Showing posts with label Kisah 1001 Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Kisah 1001 Pejabat. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Tak Semua Setiausaha Tu Jahat...

Assalammualaikum....

Kalau dulu-dulu bila kita sebut aje nama Setiausaha, Personal Assistant (PA) atau Setiausaha Sulit terus menyirap darah sesetengah wanita tak kiralah emak kita ke, mak datin, puan sri ke janji namanya wanita...tak gitu??

Tapi kini hanya segelintir wanita sahaja yang mencemburui kerjaya sebagai Setiuasaha ini, kerana masing-masing telah mempunyai kesedaran dan tahap pemahaman bagaimana tugas dan tanggungjawab Setiausaha ini ketika di pejabat.  Kalau ada pun yang agak manja-manja pun hanya segelintir sahaja tak ramai...

Peredaran masa kini telah berubah Setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki malah boleh melaksanakan tugas ini. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Gugel

Kalau dulu setiausaha sering dikaitkan dengan mempunyai hubungan sulit dengan majikan.  Kini, apabila kerap disebut-sebut akhirnya budaya mengambil setiausaha berlainan jantina ini akan dapat dikurangkan. Di IPT dan IPTS ada banyak kursus kesetiausahaan yang mana ramai juga para pelajarnya adalah lelaki.

Mereka ini sangat sukar mendapat pekerjaan kerana kebanyakan bos lelaki lebih suka mengambil setiausaha wanita, manakala jika bos itu wanita, dia juga kurang memilih setiausaha lelaki. Apabila perkara ini dimomokkan pada hubungan sulit dan cinta gelap, moga-moga kebiasaan ini akhirnya berubah.

Ada juga sekarang ni bila kita tengok bos lelaki setiausahanya lelaki, bos wanita setiausahanya wanita.

Setiausaha adalah orang yang paling hampir dengan orang terpenting dalam satu-satu organisasi. Dalam ketiadaan bos, setiausahalah yang membuat keputusan. Dia harus bijak serta mengetahui segalanya tentang perjalanan sesebuah syarikat, jika tidak akan tempanglah syarikat itu di mana mereka yang berurusan dengannya.

Pernah tak kita dengar dulu-dulu apabila seseorang wanita bekerja di hotel dia akan dipandang serong oleh orang ramai, hari ini kerjaya perhotelan bukanlah lagi sebati dengan imej begitu, malah para wanita yang bekerja di hotel-hotel diangkat sebagai salah satu kerjaya yang penting lagi diperlukan.

Begitu juga kesetiausahaan, selagi mana dunia gelapnya tidak digembar-gemburkan selama itulah ia menyembunyikan pelbagai anggapan yang bukan-bukan.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Mungkin kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Maka itu untuk menjadi seorang setiausaha, tindakan yang betul dan berperibadi anggun akan memadam anggapan setiausaha selalunya gatal. Kini setelah 15 tahun berkecimpung didalam bidang kesetiausahaan dan bertemu dengan pelbagai karenah majikan yang berlainan jantina dan agama saya telah masak dan memahami dengan lebih terperinci akan perangai majikan, fungsi dan ketetapan tugasan sebagai seorang Setiausaha.

Pada adik-adik, yang masih tercari-cari akan kursus yang bersesuaian dan berminat untuk masa hadapan anda, jangan ragu-ragu lagi bahawa bidang Kesetiausahaan tidak perlu dijadikan suatu alasan untuk anda terus maju dan sukses.


Tuesday, March 06, 2012

Dilema...



gugel

Semakin sukar apabila kita berurusan dengan orang-orang yang tidak memahami dan suka memintas segala tugas dan pekerjaan yang kita lakukan. Tambah-tambah kalau berada di dalam situasi saya yang berkerja menguruskan jadual orang setiap hari.  Pelbagai karenah majikan, bos-bos atasan yang perlu kita pantau dan seragamkan setiap hari, setiap masa dan setiap saat ada aje permintaan yang bukan-bukan adakalanya masuk akal dan ada kalanya tak masuk akal.

Apabila sorang berkata A dan sorang lagi berkata B kita sebagai orang yang ditengah-tengah menjadi serba salah dan tak keruan. Di ikut payah tak di ikut pun payah naik serabut kepala hotak.

Kisahnya apabila boss besar ingin membuat booking flight ke Kota Kinabalu menaiki flight MAS atas urusan kerja dan business tetapi ketua di jabatan akaun pula tidak bersetuju atas alasan kenapa nak naik MAS sedangkan Air Asia kan ada, lagipun katanya circular telah dikeluarkan untuk setiap penerbangan domestik seharusnya setiap ketua jabatan perlu menaiki penerbangan Air Asia (pulak dah)....yang boss besar mengatakan yang dia tak selesa nak naik Air Asia sebab LCCT crowded katanya dan perkhidmatan tak mesra alam...dia lebih serasi dan selesa untuk menaiki penerbangan MAS hingga beliau sanggup membayar different harga berkenaan. 

Masalahnya saya ditengah-tengah jadi serba salah menjadi orang tengah, dia berdua makan baik bersama sebelum tu tak nak berbincang face-to-face, alih-alih kita jugak yang kena dan apabila terjadinya kekalutan dan kepayahan pengakhirannya boss besar membatalkan trip beliau ke Kota Kinabalu atas alasan tak mahu menaiki flight Air Asia dan tidak mahu memanjangkan cerita lagi.

Macam mana pulak ni...mesyuarat di sana sudah dirancang dan di atur bertemu dengan pegawai atasan Jabatan di sana, alih-alih trip beliau terpaksa dibatalkan. Takkan nak cakap dengan mereka disana trip boss besar batal sebab dia tak nak naik flight Air Asia... (memang saya takkan cakap begitu).  

Buntu dan haru lagi biru....

Penyudahnya Pengurus dan Penolong Pengurus yang kena pergi bagi pihak boss besar bertemu dengan pelanggan di sana.

Pheww!! susah sungguh ...mereka ada internal problem kita yang ditengah-tengah jadi mangsa keadaan.

Tak pasal-pasal kena stress sekejap!!

Monday, January 30, 2012

Potong Jangan Tak Potong


Cukup kepantangan saya apabila saya bertanyakan sesuatu kepada orang mengenai apa benda pun lepas tu orang yang saya tanya tu akan bagitahu balik bagi respons contohnya.....

"Eh iye ke?"

"Eh takdelah dengan saya"

"Saya tak pernah dapat lah benda tu dari awal lagi" 

" Tak perasan lah pulak saya"

Bukan ke lebih afdal dan bagus jika persoalan seseorang tu kita jawab dengan "Eh takde ke? Nanti saya cek bebetul dulu eh"...kan ke elok daripada membiarkan orang tu mengelabah dan tercari-cari tahap melampau tak tahu bijik butir hingga menjadikan orang tu stress tak pasal-pasal.

Macam kes saya baru ni terjadi apabila penyewa rumah kepunyaan syarikat saya ni yang tak pernah membuka 'mail box' beliau hingga berlumut dan berkapuk bertahun-tahun lamanya sehinggalah owner rumah berkenaan memanggil dan menelefon saya bertanyakan samaada kami tidak membuat sebarang pembayaran bil air dan segala macam bil lain lagi ke atas rumah tersebut selama setahun ini dan yang peliknya saya... takkanlah si owner dan penyewa ni tak alert dan monitor kerana all this while kita akan buat pembayaran terus melalui akaun beliau sekali bersama duit rental rumah based on statement of bill jugak...tetapi disebabkan kami tidak menerima apa-apa pun setakat ini jadi tiadalah pembayaran yang dibuat oleh pihak syarikat kepada beliau tak kiralah duit air ke, maintenance charges ke apa benda sume. Memang tak dapat dan lagipun benda tu otomatikali setiap bulan beliau akan hantar without failed.

Memang salah satu kerja saya pun memastikan keaadaan rumah tersebut sentiasaberada  dalam keadaan baik dan selesa, tapi takkanlah sampai billing tak bayar setiap bulan saya nak kena monitor jugak sebab kebiasaannya billing itu akan datang dengan sendirinya setiap bulan without miss dan selama ini pun  pihak akaun akan membuat pembayaran once diterima tanpa datang terus ke meja saya untuk verified ke hapa pun...tau tau dah di bayar aje.

Dan permasalahannya bila saya ajukan soalan kepada penyewa rumah berkenaan dia pun sendiri tak pernah bukak mail box tu...pelik? takkan lah owner tak bagi penyewa kunci peti box surat kat bawah tu...than abis tu camne nak tengok ada bil ke surat ke..sebaliknya saya pulak yang kena mimikirkan permasalahan ini...

Itu dah satu kes.......yang kes lainnya bila saya tanya penyewa memula tu kata kunci takdelah..bill takde terima lah...macam macam alasan..alih-alih hari ni dah dapat kesemua bill yang dinyatakan oleh owner rumah tu ... yang saya ni mati-matian mengatakan pada owner yang penyewa memang tak dapat satu hapa pun....HANGIN ke TAK HANGIN tu ???

Korang faham ke apa yang saya tulis ni........(mesti pening baca kan) 

Walhasilnya saya pun salah dan mereka (owner & penyewa) pun salah.  Masing-masing nak lepaskan diri masing-masing dan akhirnya salah satu dari sumber keperluan mereka iaitu fasiliti gas memasak mereka dah kena POTONG since last week....hahahahaha............

"Tak payahlah memasak sebab nak menunggu sampai penyambungan semula engkome makanlah ajelah di kedai ye!!" Sapa suruh tak alert dan kasi bill awal-awal dah namanya duduk di situ sendrik mau ingatlah..takkan tiap-tiap bulan orang lain nak kena ingatkan kamu-kamu tu pulak...duduk apartment opis sedap-sedap semua opis bayar lagi mau jaga bill semasa pun orang juga (kasi bukak u punya mail box dan submit pada HQ laaa untuk payment....HAIYOOO!!)

Pining!! Pining!! Pining!!! (cakap versi india mari)

Thursday, January 12, 2012

Selamat Tinggal Ikan!

terima kasih gugel 
(bukan gambar sebenar)

Kesian ikan ikan tu (tak sempat nak ambil gambar ikan), tak pasal-pasal pagi ni dah kena angkut dengan kontraktor yang menyeliakan akuarium di pejabat saya kerana big boss kami telah mengarahkan agar akuarium berkenaan di biarkan kosong dan kering bagi tujuan penyiasatan dan penyediaan report untuk disusulkan kepada pihak TPM (Technology Park Malaysia) owner bangunan berkenaan.


Berkemungkinan ikan-ikan berkenaan akan tinggal di sana (kedai) buat sementara dalam beberapa minggu ini sehinggalah penyiasatan selesai.


Kos kerugian dan penyiasatan masih di dalam proses, dan kita masih tidak tahu dan pasti berapakah tuntutan yang akan mereka semua utarakan di dalam report berkenaan. Harap-harap mereka tidak memohon kos membaikpulih peralatan hingga ke ratusan ribu, kalau tidak NAYA lah kami tak pasal-pasal tahun ni takde bonus dan kenaikan gaji.


Setakat ini pejabat kami masih menggunakan "blower" untuk tujuan pengeringan karpet dan lantai agar ianya tidak menitis dan membasahkan lagi makmal tingkat bawah.  Maklumat setakat ini mengatakan bilik makmal tingkat bawah masih terdapat air yang menitis lagi...erm..dari mana pulak datangnya air tu ye?


Wednesday, January 11, 2012

It's Not My Day ...... Kepalaku Pening!





Kecoh di pejabat kerana BANJIR!!

Nak kata hujan lebat malam tadi, tak jugak, Entah dari mana silapnya dan entah siapa yang dengan baik hati dan suka hati membuka paip air di dalam bilik discussion di dalam pejabat kami yang menempatkan akuarium yang kiut miut ni dan kecik molek ni melimpah ruah airnya dan membanjiri keseluruhan alam semesta di pagi-pagi hari dan dah mengakibatkan keadaan semakin kecoh satu bangunan di TPM ni gara-gara kebocoran air sehingga menyebabkan air tersebut melimpah dan melalui laluan dalam siling hingga membanjiri kawasan makmal syarikat lain dibawah pejabat kami.

Inilah dia akuarium yang kecik kiut miut yang bikin haru semua orang 

Huaaaaa...................sapalah yang baik hati bukak paip air sampai nak pedajal orang ni....

Akibatnya pagi-pagi buta datang ofis saya dan rakan rakan lain lintang pukang bergegas menelefon kontraktor akuarium dan cuba menyurutkan paras air di dalam akuarium kecik itu dari melimpah ruah hingga membanjiri dan membasahi karpet di dalam bilik discussion dan kawasan yang melibatkan pejabat/syarikat lain.

Keadaan yang basah hingga karpet lencun

Biasanya rutin harian saya memberikan ikan di dalam akuarium itu makan dengan sempurna dan memastikan akuarium serta yang sewaktu dengannya di dalam keadaan baik sewaktu pulang petang semalam...tetapi entah di mana silapnya bila datang ofis pagi-pagi ni terkejut badak apabila melihat air dah basah melimpah hingga ke lobby pejabat dan rakan pejabat lain sibuk membantu mengawal air tersebut dari terus melimpah.

Nak dijadikan cerita pihak pengurusan bangunan TPM ini pun sampai dan marah-marah mengatakan makmal (lab) dibawah pejabat kami habis dilimpahi degnan air tersebut......

AIYOOOOOOO..........................

Basah hingga ke lobby

Mampuslah kami, pertama mesti kena marah dengan CEO dan yang kedua mesti kena saman dengan syarikat berkenaan kerana mengikut dari pandangan dan pemantauan saya kebanyakkan peralatan mereka telah habis terkena titisan air yang menitis keluar dari siling atas makmal tersebut dimana di atasnya menempatkan pejabat kami....

Bukan niat hendak menyalahkan sesiapa ...tetapi menjadi tanda tanya saya ...siapalah yang begitu berani membuka dan membuat onar segala macam permasalahan ini dari terjadi...pening dan serabut saya memikirkannya...Tak mungkin saya yang membukanya (paip air) tu sedangkan sebelum ini paip itu memang selalunya digunakan oleh kontraktor untuk membasuh akuarium tersebut lagipun untuk apa di buka memandagkan paras air akuarium itu sudah semestinya di aras yang sepatutnya di penuhkan oleh kontraktor.

Pelik dan sukar untuk saya percayai... Ya Allah berikanlah saya petunjuk!!

Thursday, December 29, 2011

Sesi Luahan Rasa...


Bukan nak mengata dan mengumpat tapi nak menyuarakan pendapat dan rasa ketidakpuashatian saya pada "mamat" sorang ni.

Rasanya semua staf di pejabat ni sudah sedia maklum, yang mamat soran gni memang macam "chipsmore" sekejap ada sekejap takde...waktu dia di pejabat ni boleh dikira hanya beberapa minit atau jam saja dalam setiap hari.  Kadang-kadang tu dia tak masuk langsung dengan alasan diberi "MELOBI PROJEK".

Agak-agaklah takkanlah dia takde rasa bersalah dan malu apabila datang atau masuk sahaja ke pejabat perkara utama yang beliau buat ialah melakukan tugasan luar beliau sebagai Setiausaha Akhbar pada seorang VIP ni di dalam pejabat yang membolehkan beliau mendapat rezeki setiap bulan tanpa gagal di sini dengan gaji yang penuh.  Nak kata dia buat kerja pejabat ni 100% memang tak ada rasanya, cuma yang pasti setiap kali dia masuk pejabat mesti dia akan menelefon beberapa VIP dan membincangkan akan kisah perwakilan lah, urusan travelling VIP tersebut dan keluarga lah, urusan travelling beliau sekeluarga lah, urusan peribadi beliau (kad kredit, loan rumah, loan kereta) tak pun paling habis beliau akan bermain Free Cell atau Solitaire ketika waktu pejabat.  Atau paling koman pun setiap kali beliau masuk pejabat mesti akan cpmpile segala macam resit entertainment dan bil telefon bimbit beliau, kalau dia bercerita dekat telefon yang saya dengarlah, seakan semua menteri dalam Malaysia ni kenal dengan beliau (hebakkkkk).

Beringatlah, tak selalunya langit itu sentiasa cerah, adakalanya kita diatas, dan bila tidak kena gayanya nanti kita akan kebawah juga.  Cariklah rezeki dengan ikhlas dan sewajarnya untuk keluarga hingga tidak mengundang syak dan wasangka rakan setugas yang lain.  Dalam setahun  kalau anda cuma datang bekerja hanya beberapa jam dan yang selebihnya anda membuat kerja luaran (betul ke buat...macam tak nampak hasil), MC dan bercuti apa kejadahnya.  Jangan sampai pengurusan atasan menyedari akan contribution anda towards syarikat yang berkurangan itu dan seterusnya di ambil tindakan.  Menyesal tak sudah nanti!!

Sekadar mengigati......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...