag La Pulak!!

Alahai Puan Azila oii..kena tag nak bercerita pasal kisah-kisah silam ni..huhuhu..seram saya..tapi takpelah tak salah kalau nak cerita just nak share dengan Opss..Cikgu Cinta!!




1) Ai dah follow...

2) Nak tag kawan-kawan jugak...
a) Azila Adam (awak, cerita kita lebih kurang sama pasal kasut jugak heheh...)
b) Azzah (Sorry Kak)
c) Rodziah Gee (cuba nasib aje sis)

3) Pengalaman dating yang paling memalukan yang pernah saya alami masa zaman muda-muda dulu hehehe...erm..alahai segannya nak cerita tapi takpelah just nak share dengan uols.

Zaman remaja saya dulu, masa time tu kumpulan remaja yang paling top time tu ialah 4U2C, KRU, Feminin dan adalah lagi beberapa kumpulan remaja yang popular tapi tak berapa nak minat. Tapi antara banyak2 kumpulan ini saya meminati kumpulan KRU...bak kata orang putih "die hard fans" lah kiranya. So memang meminati sangatlah kumpulan ni walau apa jua artikel ataupun news yang berkaitan dengan kumpulan ni mesti saya kumpul dan simpan..MINAT kan...

So happen Kumpulan KRU ni adalah buat persembahan "selection" bagi Anugerah Juara Lagu tahunnya kalau tak silap tahun 1993/94 gitu tak ingat sangat... so dia buat pra AJL dekat Studio TV3 masa tu dekat Jalan Telawi 3, Bangsar sana tu...so saya dengan kawan2 ni pun pergilah ke sana sebab dapat pas percuma (ada kawan tu pakcik dia kerja TV3, tu yang dapat pas tu) tapi masalahnya kedudukan kami 'seats' saya dengan kawan-kawan lain tak sama (kami berpisah) duduk berasingan sebab datang lambat... waktu disitulah first time saya berjumpa dan berkenalan dengan pakwe ni (nak kata dating bukan dating tapi kira first timelah jumpa) ..erm (not bad jugak muka dia) hehehe..dia tegur saya dan kami borak-borak, cerita2 sambil tengok persembahan sampailah habis selama dua jam, sambil tukar-tukar phone number (pakwe tu beria-ialah suruh saya kol dia lepas ni). So hari tu hati saya pun berbunga-bungalah sambil puas hati tengok kumpulan kegemaran beraksi di pentas depan mata 'LIVE' lagi.

Masa selama 2 jam tu terasa sekejap la pulak dan waktu tu jam dah menunjukkan pukul 7:00 malam dan semua orang dah nak balik lepas menonton persembahan AJL tu, so kami ni biasalah budak sekolah mana ada kereta..nak balik kenalah naik bas..pakwe tu dan kawan-kawan dia ada jugak offer nak hantar kami sebab dorang datang naik kereta, tapi biasalah kami takut nak tumpang orang-orang yang tak kenal ni...so kitaorang tolak offer dorang....tapi kalau nak dikira jarak antara Studio TV3 dengan stesen bas tu ..boleh tahan jugaklah jauhnya..sebab lokasi dia agak kedalam...so memang kena menapak la sikit...dan nak dijadikan cerita time tu hujan turun dengan boleh tahanlah lebat jugak jadi kami ni dek kerana takut kena marah dengan emak bapak masing-masing nak lah jugak meredah hujan pergi ke stesen bas depan tu...yang saya ni tak perasan saya sebenarnya hari tu pakai kasut boot (Dr. Cardin - glamer time tu) yang baru dibeli (rasanya tak sampai seminggu) so korang mesti tau condition boot yang baru beli mesti keras dan tebal serta berat..(dah namanya bootkan) so dengan rasa tak sedar diri saya pun berlarilah dengan kasut boot tu hingga tak sedar yang saya ni diperhatikan oleh pakwe tadi dengan kawan-kawan dia.

Aduii tengah lari2 tu tiba-tiba saya terjatuh mungkin sebab kasut tu jadi berat bila kena air lagilah kan...dah tu kasut tu boleh tercabut la pulak masa tengah lari-lari tu jadi kuyuplah saya menjelang nak sampai ke stesen bas tu...nak dipendekkan cerita pada hari tu saya balik dengan menyeret kasut serta berkaki ayam tanpa memakai boot itu dek kerana boot tu jadi berat sebabkan basah dan kembang kena hujan...huh! azab.

Hari kemudiannya saya pun saja-saja telefon pakwe yang hari tu sebab yelah rasa macam nak borak-borak tanya khabar since hari yang we all jumpa tu kan kiranya dalam erti kata lain 'follow-up call' heheh...memula call dia tak berjawab tapi bila second time call baru dia angkat dan ayat pertama yang keluar dari mulut dia bak kata ayat saintifik "kata pembuka bicara" dia ialah "ooooo....awak ni awek yang hari tu pakai boots berat jatuh dalam hujan masa tengok AJL dekat TV3 tu ye"....haaaa??? sikit punya malulah saya time tu tak terkata...dan dan tu dia ajak saya keluar, saya kata saya ada kelas tuisyen memanjang..hehehe sampailah dia give up nak call saya lagi. Tak taulah apa jadi pada dia sekarang ...heheh mesti dah jadi suami & bapak orang dah...

Apa-apa pun itulah pengalaman saya, walaupun ianya pertemuan serta pengalaman yang singkat tapi ianya amat memberi kesan hingga kekadang tu bila ingat balik tersenyum soran gpun ada...(tapi mana pergi pakwe tu sekarang ye? kalau nak difikir2 tahi lalat dibawah mulut dia yang manis tu..alahai memang susah nak carik).

Tapi itu semua dulu ...now saya dah happily married dan happy with my life.

Sekian.




2 comments:

Aziela said...

er...posting nie takder title la wak..heheh Tapi aksi dlm hujan tu memang dramatik sungguh la..bleh buat fileemmm heheheh

RamRamCute said...

Eh! ha'ah la..terima kasih awak..hehe nampak sangat amatur. Bila orang tag aje dah menggelupur sampai terlupa nak letak title..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...